Showing posts with label DATUK HUSAINAY HASHIM. Show all posts
Showing posts with label DATUK HUSAINAY HASHIM. Show all posts

Monday, May 21, 2018

4478) PROGRAM BANTUAN HARI RAYA MADRASATUL FARIDIYAH – PPIM- PPZ MAIWP DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKA – 19/5/18

KUALA LUMPUR 19 Mei – Program Sumbangan Bantuan Hari Raya yang dianjurkan secara kerjasama antara Pusat Tahfiz Madrasatul Faridiyah; Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendapat sambutan diluar jangkaan.
Menurut Penasihat PPIM, Datuk Jawahar Ali, pada awalnya, pihak penganjur menjangkakan hanya sekitar 1,000 orang akan hadir untuk mengisi borang bagi memohon bantuan berbentuk barangan keperluan harian yang bakal diberikan pada satu majlis yang akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian itu.

Jelas beliau, pihaknya agak terkejut apabila borang-borang berkenaan habis dalam masa kurang sejam selepas majlis penyerahan bermula pada pukul 7 pagi tadi.
Pun begitu, Jawahar yang juga merupakan Pengasas Pusat Tahfiz Madrasatul Faridiyah memberitahu, pihaknya telah menambah hampir 1,000 salinan borang permohonan berkenaan untuk diedarkan dan diisikan oleh pemohon berkelayakan yang lewat hadir ke lokasi pengedaran borang di Restoran Ali Maju yang terletak di Rampai Business Park di sini.



“Acara tahunan yang telah dijalankan sejak tahun 2000 ini sememangnya telah diketahui oleh khalayak ramai di seluruh negeri namun pada tahun ini sambutannya melebihi daripada apa yang kami sasarkan.
“Kami dapat tahu yang hadir pada hari ini ada yang datang dari sejauh Shah Alam dan Seremban. Pun begitu kami tidak meletakkan sebarang had, cuma kepentingan diberikan kepada golongan asnaf,” kata Jawahar kepada media selepas majlis penyerahan tersebut





Jawahar menambah, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi semua permohonan yang dibuat dan meminta kepada mereka yang telah mengambil borang berkenaan untuk turut memanjangkannya kepada golongan kelainan upaya; warga emas dan kelompok asnaf yang lain.
Jelas beliau program sumbangan bantuan hari raya berkenaan telah 18 kali diadakan dan tahun ini merupakan kali pertama diadakan dengan kerjasama bersama PPIM serta PPZ MAIWP .
Beliau selanjutnya menerangkan, kerjasama berkenaan dilakukan bagi menarik lebih ramai pihak untuk turut sama menyertai program berkenaan sebagai penyumbang agar lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu.
Tambah beliau penyerahan bantuan tersebut akan dilakukan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai.
Turut hadir pada majlis penyerahan borang program bantuan hari raya tersebut ialah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan serta Penasihat Kehormat PPIM, Datuk Hussainy Hashim. – UNIT MEDIA PPIM

Thursday, April 12, 2018

4449) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR HULUR BANTUAN RM45,305.41 LUNAS TUNGGAKAN RUMAH PENGADU – SHAH ALAM – 12/4/18

Lembaga Zakat Selangor Hulur Bantuan RM45,305.41 Lunas Tunggakan Rumah Pengadu
Shah Alam 12 APRIL – “Tanpa bantuan Zakat mungkin kami terpaksa tinggal di dalam lori sahaja,” jelas Haslynda Hassan, 43 tahun, yang menanggung hutang tunggakan rumah, perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anak setelah ditipu oleh sebuah syarikat gara-gara lori ‘car carrier’ yang dibeli olehnya.
Haslynda dan suami mengalamai kerugian lebih RM174,000 sejak membuat pembelian lori pada April 2014 yang lalu.

Lori yang disangka milik sepenuhnya oleh syarikat tersebut rupa-rupanya hanya lori sewaan sebuah syarikat yang lain tanpa pertukaran nama pemilik.
Beliau juga dituntut untuk membayar kos guaman sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 bagi menyelesaikan kesnya di mahkamah.
Lebih mengejutkan apabila beliau kehilangan sumber pendapatan dan rumah bakal dilelong oleh pihak bank.

Hari ini, hasil rundingan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Pengurus Besar LZS, Abdul Basith Hamid, satu bantuan bernilai RM45,305.41 telah diserahkan melalui cek di atas nama Mohd Muhsin Boudville (suami), 63 tahun, hadir bersama 3 orang anak yang masing-masing berusia 12 tahun, 10 tahun dan 3 tahun yang juga merupakan anak autisme.
“Bantuan yang kita bawa kepada Zakat Selangor telah diproses dengan segera. Saya rasa amat terharu dengan kesudian Pusat Zakat membantu mangsa dan kawan-kawan disini.” ulas Nadzim ringkas.

Nadzim juga menyeru kepada semua golongan untuk menunaikan zakat bagi memastikan mereka yang kurang berkemampuan dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.
“Saya menyeru mereka diluar sana untuk membantu menunaikan zakat dengan harapan lebih ramai lagi asnaf dapat manfaatnya.” tambah beliau lagi dengan nada sebak diakhir sidang media sebentar tadi.
Abdul Basith Hamid turut memberi penghargaan kepada pihak PPIM yang sentiasa komited dalam mengetengahkan dan membawakan kes-kes yang diluar pengetahuan pihak lembaga zakat sendiri.

“Terima kasih diucapkan kepada PPIM dan kami memerlukan bantuan NGO serta masyarakat diluar sana supaya dapat menyalurkan maklumat bagi membantu golonga @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Wednesday, March 7, 2018

4397) PPIM SASAR 60,000 PENIAGA KECIL JADI PEMBAYAR ZAKAT – UTUSAN MALAYSIA – 7/3/18



KUALA LUMPUR 6 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyasarkan sebanyak 60,000 peniaga kecil khususnya di Wilayah Persekutuan akan menjadi pembayar zakat dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut dapat direalisasikan berikutan kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang dijalankan sejak 15 Februari lalu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan peniaga Islam.
“Rata-rata peniaga merasakan dengan membayar zakat akan mengurangkan hasil pendapatan mereka. Mentaliti inilah yang harus dibuang jauh-jauh dan sematkan dalam hati bahawa rezeki akan bertambah sekiranya berkongsi dengan orang lain.
“Kempen yang kita jalankan bersama PPZ-MAIWP ini sebagai satu langkah permulaan yang baik untuk mengubah ekonomi ummah supaya lebih cemerlang. Saya yakin dan percaya dengan amalan pembayaran zakat, hasil perniagaan lebih berkat,” katanya dalam sidang akhbar kempen SPPZ di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Penasihat PPIM, Datuk Husainay Hashim.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, sekiranya para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pembayar zakat secara tidak langsung dapat mewujudkan satu masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain terutamanya kepada golongan asnaf.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PPIM SASAR 60,000 PENIAGA KECIL JADI PEMBAYAR ZAKAT

Tuesday, November 15, 2016

3196) SUDAH SAMPAI MASA SUBSIDI KEPADA WARGA ASING DIHENTIKAN - PPIM - MALAYSIAGAZETTE - 12/11/2016



Sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menghentikan pemberian subsidi kepada warga asing yang membeli barangan kawalan di Malaysia.
Bukan sahaja petrol tetapi ia juga perlu diperluaskan kepada barangan lain seperti beras, gula, minyak, susu, ayam dan sebagainya.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Husainay Hashim berkata, cukup-cukuplah kerajaan menanggung subsidi kepada warga asing sejak dahulu.
Sedangkan, jika barang-barangan keperluan ini dijual mengikut harga pasaran semasa, sekurang-kurangnya dapat memberi hasil kepada kerajaan.
"Saya tidak faham mengapa kerajaan masih terus memberi subsidi bagi barangan keperluan kepada warga asing.
"Sepatutnya kerajaan mengurangkan tanggungan beban rakyat, bukan warga asing," katanya ketika berucap di Forum Pengguna 2016 anjuran PPIM.
Tegas beliau, rakyat negara ini sudah cukup terbeban dengan kenaikan kos menyebabkan kehidupan semakin terdesak.
Katanya, sepatutnya pengguna adalah VVIP kerana mereka yang berbelanja tetapi disebabkan tidak tahu hak, pengguna Malaysia mudah ditipu.
"Apabila kerajaan menaikkan caj jalan raya kepada pengguna warga asing mereka bising sedangkan mereka membeli tepung, ayam, gula dengan harga subsidi. Adilkah ini?,"ujar beliau.
Sehubungan itu, Husaini mahu kerajaan fikir-fikirlah tentang perkara ini.
"Fikirlah bagaimana hendak meredakan ketegangan rakyat," tambahnya. - MalaysiaGazette

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL