Showing posts with label KEMPEN SPPZ. Show all posts
Showing posts with label KEMPEN SPPZ. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

4315) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA BAHARU PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ, KATA PPIM - MALAYSIA DATELINE - 25/09/2019


Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PRESMA yang mempunyai lebih 4,000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim telah memperoleh jualan hampir mencecah RM10 bilion tahun lepas.

Nadzim berkata komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.

“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.

“Presma akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada Mac tahun lepas, PPIM telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan melancarkan kempen SPPZ yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.

— BERNAMA

Artikel oleh: Malaysia Dateline


PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA BAHARU PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ, KATA PPIM

https://malaysiadateline.com/pelantikan-jawahar-ali-sebagai-presiden-presma-baharu-petanda-baik-kempen-sppz-kata-ppim/

4314) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ - PPIM - BERNAMA - 25/09/2019


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana PRESMA yang mempunyai lebih 4,000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim telah memperoleh jualan hampir mencecah RM10 bilion tahun lepas.

Nadzim berkata komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

"Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.

"Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.

“Presma akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Untuk rekod, Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada Mac tahun lepas, PPIM telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan melancarkan kempen SPPZ yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.



Artikel oleh: BERNAMA

PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA PETANDA BAIK KEMPEN SPPZ - PPIM

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1771273

4312) PPIM SAMBUT BAIK JAWAHAR SEBAGAI PENGERUSI PRESMA - MALAYSIA GAZETTE - 25/09/2019


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap perlantikan Datuk Jawahar Ali sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mampu untuk membuka lembaran baharu kepada pihaknya.
Menurut pengerusinya, Datuk Nadzim Johan, pelantikan itu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang digerakkan oleh pertubuhan itu sebelum ini.
“Pelantikan Jawahar sebagai Pengerusi PRESMA merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) kerana penjualan kedai mamak Muslim tahun lalu hampir mencecah RM10 billion.
“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada PRESMA dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nadzim lagi, komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan turut mendapat tempias apabila PRESMA membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.
“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” kata Nadzim lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Jawahar yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju berkata pelantikan itu merupakan satu tanggungjawab dan bersedia menggalasnya.
“PRESMA akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama  PPIM bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.
Jawahar turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Artikel oleh: Malaysia Gazette
PPIM SAMBUT BAIK JAWAHAR SEBAGAI PENGERUSI PRESMA

4311) PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA SEMARAK KEMPEN SPPZ - UTUSAN - 25/09/2019


KUALA LUMPUR - Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu menjadi petanda yang baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, Presma yang mempunyai kira-kira 4000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim itu memperoleh penjualan hampir RM10 juta melalui rangkaian kedai mamak Muslim tahun lepas.

Tambah Nadzim, komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

"Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada Presma dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.

"Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara," kata Nadzim dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Jawahar Ali  yang juga pengasas dan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju dipilih sebagai Presiden Presma apabila diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan malam tadi.

Ketika dihubungi, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.

“Prema akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia  bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).-UTUSAN ONLINE


Artikel oleh: Utusan

PELANTIKAN JAWAHAR ALI SEBAGAI PRESIDEN PRESMA SEMARAK KEMPEN SPPZ

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelantikan-jawahar-ali-sebagai-presiden-presma-semarak-kempen-sppz-1.976393

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL