Tuesday, March 14, 2017
3553) Hasutan Ancam Keharmonian Negara - Malaysia Aktif - 14/3/2017
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Malaysiaaktif) – “Beliau merupakan seorang ahli politik dan juga peguam, seharusnya Raveenthran Subramaniam tahu apa yang ingin beliau sampaikan melalui perucapan atau mana-mana rangkaian media sosial, beliau tahu apa kesan yang bakal berlaku jika ia berbaur negatif. Sekalipun beliau telah memohon maaf atas ketelanjuran beliau, tindakan tegas perlu diambil.”
Demikian tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika ditemui semasa Sidang Media Khas berkenaan isu ini di Restoran Sembang-Sembang, di sini hari ini.
PPIM dan wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat gusar dan terkesan dengan kenyataan tersebut kerana ianya suatu kenyataan yang tidak terpanggil dan tidak berakal serta tidak sesuai untuk dipakai.
Datuk Nadzim Johan (tengah) memberikan penerangan dan menjawab soalan media berkenaan isu Hasutan Ancam Keharmonian. Turut hadir, wakil Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), wakil Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, wakil Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) serta wakil Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA)
“Kami amat tersinggung dan beliau sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpendidikan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa Islam bukan satu agama yang aman.
“Ia merupakan suatu penghinaan termasuk menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan Islam merupakan agama rasmi Persekutuan dan tiada satu sebab mengapa beliau seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti ini tanpa sebarang bukti yang boleh menjejaskan keharmonian negara,” jelas Nadzim.
Kurang 24 jam yang lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Raveentharan dalam laman sosial peribadi beliau dengan menggunakan nama yang sama telah memuat naik status dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘Islam tidak pernah jadi agama keamanan’ (firstly, Islam was never a religion of peace). Walaubagaimanapun, status yang dimuat naik tersebut telah dipadamkan dan disusuli dengan status permohonan maaf.
Ketika ditemui, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia, Dr. Noorazman Mohd Samsudin turut menyatakan isu kenyataan ini perlu diambil serius kerana ia adalah kenyataan seorang ahli politik dan para agamawan yang fanatik mungkin mensalahtafsirkan isu ini.
Menurut Noorazman ia boleh membawa kepada perselisihan agama seperti yang berlaku di India pada tahun 1992 iaitu peristiwa Perobohan Masjid Babri akibat daripada perhimpunan parti politik dan hasutan yang seterusnya menjadi isu keganasan agama.
“Tujuh laporan polis telah dibuat dalam tempoh 24 jam dari kenyataan Raveenthran Subramaniam dan walaupun beliau telah memohon maaf namun kesannya amat besar.
“Perkataan ‘never’ (tidak pernah) dalam kenyataan beliau amat jelas dan menekankan terhadap pandangan beliau yang negatif kepada Islam secara keseluruhannya. Kami mendesak beliau disiasat dan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan yang dilihat mencabar dan menghina Perlembagaan Persekutuan,” tegas Noorazman.
Noorazman juga menggesa agar perkara ini dipandang serius oleh pihak berkuasa dan mengenalpasti tujuan kenyataan tersebut dikeluarkan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) Malaysia, Masridzi Sat pula berkata isu penghinaan terhadap kesucian agama Islam semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tindakan pihak yang menyalahgunakan kebebasan bermaklumat di Malaysia merupakan racun kepada kemakmuran negara.
“Bagaimanapun, kita berharap apa yang diungkap melalui permohonan maaf itu bukan sekadar untuk meredakan kemarahan umat Islam semata-mata, sebaliknya harus diteruskan di peringkat pendakwaan dan hukuman”, katanya.
Jelas Masridzi, permohonan maaf individu terbabit yang disiarkan melalui facebook tidak harus dijadikan alasan oleh pihak berkuasa untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Pihak berkuasa harus bertindak tegas bagi memastikan ia tidak berterusan.
“Tindakan pihak berkenaan sekiranya tidak dibendung boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan. Saya bimbang keadaan akan semakin parah sehingga mencetuskan perpecahan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negara ini,” tambahnya lagi.
Turut hadir semasa Sidang Media Khas tersebut ialah Pengarah Latihan PPIM, Izham Nayan, Timbalan Pengerusi serta Setiausaha Agong Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin dan Mansor Ibrahim dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon.
-MSM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2017
(968)
-
▼
March
(59)
- 3582) SPM 2017 - FAKTA HARGA MINYAK : SECARA MINGG...
- 3580) Timbalan Perdana Menteri bakal merasmikan Fo...
- 3581) Selamat Pagi Malaysia - Penetapan Harga Sili...
- 3579) STEVIA PALSU – PENGGUNA PERLU LEBIH PEKA -Be...
- MUNGKIN ADA GULUNG TIKAR – SINAR HARIAN – 29/3/2017
- 3577) MUNGKIN ADA GULUNG TIKAR - SINAR HARIAN - 29...
- 3576) Menipu! Stevia Palsu Dipasaran! - PPIM - 29/...
- 3575) PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT - BERITA HAR...
- 3574)UKM, YPMN Jalin Kerjasama Laksana Program Cit...
- 3573)Programme To Instill Patriotism Among Student...
- 3572)DOKTOR SALAH RAWAT - PPIM - 22/03/2017
- 3571) Rancangan Wanita Hari Ini (WHI) : Ambil Tahu...
- 3569) LET MUSLIMS SETTLE IT - NEW STRAITS TIMES - ...
- 3570) Sesi Townhall Berkenaan Rang Undang-Undang P...
- 3568)MENUNTUT HAK PENGGUNA / Utusan Online / 20/03...
- 3567)BUDAYA PENGOTOR RAKYAT MALAYSIA PERLU DIUBAH ...
- 3566)BUDAYA PENGOTOR RAKYAT MALAYSIA PERLU DIUBAH ...
- 3565) TOL ELEKTRONIK TAK BANTU PENGGUNA - BERITA H...
- 3564) Hidup terjerat dengan 65 ah long - Utusan On...
- 3563)Taktik simbah cat, tampal kad pengenalan - Ut...
- 3562) PERANGKAP AH LONG - UTUSAN MALAYSIA - 18/3/2017
- 3561) Jihad Ariz celik al-Quran - Sinar Online - 1...
- 3560) DR ZAKIR NAIK BUKAN PENGGANAS! - PPIM - 17/0...
- 3559)Jangan hina Islam! - METRO ONLINE - 14/3/2017
- 3558) Hentikan segera penghinaan terhadap agama Is...
- 3557)Rancangan My Halal 2017 : Virus Maya E-Aduan ...
- 3556) Sidang Media : Dr Zakir Naik Dr Zakir Naik D...
- 3555) JANGAN HINA ISLAM! - HARIAN METRO - 15/3/2017
- 3554) AHLI POLITIK JANGAN GUNA SENTIMEN AGAMA UNTU...
- 3553) Hasutan Ancam Keharmonian Negara - Malaysia ...
- 3552) SIDANG MEDIA : HASUTAN ANCAM KEHARMONIAN - 1...
- 3551) LABEL BRUSHES AND YOU'LL GET THEM BACK, TRAD...
- 3550) ANDA TANYA PPIM JAWAB - METRO AHAD - 12/3/2017
- 3549) "ALLAH BERI SAYA KEKUATAN" - SINAR HARIAN - ...
- 3548) BONGKAR LEBIH BANYAK " KELDAI CUKAI " - UTUS...
- 3547) KUNJUNGAN HORMAT DR ZAKIR NAIK DI IRINGI KE...
- 3546) KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE RUMAH DR ZAKIR NAIK...
- 3545) HENTI GUNA AGAMA LARIS PRODUK - HARIAN METRO...
- 3544) LAWATAN PPIM KE PUSAT RAWATAN LIFE ZONE - WA...
- 3543) BANK TUNTUT HUTANG 40 KALI SEHARI - CHINA PR...
- 3542) BANK TUNTUT HUTANG 50 KALI SEHARI - HARIAN M...
- 3541) SIDANG MEDIA PPIM : PERMASALAHAN DAN IMPAK D...
- 3540) Temubual MHI@TV3 Topik : Kepenggunaan Skim P...
- 3539) FITNAH BOLEH JEJASKAN KREDIBILITI PIHAK BERK...
- 3538) JANGAN BERI MUKA PADA PENIAGA TAMAK - KOSMO ...
- 3537) CINTA TERMAHAL AKU - HARIAN METRO - 4/3/2017
- 3536) UNDANG-UNDANG SKMM DIPERLEKEH - BERITA HARIA...
- 3535) FOMCA RAMAL HARGA GULA PASIR KASAR DIJANGKA ...
- 3534) MINUMAN KURANG MANIS PERLU DIBERI DISKAUN - ...
- 3533) PENIAGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN - UTUSAN MAL...
- 3532) Projek TaniKota Bersama Golden Arches Restau...
- 3531) LAWATAN UNIT BANTERAS CETI HARAM PPIM KE RU...
- 3530) RUGILAH KALAU TAK TOLONG... - HARIAN METRO -...
- 3529) Kesal tiada pihak bantu 'aset negara' - SINA...
- 3528) Nasib pembeli rumah lambat siap kini terbel...
- 3527) SIDANG MEDIA : PELAJAR PINTAR TIDAK DIHARGAI...
- 3526) PREMIS " 2 MUKA " - HARIAN METRO - 1/3/2017
- 3525) [VIDEO] Ops BAH: Tiga premis urut tawar khid...
- 3524) 330 gempur 'Little Thailand' [METROTV] - HAR...
-
▼
March
(59)
No comments:
Post a Comment