Showing posts with label WEHUMAN. Show all posts
Showing posts with label WEHUMAN. Show all posts

Friday, July 5, 2019

5054) SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40 - MALAYSIA DATELINE - 02/07/2019


Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenal satu skim pinjaman mikro bagi membantu usahawan golongan B40 di kawasan bandar untuk memulakan perniagaan, yang akan dilancarkan tahun ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, skim berkenaan akan memberi bantuan pinjaman minima RM2,000 hingga RM10,000.

Katanya, pinjaman tersebut tidak sahaja tertakluk pada usahawan wanita, malah golongan ibu dan bapa tunggal juga boleh memohon.

“Kita ada unit sosioekonomi yang memberi latihan kepada golongan asnaf dan B40 yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Kita juga sedang berbincang supaya yayasan Wilayah dapat memperkenal bantuan kewangan kepada usahawan melalui mikro kredit sebagai sokongan para usahawan memulakan perniagaan atau sebagai tambah modal kepada mereka.

“Jumlah minima yang bakal diberikan masih belum dibincangkan tetapi ia sekitar RM2,000 hingga RM10,000. Penduduk Kuala Lumpur boleh memohon skim ini dan kami akan pertimbangkan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Jamuan Mesra Raya meraikan warga istimewa dan rakan media

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Presiden Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (Wehuman) Srizan Safar @ Irene Catalina. dan pelajar dari Tahfiz Al Hidayah, Jalan Gurney yang diraikan dalam majlis hari raya yang diadakan.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40

Wednesday, July 3, 2019

5047) MAJLIS JAMUAN MESRA RAYA MERAIKAN WARGA ISTIMEWA DAN RAKAN MEDIA - TV PPIM - 03/07/2019


5045) KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKROKREDIT BANTU GOLONGAN B40, ASNAF - BERNAMA - 02/07/2019


KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan bantuan kewangan secara skim mikrokredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf di ibu kota yang ingin memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata bantuan kewangan berkenaan yang akan dilancarkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini bertujuan membela nasib golongan kurang berkemampuan.

“Sekarang kita sedang berbincang dengan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengadakan skim mikrokredit ini. Kita (Kementerian Wilayah Persekutuan) juga ada unit sosioekonomi yang akan memberi latihan mengenai perniagaan kepada golongan ini.

“Tujuan kita adalah membantu mereka memulakan perniagaan dan bagi yang telah berkecimpung (dalam perniagaan), kita mahu tambahkan lagi modal kepada mereka. Jumlah kredit yang akan diberikan belum dibincangkan tetapi minimum adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebagai permulaan,” katanya.

Shahruddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Mesraraya meraikan Warga Istimewa dan Rakan Media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan pada majlis itu mengajak pengguna menyahut seruan kempen kesedaran #stoppembaziran yang dilancarkan PPIM 25 Jun lepas.

-- BERNAMA


Artikel oleh: BERNAMA

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKROKREDIT BANTU GOLONGAN B40, ASNAF

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1741541

5043) GOLONGAN B40, ASNAF AKAN DIBERI BANTUAN KEWANGAN MIKROKREDIT - SINAR HARIAN - 02/07/2019


KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berbincang untuk menyediakan bantuan kewangan secara mikrokredit kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf sebagai langkah prihatin membela nasib mereka.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, perbincangan tersebut dilakukan oleh unit sosioekonomi kementerian itu dan cadangan pemberian tersebut akan dilaksanakan menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau, bukan sahaja bantuan kewangan malah, pemohon dalam golongan berkenan turut diberikan latihan sekiranya mereka mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
“Kita sekarang ini sedang berbincang dan memberikan cadangan supaya Yayasan Wilayah dapat mengadakan skim mikrokredit untuk membantu usahawan-usahawan yang hendak memulakan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Mesra Hari Raya meraikan warga istimewa dan media di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Bagaimanapun, Shahruddin berkata, jumlah penerima yang layak untuk diambil menyertai skim berkenaan masih belum diketahui dan jumlah bantuan kewangan yang akan diberikan juga belum ditentukan. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
GOLONGAN B40, ASNAF AKAN DIBERI BANTUAN KEWANGAN MIKROKREDIT

5042) KEMENTERIAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKRO KREDIT - SINAR HARIAN - 02/07/2019


KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan kini dalam proses perbincangan untuk memperkenalkan satu skim mikro kredit bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dalam bidang perniagaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, skim berkenaan bukan saja terhad bagi individu yang sudah pun berkecimpung dalam bidang keusahawanan malah untuk individu yang mahu memulakan perniagaan.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah pinjaman serta bilangan usahawan B40 yang bakal dibantu masih lagi dalam peringkat perbincangan.

"Kita sekarang sedang berbincang dan mengadakan cadangan supaya Yayasan Wilayah dapat mengadakan skim mikro kredit untuk membantu usahawan-usahawan memulakan perniagaan ataupun yang sudah memulakan perniagaan. Mereka yang dah melakukan perniagaan kita akan tambah lagi modal.

"Insya-ALLAH tahun ini akan kita lancarkan (skim mikro kredit). Berapa jumlah pinjaman tak bincang lagi tapi mungkin minima RM2,000 hingga RM10,000," katanya ketika ditemui sempena Majlis Jamuan Mesra Raya Meraikan Warga Istimewa dan Rakan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Ali Grand Hall Wangsa Maju, di sini hari ini.

Shahruddin berkata, warga Kuala Lumpur yang tergolong dalam B40 boleh membuat permohonan.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman), Irene Catalina.

Sementara itu, Shahruddin turut memujui WeHuman kerana telah membantu wanita golongan asnaf wanita melalui aktiviti keusahawanan untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak lagi menjadi penerima zakat.

Artikel oleh: Sinar Harian

KEMENTERIAN BAKAL PERKENAL SKIM MIKRO KREDIT

Monday, May 20, 2019

4945) PPIM MENYERAHKAN BANTUAN MAKANAN DAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF - PPR DESA TUN RAZAK - 18/5/19


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib harus tampil bertanggungjawab.


 “ Dimana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”


“ Dalam kes ini, Zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350. 

Namun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.

Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak keluarga ini bernama Mohd Al-Fallah yang berusia 13 tahun.

“ Anak ini menjadi mangsa buli disekolah sehingga dia tidak mahu bersekolah. Mami sesang mencari pusat pendidikan tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” katanya.

Marsyila Zakaria , 35 mempunyai tujuh orang anak berusia antara 15 hingga satu tahun. Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua mereka.



PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka dalam jangka panjang.

PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.






Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.



Monday, February 4, 2019

4806) KUNJUNGAN WEHUMAN PPIM CERIAKAN KANAK-KANAK DI WAD KANSER HKL – HARIAN METRO – 4/2/19

Kuala Lumpur: Kesakitan yang dilalui kanak-kanak menghidap pelbagai jenis kanser di Wad Kanser, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) terubat dengan kunjungan Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.
Mereka datang dengan membawa pelbagai sumbangan bagi menghiburkan hati pesakit cilik yang berwajah murung, merengek dan mahu sentiasa berada dalam dakapan ibu.
Ada yang baru lepas menerima rawatan kemoterapi sehingga meragut seketika keceriaan mereka kerana kesan yang terpaksa lalui seperti loya dan pening kepala.

Kehadiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Kuala Lumpur turut disertai badut yang membuat belon dan mainan untuk anak-anak kecil itu.
Hadir sama, Penaung WeHuman Datuk Dr Fauzi Mohamad, Pengerusi WeHuman Srizan Sahar dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
Nadzim yang ditemui media selepas lawatan itu berharap, NGO bukan saja membuat kunjungan dan memberikan sumbangan kepada pesakit, tetapi juga membantu mengurangkan beban keluarga yang ditinggalkan di rumah.
“Apabila ada seorang sakit, sudah pasti yang di rumah juga akan menerima kesan. Mungkin salah seorang ibu atau bapa terpaksa berhenti kerja serta meninggalkan adik-beradik lain ditinggalkan di rumah tanpa jagaan.
“Seorang ahli keluarga ditimpa sakit, yang lain akan turut merasakan kesannya dan mereka terpaksa berkorban,” katanya.
Selain itu, Nadzim turut menggesa kerajaan supaya melihat kembali pemakanan rakyat Malaysia yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan masyarakat.
“Amalan pemakanan kita perlu dilihat dan dikaji secara serius yang berkemungkinan menjadi antara punca bertambahnya pesakit kanser di negara ini, selain masyarakat juga perlu menjalani gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan mereka,” katanya.
Antara pesakit yang dikunjungi termasuk seorang kanak-kanak Orang Asli dari Raub, Pahang iaitu Bajar Karat yang baru berusia enam tahun.
Artikel oleh : Harian Metro
KUNJUNGAN WEHUMAN PPIM CERIAKAN KANAK-KANAK DI WAD KANSER HKL

4805) KUJUNGAN PELAWAT, PENAWAR GEMBIRAKAN HATI PESAKIT – RTM TV1 – 3/2/19



4804) LAWATAN PPIM BERSAMA WEHUMAN DAN PEMA KE HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR – 3/2/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berbesar hati menerima jemputan oleh Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) untuk bersama-sama membuat kunjungan ke wad kanak-kanak kanser Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)
Turut serta adalah wakil Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA).










4803) PPIM DAN WEHUMAN BERGABUNG LAWAT KANAK-KANAK KANSER – MALAYSIA GAZETTE – 3/2/19



Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama Penaung WeHuman, Datuk Fauzi Mohamad (tengah) dan Pengerusi WeHuman, Srizan Safar ketika melawat program kanak-kanak kanser di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL