Showing posts with label MALAYSIA DATELINE. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA DATELINE. Show all posts

Wednesday, November 30, 2022

DAKWAAN SALAH GUNA KUASA BELI VAKSIN COVID-19 - KERAJAAN DIDESAK TUBUH RCI - MALAYSIA DATELINE - 26/11/2022

 

Kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin Covid-19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai berhubung isu perbelanjaan pengurusan Covid-19 yang dikatakan membabitkan puluhan bilion ringgit.

Sehubungan itu, beliau berkata, isu terbabit akan diketengahkan supaya mendapat perhatian pihak berwajib terutama Perdana Menteri.

“Kami tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi kerana ia suatu perkara yang tidak masuk akal. Kami nak bawa perkara ini secara rasmi.

“Aduan diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ia membabitkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

“Negara bukanlah kaya sangat dan rakyat menderita…apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku seperti ini.

“Kami harap rakyat Malaysia juga dapat bersama dalam usaha ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Julai tahun lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika itu berkata, perbelanjaan dan perjanjian yang dilaksanakan dalam perolehan vaksin dan pelaksanaan pelalian akan terus dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jelasnya, langkah itu bagi menjamin ketelusan dan keterbukaan program vaksinasi yang membabitkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM5.8 bilion.


Artikel oleh Malaysia Gazette

DAKWAAN SALAH GUNA KUASA BELI VAKSIN COVID-19 - KERAJAAN DIDESAK TUBUH RCI

https://malaysiadateline.com/dakwaan-salah-guna-kuasa-beli-vaksin-covid-19-kerajaan-didesak-tubuh-rci/

Saturday, January 29, 2022

KES GENTING HONG KONG: MENYUSU KERA DI HUTAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN - MALAYSIA DATELINE - 29/01/2022

 

Menteri Kewangan diminta mengambil tanggungjawab dalam menyelesaikan tragedi kewangan ekoran kebangkrapan syarikat cruise perjudian, Genting Hong Kong.

Tan Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz diminta memikirkan cara untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut yang pasti menjejaskan wang simpanan hari tua dan modal pelaburan rakyat negara ini ekoran penglibatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tragedi ini.

“Ianya seolah-olah kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan,” kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu kenyataan mereka.

PPIM dalam kenyataannya terkejut apabila dimaklumkan bahawa sebuah syarikat cruise, Genting Hong Kong telah diisytihar bankrap berikutan tidak boleh meneruskan perniagaan akibat pandemik Covid-19.

Kesan yang ditinggalkan dari kebangkrapan ini melibatkan tiga bank milik Malaysia iaitu Maybank, CIMB dan RHB.

Ketiga-tiga bank ini telah memberikan pinjaman tanpa cagaran yang berjumlah RM2.51 bilion atau USD600 juta.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, ketiga-tiga bank ini adalah bank di mana para pemegang sahamnya adalah kumpulan permodalan rakyat Malaysia yang terbesar iaitu, KWSP, KWAP, PNB dan TH. Kami berharap persoalan ini dapat diberikan penjelasan kepada rakyat yang banyak mengadu kepada PPIM.

“Nampaknya bank-bank ini lebih gemar memberi pinjaman kepada konglomerat besar daripada memberikan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga kecil tempatan,” kata kenyataan itu.

Menurut PPIM, peniaga kecil yang ingin memohon pinjaman sekecil-kecil akan diminta untuk mengemukakan cagaran, tetapi pihak konglomerat seperti Genting HK dan lain-lain diberikan pinjaman tanpa cagaran begitu sahaja.

“Inilah sikap bank yang begitu memandang serong terhadap peniaga di negara sendiri dan ‘menyanjung’ jerung-jerung besar antarabangsa.

“Janganlah peristiwa ini berulang seperti isu RM2.4b BMF yang melibatkan George Carrian pada awal tahun 80an dulu,” kata kenyataan itu.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

KES GENTING HONG KONG: MENYUSU KERA DI HUTAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN

https://malaysiadateline.com/kes-genting-hong-kong-menyusu-kera-di-hutan-anak-di-rumah-mati-kelaparan/

Friday, December 3, 2021

6059) KAWAL HARGA, BUKAN BERI ALASAN, KATA PERSATUAN PENGGUNA KEPADA KERAJAAN - MALAYSIA DATELINE 03/12/2021

 

Kerajaan diminta bertindak untuk menurunkan kembali harga ayam dan berhenti dari memberikan pelbagai alasan, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengerusi PPIM, Nadzim Johan berkata, harga ayam mentah di negara ini mula dikesan melonjak naik sejak Oktober lalu, malah pemborong dan peruncit seperti sudah merancang perkara ini kerana kenyataan mengenai kemungkinan harga ayam naik sehingga RM9.30 sekilogram mula dikeluarkan November lepas.

Beliau berkata walaupun sudah lama membelenggu rakyat, sehingga kini tidak ada tindakan proaktif dari pihak kerajaan yang menampakkan keberkesanan.

“Mungkin semua ahli politik sibuk berpolitik dan merebut kuasa sehingga lupa tanggungjawab kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hanya ketika Pakatan Harapan mentadbir negara sahaja isu kenaikan harga ayam dan barangan keperluan tidak berbangkit hatta ketika sambutan hari perayaan ekoran kawalan yang dibuat oleh kerajaan ketika itu.

Nadzim berkata, kini perkara ini lebih merunsingkan apabila kenyataan penternak ayam yang mendakwa mereka tidak menaikkan harga ayam dan peruncit pula mendakwa harga ayam meningkat lebih 40 peratus sejak akhir-akhir ini.

“Siapa yang menaikkan harga ini? Di mana agensi-agensi kerajaan yang ditugaskan memantau harga barang dan menghapuskan orang tengah?” tegasnya.

Sehubungan itu, Nadzim mahu pihak kerajaan memberi satu penyelesaian yang berkesan dan hentikan memberi alasan yang tidak masuk akal.

“Alasan seperti ekonomi dunia tidak menentu, atau masalah supply-demand tidak seimbang tidak lagi relevan pada masa kini,” katanya.

Tambah beliau, rakyat amat terkesan dengan harga barang yang melonjak naik dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Sedangkan pendapatan rakyat masih di takuk yang sama, tiada perubahan dan kepimpinan kerajaan sudah bertukar tiga kali sejak Pilihan Raya Umum yang terakhir, tapi rakyat terus menderita,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

KAWAL HARGA, BUKAN BERI ALASAN, KATA PERSATUAN PENGGUNA KEPADA KERAJAAN

https://malaysiadateline.com/kerajaan-perlu-bertindak-kawal-harga-barang-bukan-beri-pelbagai-alasan-kata-persatuan-pengguna/

Tuesday, October 26, 2021

6002) ARAK: KERAJAAN TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN? - MALAYSIA DATELINE - 22/10/2021

 

Sepatutnya isu yang berlegar sejak minggu lalu itu ditangani dan dipandang serius oleh pihak kerajaan. Walaupun ia bukan soal politik, tetapi ia melibatkan soal sensitiviti yang serius.

Sebagaimana diketahui, kerajaan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia’ ini yang majoritinya dibarisi oleh Melayu Islam, hendaklah bersikap tegas berkaitan isu-isu yang menyentuh tentang agama dan kaum. Bukan sahaja bangsa India, Cina dan lain-lainnya, tetapi agamaIslam dan bangsa Melayu juga hendaklah dipedulikan.

Dalam isu yang tular, pihak kerajaan seakan tidak sigap dan tegas dengan apa yang digusarkan rakyat, terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Lagi menyakitkan, apabila ada Menteri yang mengatakan, kerajaan tidak boleh dipersalahkan dengan pengeluaran arak baru jenama tempatan itu. Sedangkan dalam segala hal sebelum ini, ketika menjadi parti yang tidak berkuasa, banyak sungguh mereka menuding itu ini, menyalahkan pihak kerajaan (pada waktu itu) walaupun ia bukanlah melibatkan kerajaan pun.

Lain dengan isu penjualan arak keluaran tempatan, jenama Timah yang diluluskan nama dan operasi penjualannya pada 5 Jun 2020 telah dilancarkan di media sosial pada 7 Oktober lalu.

Isu ini perlu dipandang serius kerana melibatkan soal sensitiviti agama dan kaum khususnya Melayu Islam. Apalah yang perlu dibanggakan hasil keluaran tempatan seperti ini jika ia sesuatu yang haram dan merosakkan bagi mereka yang beragama Islam.

Sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang membidas tindakan itu kerana menyifatkan penggunaan nama berkenaan menyinggung perasaan umat Islam sambil menggesa penjualannya diharamkan.

Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi kenyataannya berkata, arak terbaru dikeluarkan dengan nama Timah perlukan tindakan segera pihak berkuasa kalau boleh menghalang pengeluaran dengan nama dan gambar seolah-olah orang berkopiah itu.

“Walaupun bukan, tapi boleh misleading, khususnya di musim ada minuman tanpa alkohol yang guna botol ala-ala botol arak, malah ada juga syarikat yang keluarkan tanpa alkohol…”

Tambahnya, apa rasionalnya mereka menggunakan nama-nama ala imej Melayu? Biasanya arak nama Perancis, Inggeris dan lain-lain.

“Letak la nama Speedy sempena nama pemilik gambar itu dan ambil gambar Captain Speedy tanpa penutup kepala tu, ada banyak boleh dijumpai. Kenapa ambil yang Captain Speedy bertutup kepala?” soalnya.

Macam ada niat kurang bagus oleh pengeluar. Normalisasi arak?

“Ini bukan isu politik kepartian, ini isu kita kena tegas dengan percubaan menghampirkan masyarakat kita dengan apa saja melibatkan arak kerana semua yang terlibat dengan arak menanggung dosa serta arak tidak membawa kecuali mudarat sahaja,” tegas Dr Zaharuddin.

Katanya lagi, tidak perlu sangka baik dalam hal arak, ia perlu segara halang (jika ada kuasa) bagi sadd al-zara'i (menyekat kerosakan). Jika ia keluaran luar negara, barulah boleh kita beralasan kerana di luar kuasa sepenuhnya.

Berikutan itu, baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Dato’ Dr Wan Salim Mohd Noor telah mencadangkan agar arak itu ditukar nama kepada ‘Captain Speedy’ yang merujuk kepada gambar lelaki berjanggut dan slogan ‘1871 – The Legend of Captain Speedy’.

“Kerajaan perlu menyekat penggunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu, berikutan ia tidak sesuai digunakan dan sememangnya boleh mengelirukan umat Islam. Tidak kira apa pun makna di sebalik imej serta nama Timah itu, ini tidak sepatutnya dibiarkan!” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Tegas beliau lagi, kerajaan perlu lebih tegas dan ada kesungguhan untuk membanteras isu ini dengan mengawal pengeluaran dan penjualan arak ini kerana ia akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan pengguna khususnya anak muda beragama Islam.

Walaupun kononnya syarikat pengeluar arak tersebut telah menyatakan jenama Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu, namun kenyataan itu perlu dibidas dengan serius dan tegas.

Seperti mana umat Islam selalu diingatkan agar peka dengan keadaan bangsa dan agama lain, sama ada dengan penggunaan bahasa atau perilaku, sewajarnya bangsa dan agama lain juga wajiblah berbuat demikian.

Sinonimnya, Timah adalah nama kepada orang Melayu dan Islam. Maka, hormatilah dan jangan sewenang dan semudahnya menggunakan untuk sesuatu yang tidak baik apalagi yang diharamkan seperti jenama arak ini.

Kerajaan tidak peka sentimen Melayu Islam?

Ada juga yang mengatakan, arak itu bukan hasil produk daripada kerajaan, arak itu sudahnlama wujud, arak itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri, arak itu untuk bukan Muslim, kenapa nak kalut?

Ternyata rakyat dapat melihat bahawa mereka mahu melepas tangan sahaja terhadap isu yang serius dan penting ini. Jawapan yang dilontarkan itu tidak sedikit pun memujuk reda perasaan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Bahkan ia sedikit pun tidak menyelesaikan masalah penjualan arak yang semakin berkembang sehingga imej Malaysia sebagai negara Islam tercemar dengan adanya arak produk tempatan yang dibawa ke peringkat antarabangsa, hingga memenangi anugerah arak terbaik 2020 dan 2021.

Tertarik dengan komentar Muhamad Nur Ismail menerusi Facebooknya, yang menggambarkan bahawa banyak isu yang bukan ‘produk’ kerajaan digunakan untuk menyalahkan kerajaan terdahulu (PH) termasuk isu arak yang sudah dijual kepada bukan Muslim sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

Tapi katanya, sentimen agama dan isu-isu itulah yang dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah mereka sahajalah pejuang Islam, manakala yang lain dianggap liberal dan barua DAP.

“Sekarang, Allah pulangkan balik satu persatu isu-isu yang dimainkan ke atas muka hangpa, supaya rakyat sedar, depalah yang duk lagakan orang Melayu dengan bukan Melayu, orang bukan Muslim dengan Muslim, sentimen kaum dan agama dimainkan selama 22 bulan,” luahnya.

Dalam pada itu menurutnya, rakyat khususnya umat Islam Malaysia ingin melihat apa perbezaan dan pendekatan kerajaan sekarang dalam menangani isu berkenaan.

“Kalau tak mampu nak robohkan kilang arak yang dah lama wujud sejak zaman Umno perintah, paling kurang, berilah arahan menteri berkaitan supaya produk dan jenama arak yang bernama Timah dan label lelaki yang seakan berkopiah dan berjambang (apa pun alasan tersurat dan tersirat) yang ada pada botol arak itu ditarik balik lesen penjualan, barulah ada beza. Setakat desak dan menggesa, baik jadi pembangkang balik,” tegasnya lagi.

Terus perjuangkan

Kerana ini sesuatu yang serius, sebagai rakyat yang peduli dan peka, kita perlu menggesa pihak kerajaan supaya menangani isu ini sehingga nama dan gambar pada botol itu ditukar.

Pihak kerajaan hendaklah bertegas dalam isu ini, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bertindaklah dengan sesungguhnya sebagaimana sering dikatakan pihak tertentu ‘Islam Terancam’ dengan berkuasanya DAP.

Tetapi dalam kerajaan kini yang majoritinya adalah daripada parti-parti Melayu Islam, maka segeralah lakukan sesuatu demi menjaga maruah agama Islam dan bangsa Melayu.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

ARAK: KERAJAAN TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN?

https://malaysiadateline.com/arak-kerajaan-tidak-boleh-dipersalahkan/

Tuesday, November 26, 2019

5531) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN, SARAN PPIM - MALAYSIA DATELINE - 26/11/2019


Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.

“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.

Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.

“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.

“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.

Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000.– BERNAMA

Artikel oleh: Malaysia Dateline

AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN, SARAN PPIM

https://malaysiadateline.com/akta-khas-larang-minum-arak-secara-terbuka-perlu-diwujudkan-saran-ppim/

Saturday, October 26, 2019

5437) KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MENULAR, KATA PPIM - MALAYSIA DATELINE - 24/10/2019


Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh membawa kesan negatif, kerana ia kini bukan hanya sering menjadi satu ketagihan di kalangan kanak-kanak, malah ia juga telah mulai turut menjangkiti orang dewasa.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sejak kebelakangan ini pihaknya ada menerima beberapa aduan dan rungutan orang ramai dan juga ketua-ketua jabatan, bahawa terdapat penjawat awan yang ketagih dengan permainan dalam talian hingga menjejaskan tugas mereka.

Beliau berkata walaupun jumlah aduan yang diterima tidak banyak, namun beliau risau sekiranya terus dibiarkan, ia akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

“Saya menyeru agar ketua-ketua jabatan kerajaan peka dengan perkara ini dan membuat pemantauan serta mengambil tindakan awal bagi membendungnya sebelum terlambat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Malah menurutnya lebih parah lagi, ada juga kes-kes di mana ada penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang tidak berlesen atau ‘Ah Long’ semata-mata untuk melepaskan ‘gian’ ketagihan itu.

“Saya juga harap agar pihak berwajib mengambil tindakan akan perkara ini sebelum ia meresap dalam sistem masyarakat kita dengan melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat dan bersungguh-sungguh serta menambah baik perundangan yang sedia jika perlu,”katanya.

Beliau berkata kerajaan boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan China baru-baru ini yang mengharamkan operasi permainan dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ (PUBG) yang digantikan dengan permainan baharu yang lebih bersifat patriotik, dikenali sebagai ‘Game of Peace’.

Menyentuh mengenai ketagihan bermain permainan dalam talian di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah, Nadzim berkata ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dan dekat dengan anak mereka perlu mainkan peranan dengan membuat pemantauan dan mengehadkan masa anak bersama telefon pintar.

Katanya ibu bapa perlu menjadikan anak sebagai aset atau dijaga seperti emas dan tidak meletakan anak sebagai satu tanggungan atau liabiliti semata-mata.

— BERNAMA


Artikel oleh: Malaysia Dateline

KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MENULAR, KATA PPIM


Wednesday, September 25, 2019

4315) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA BAHARU PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ, KATA PPIM - MALAYSIA DATELINE - 25/09/2019


Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PRESMA yang mempunyai lebih 4,000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim telah memperoleh jualan hampir mencecah RM10 bilion tahun lepas.

Nadzim berkata komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.

“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.

“Presma akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada Mac tahun lepas, PPIM telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan melancarkan kempen SPPZ yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.

— BERNAMA

Artikel oleh: Malaysia Dateline


PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA BAHARU PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ, KATA PPIM

https://malaysiadateline.com/pelantikan-jawahar-ali-sebagai-presiden-presma-baharu-petanda-baik-kempen-sppz-kata-ppim/

Friday, July 5, 2019

5054) SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40 - MALAYSIA DATELINE - 02/07/2019


Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenal satu skim pinjaman mikro bagi membantu usahawan golongan B40 di kawasan bandar untuk memulakan perniagaan, yang akan dilancarkan tahun ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, skim berkenaan akan memberi bantuan pinjaman minima RM2,000 hingga RM10,000.

Katanya, pinjaman tersebut tidak sahaja tertakluk pada usahawan wanita, malah golongan ibu dan bapa tunggal juga boleh memohon.

“Kita ada unit sosioekonomi yang memberi latihan kepada golongan asnaf dan B40 yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Kita juga sedang berbincang supaya yayasan Wilayah dapat memperkenal bantuan kewangan kepada usahawan melalui mikro kredit sebagai sokongan para usahawan memulakan perniagaan atau sebagai tambah modal kepada mereka.

“Jumlah minima yang bakal diberikan masih belum dibincangkan tetapi ia sekitar RM2,000 hingga RM10,000. Penduduk Kuala Lumpur boleh memohon skim ini dan kami akan pertimbangkan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Jamuan Mesra Raya meraikan warga istimewa dan rakan media

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Presiden Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (Wehuman) Srizan Safar @ Irene Catalina. dan pelajar dari Tahfiz Al Hidayah, Jalan Gurney yang diraikan dalam majlis hari raya yang diadakan.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

SKIM MIKRO KREDIT BAKAL DIPERKENAL BANTU USAHAWAN B40

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL