Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Forum Pengguna ke
7
Perjumpaan antara Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) dengan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin
Hamidi adalah untuk menyerahkan jemputan maljis perasmian Forum Pengguna ke 7
2017 pada bulan November ini.
Bagi forum yang ke tujuh kalinya ini, diadakan sempena ulang
tahun persatuan ke 20 tahun perjuangannya. Beberapa ahli panel juga akan
dijemput untuk berkongsi pengalaman sekali gus menjawab persoalan dari peserta
mengenai isu kepenggunaan.
Forum tahun lalu yang membawa tajuk Kemiskinan: Takdir atau
Pilihan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hampir seribu orang yang
menghadiri Forum Pengguna 2016 dan Forum tersebut menerima maklum balas yang
amat positif dari masyarakat dan pengunjung yang hadir.
Selain itu, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan
pujian atas perlaksanaan program tersebut dan dengan adanya program seperti ini
mampu memberi kesedaran berkenaan kuasa hak pengguna kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment