Tuesday, March 14, 2017

3552) SIDANG MEDIA : HASUTAN ANCAM KEHARMONIAN - 14/3/2017

6

Kuala lumpur, 14 Mac 2017 – Satu kenyataan yang dibuat pada 13 Mac oleh Raveentharan Subramaniam, Adun Batu Uban yang mengatakan “Firstly, Islam was never a religion of PEACE”, telah mengejutkan semua pihak di negara kita. Hari ini, bertempat di Villa Puteri Condominium, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Gabungan NGO yang terdiri daripada PEMBELA, MHO, PERKID, PEMA telah mengadakan satu sidang media berkenaan isu tersebut. “Kita di Persatuan dan wakil-wakil NGO merasakan gusar dan terkesan akan  kenyataan yang dibuat kerana ia merupakan satu kenyataan yang tidak sesuai dan tidak masuk akal mengatakan Islam adalah agama yang tidak aman” keluh Datuk Nadzim johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi. “Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana kenyataan tersebut datang dari seorang berpendidikan, seorang peguam yang mengatakan kepada rakannya yang beragama Islam, rakyat Malaysia tanpa menggunakan fikiran”. Tambahan beliau, perkara ini turut mendatangkan penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. “Kenapa kita perlu ambil berat dalam hal ini ? Kalau perkara ini tidak diambil berat maka peristiwa 1952 di Ayodhya, India..ratusan ribu pengikut Hindu berarak menentang Islam sehingga menyebabkan 2000 terkoban dan Masjid Babri yang ketika itu menjadi simbol keIslaman dan keharmonian runtuh” ujar Dr Noorazman, Presiden MHO. Beliau turut mengatakan bahawa kenyataan yang tidak masuk akal ini datang dari seorang peguam dan mewakili parti-parti politik yang suaranya akan didengar dan disokong sesiapa sahaja. “Jika perkara ini ada kena mengena dengan unsur politik,maka cukup-cukuplah menggunakan perkara ini sebagai cara untuk memecah belahkan keharmonian di negara kita” tambahan beliau. Dalam pada masa yang sama Ustaz Masridzi, Presiden Perkid Malaysia berkata,“ Isu penghinaan kepada agama Islam adalah sesuatu isu sepatutnya sama ada peguam atau politik tidak boleh menggunakan agama kerana ia merupakan perkara yang suci dan dilindungi di dalam Perlambagaan”. Ujar beliau lagi, selama ini kita hidup dalam aman kenapa sekarang ini mahu bangkitkan Islam merupakan agama tidak aman? “Di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas termaktub bahawa Islam merupakan agama Persekutuan,tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai tetapi kenyataan oleh Raveentharan telah mencabar dengan menuduhkan bahawa Islam agama permusuhan.” jelas Mahmud Hishamuddin, Timbalan Pengerusi PEMBELA. Dr Izham Nayan,turut menyatakkan kekesalan beliau di atas perkara ini dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak wajar. Toqqi menyarankan agar pihak berkuasa supaya  menangani masalah ini dengan segera dan membuat sesuatu agar perkara ini tidak berulang lagi.

2

3

4

5

7 

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL