Showing posts with label ZAKAT. Show all posts
Showing posts with label ZAKAT. Show all posts

Thursday, October 17, 2019

5407) BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI - TV.PPIM - 16/10/2019


Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Tahu tak zakat ni diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. “Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”. (Surah An-Nur 24:56) “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”. (Surah Al-Baqarah 2:43) Apa lagi alasan kita untuk tak berzakat? Sekarang ni boleh bayar zakat online je tau. Tak perlu dah susah-susah nak ke kaunter zakat. Jom sama-sama menjadi umat islam yang lebih peka dan bertanggungjawab! https://www.zakat2u.com.my #BMF #PPIMPeduli #KitaIslam


Artikel oleh: TV. PPIM 

BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI



Monday, May 20, 2019

4945) PPIM MENYERAHKAN BANTUAN MAKANAN DAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF - PPR DESA TUN RAZAK - 18/5/19


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib harus tampil bertanggungjawab.


 “ Dimana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”


“ Dalam kes ini, Zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350. 

Namun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.

Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak keluarga ini bernama Mohd Al-Fallah yang berusia 13 tahun.

“ Anak ini menjadi mangsa buli disekolah sehingga dia tidak mahu bersekolah. Mami sesang mencari pusat pendidikan tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” katanya.

Marsyila Zakaria , 35 mempunyai tujuh orang anak berusia antara 15 hingga satu tahun. Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua mereka.



PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka dalam jangka panjang.

PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.






Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.



Thursday, April 12, 2018

4449) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR HULUR BANTUAN RM45,305.41 LUNAS TUNGGAKAN RUMAH PENGADU – SHAH ALAM – 12/4/18

Lembaga Zakat Selangor Hulur Bantuan RM45,305.41 Lunas Tunggakan Rumah Pengadu
Shah Alam 12 APRIL – “Tanpa bantuan Zakat mungkin kami terpaksa tinggal di dalam lori sahaja,” jelas Haslynda Hassan, 43 tahun, yang menanggung hutang tunggakan rumah, perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak setelah ditipu oleh sebuah syarikat gara-gara lori ‘car carrier’ yang dibeli olehnya.
Haslynda dan suami mengalamai kerugian lebih RM174,000 sejak membuat pembelian lori pada April 2014 yang lalu.

Lori yang disangka milik sepenuhnya oleh syarikat tersebut rupa-rupanya hanya lori sewaan sebuah syarikat yang lain tanpa pertukaran nama pemilik.
Beliau juga dituntut untuk membayar kos guaman sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 bagi menyelesaikan kesnya di mahkamah.
Lebih mengejutkan apabila beliau kehilangan sumber pendapatan dan rumah bakal dilelong oleh pihak bank.

Hari ini, hasil rundingan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Pengurus Besar LZS, Abdul Basith Hamid, satu bantuan bernilai RM45,305.41 telah diserahkan melalui cek di atas nama Mohd Muhsin Boudville (suami), 63 tahun, hadir bersama 3 orang anak yang masing-masing berusia 12 tahun, 10 tahun dan 3 tahun yang juga merupakan anak autisme.
“Bantuan yang kita bawa kepada Zakat Selangor telah diproses dengan segera. Saya rasa amat terharu dengan kesudian Pusat Zakat membantu mangsa dan kawan-kawan disini.” ulas Nadzim ringkas.

Nadzim juga menyeru kepada semua golongan untuk menunaikan zakat bagi memastikan mereka yang kurang berkemampuan dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
“Saya menyeru mereka diluar sana untuk membantu menunaikan zakat dengan harapan lebih ramai lagi asnaf dapat manfaatnya.” tambah beliau lagi dengan nada sebak diakhir sidang media sebentar tadi.
Abdul Basith Hamid turut memberi penghargaan kepada pihak PPIM yang sentiasa komited dalam mengetengahkan dan membawakan kes-kes yang diluar pengetahuan pihak lembaga zakat sendiri.

“Terima kasih diucapkan kepada PPIM dan kami memerlukan bantuan NGO serta masyarakat diluar sana supaya dapat menyalurkan maklumat bagi membantu golonga @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

4448) 3 MONTHS CAMPAIGN IN FT TO BOOST AWARENESS OF ZAKAT OBLIGATIONS – NEW STRAITS TIMES – 10/4/18


KUALA LUMPUR: A campaign is being carried out in the Federal Territory to disseminate information on Muslims’ zakat obligations.
The three-month Business Zakat Payee Support Campaign 2018 is being carried out by the zakat collection centre of the Federal Territories Islamic Religious Council (PPZ-MAIWP) and the Malaysian Consumers Association of Malaysia (PPIM).
PPZ-MAIWP chairman Datuk Che Mat Che Ali said the campaign, which ends on May 15, was initiated to encourage Muslim businessmen and companies to pay zakat.
The campaign team visited 82 business premises at Medan Mara here.
Most were selected because they had not been paying zakat.
“We go door to door to meet the business community, including traders, to promote awareness of their obligation to observe the third pillar of Islam,” said Che Mat.
“This campaign is a smart partnership between us and PPIM to promote awareness on the importance of zakat and how this financial contribution can benefit society.
“This campaign is also to remind traders of the wisdom of paying zakat for the purification of their property.”
Che Mat said the campaign also aimed to increase PPZ-MAIWP’s zakat collection and bring the agency closer to the business community to prevent them from going to unauthorised zakat collectors or agents.
Restaurant Zaza owner Zakaria Mohd Nor, 67, who has been paying zakat for 20 years, said: “When a Muslim is running a business, it is his responsibility to pay zakat.
“I hope traders have emphaty towards those in need and pay zakat every year.”
They had visited business premises in Jalan Tuanku Abdul Rahman and Wangsa Maju during two previous Zakat Visit programmes.
Present were PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan, PPZ-MAIWP chief executive officer Ahmad Shukri Yusoff and celebrity Norman Hakim.

Artikel Oleh : News Straits Times
3 MONTHS CAMPAIGN IN FT TO BOOST AWARENESS OF ZAKAT OBLIGATIONS

Wednesday, January 24, 2018

4325) MISKIN TAK HALANG BANTU WANITA ASNAF TERANIAYA – BERITA HARIAN – 24/1/18



KUALA LUMPUR:  Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itulah diibaratkan kehidupan ibu tunggal, Zania Nudi, namun tidak menghalang beliau berbuat amal membantu asnaf lain, termasuk wanita teraniaya sejak dua dekad lalu.
Zania, 57, yang masih dikategorikan dalam golongan asnaf, tidak menyangka rumah sewanya di Kota Warisan, Sepang sudah menerima lebih 50 wanita yang datang silih berganti untuk mendapatkan perlindungan.
Ibu seorang anak berusia 19 tahun ini, berkata kediamannya tidak pernah ‘sunyi’ menerima tetamu yang tidak dikenali, tanpa pertalian darah tetapi diterima menjadi sebahagian ahli keluarganya.
Katanya, ada yang datang selepas diperkenalkan oleh saudara mara atau sahabat Zania kerana mengenali diri beliau tidak pernah menolak sesiapa yang datang dalam keadaan terdesak untuk membantu.
“Saya masih disenaraikan dalam golongan asnaf dengan sumber pendapatan tidak tetap sebagai tutor persendirian, ada masanya pendapatan boleh mencecah RM1,000. Ada kalanya tiada pendapatan jika mengajar.
“Tetapi dengan duit itu saya kongsi untuk membeli pelbagai keperluan dan lain untuk sesiapa saja yang datang ke rumah saya.
“Yang datang ke rumah saya daripada latar belakang berbeza seperti mualaf, anak yatim piatu, wanita didera suami, mangsa rogol yang hamil, kanak-kanak mangsa pengabaian, warga emas yang dibuang ahli keluarga dan lain-lain,” katanya kepada BH.
Beliau berkata, dianggap seperti kaunselor dengan memberi nasihat dan sokongan moral dari segi mental dan fizikal mengikut kes tertentu dihadapi mereka.
Katanya, ada wanita itu keadaan trauma, sukar tidur malam, sentiasa menangis dan murung, selain sesetengah warga emas yang datang dalam keadaan daif.
“Niat saya untuk membantu asnaf dan yakin ada hikmah tersendiri menyebabkan kehidupan saya sentiasa dipermudahkan walaupun kesempitan dari segi kewangan tetapi dilimpahi kesihatan yang baik.
“Kadang-kadang saya menerima  bantuan makanan dan keperluan asas daripada jiran tetangga serta pihak masjid di kawasan berhampiran,” katanya.
Sebagai tanda bersyukur, beliau memberi tuisyen percuma kepada anak-anak asnaf dan yatim piatu.
“Saya berlapang dada jika ada pelajar yang tidak mampu membayar untuk tuisyen sebagaimana dijanjikan. Saya yakin di penghujung hayat kita dinilai Tuhan atas segala pengorbanan seperti membantu orang lain,” katanya.
Beliau berkata, ada kalangan remaja hamil mangsa rogol atau yang terlanjur datang menumpang di rumahnya untuk mendapatkan perlindungan sehinggalah selamat melahirkan bayi.
“Ada wanita mempunyai masalah rumah tangga seperti sedang menunggu kes tuntutan cerai selesai. Selain itu, ada yang berhadapan kes keganasan rumah tangga bagi mengelak terus menjadi mangsa penderaan suami, tinggal di sini. Mereka akan tinggalkan rumah ini selepas mendapat pekerjaan.
“Sepanjang mereka berada di rumah ini, saya membahagikan tugas secara adil seperti ada yang memasak, ada yang mengemas rumah atau ada yang membasuh pakaian supaya mereka rasa seperti sebagai sebuah keluarga.
Oktober tahun lalu, Zania juga pernah menjaga tiga kanak-kanak asnaf berusia lima hingga 12 tahun, dari Kunak, Sabah yang menjadi mangsa penderaan dan pengabaian, sebelum ibu bapa mereka bercerai.
“Ibu kandung ketiga-tiga kanak-kanak meninggalkan mereka di rumah saya. Ibunya bekerja sebagai pembantu kedai dan menyewa bilik kecil kerana rasa tidak selesa membesarkan anak di kawasan persekitaran kurang selesa, selain sedang menunggu proses perceraian.
“Sebelum ini, anak-anak itu menjual sayur untuk membantu ibu bapa bagi menampung kehidupan, selain tidak bersekolah. Apabila mereka tinggal di sini, saya mengajar anak itu dengan pendidikan asas seperti membaca dan mengira.
“Anak-anak ini kini belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Kota Warisan, sejak sesi persekolahan awal bulan ini, selepas mendapat bantuan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membeli pelbagai kelengkapan sekolah dan perbelanjaan lain.
“Kini, kita sedang menunggu Lembaga Zakat Selangor memberi bantuan untuk perbelanjaan persekolahan untuk seterusnya. Saya berterima kasih kepada pihak zakat dan PPIM yang prihatin membantu mereka,” katanya.
Beliau tidak mengharapkan sebarang balasan daripada semua mereka yang pernah berlindung di kediamannya.
“Malah, saya tidak berkecil hati apabila ada segelintir wanita yang pernah berlindung di kediaman membawa diri tanpa khabar berita selepas masalah mereka berjaya diselesaikan,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
MISKIN TAK HALANG BANTU WANITA ASNAF TERANIAYA

Friday, September 11, 2015

2831) SYARIKAT PERNIAGAAN DISERU TUNAI ZAKAT


Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menyeru lebih banyak syarikat menunaikan zakat perniagaan mereka.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata dengan hanya membuat pengiraan mudah dan jika didapati layak, syarikat itu perlulah menunaikan zakat perniagaan mereka.

Berikut adalah kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi mengenal asti sama ada syarikat layak atau tidak menunaikan zakat perniagaan mereka:
  • 1) Kategori Syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, 'Trading' Enterprise yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa:
Kaedah 1 - Modal Kerja: (Aset Semasa-Liabiliti Semasa) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
  • 2) Kategori Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
Kaedah 2 - Modal Berkembang (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
  • Kaedah seterusnya adalah pengiraan khusus bagi jenis perniagaan yang tiada akaun/penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman serta lain-lain perniagaan berkaitan.
Kaedah ini mengambil kira semua hasil/jualan/pendapatan setahun ditolak segala kos/perbelanjaan setahun yang ditanggung. 
Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus (bersamaan atau melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos/perbelanjaan. 
Contohnya seperti berikut: 
A) Hasil/Jualan/Pendapatan:
RM300 sehari x 5 hari berniaga = RM 1,500 seminggu
RM1,500 x 4 minggu = RM6,000 sebulan
RM6,000 x 12 bulan = RM72,000 setahun
B) Tolak : Belanja/Kos Setahun (RM10,000)
C) Keuntungan Bersih Setahun (A-B) RM72,000 - RM10,000 = RM62,000
D) Kadar Zakat 2.5 peratus
E) Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550

Menurut kenyataan itu, kaedah-kaedah berkenaan diharap dapat membantu syarikat-syarikat korporat di Wilayah Persekutuan serta orang ramai yang ingin membuat taksiran zakat perniagaan mereka.

Bayaran boleh dibuat melalui saluran-saluran disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

Selain itu, katanya taksiran juga boleh dibuat melalui pihak PPZ-MAIWP dengan menghantar emel di udpk@zakat.com.my atau menghubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Orang ramai juga boleh ke ibu pejabat PPZ-MAIWP di Shamelin Perkasa, Cheras di sini dan berjumpa dengan pegawai zakat perniagaan bagi tujuan taksiran dan rujukan serta keterangan lanjut. - mStar Online

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL