Taktik itu berjaya menakut-nakutkan peminjam yang trauma melihat simbahan cat merah seumpama darah penuh di pintu rumah atau kenderaan.
Begitu juga dengan tindakan ah long menampal salinan kad pengenalan dalam saiz tulisan besar di tempat awam agar peminjam berasa malu dan segera membayar pinjaman kepada ah long.
 
Itu antara didedahkan Timbalan Pengarah Operasi Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Raja Haikal Raja Hakimi yang menganggap taktik tersebut paling biasa digunakan golongan ah long bagi mengutip bayaran pinjaman.
“Bagi peminjam, taktik ini amat menakutkan dan memalukan mereka,” katanya yang memberitahu long terpaksa melakukan sedemikian bagi mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, lebih-lebih lagi peminjam yang liat mahu membayar semula.