Showing posts with label PPIM PEDULI. Show all posts
Showing posts with label PPIM PEDULI. Show all posts

Wednesday, January 8, 2020

5635) "JANGAN NAFIKAN HAK PENGGUNA ISLAM MEMBELI AIR ZAM ZAM!"-TOQQI - PPIM - 08/01/2020

Larangan penjualan air Zam Zam di Malaysia turut mendapat perhatian PPIM apabila penjualan air ini dikhuatiri bakal meningkatkan transaksi penipuan jual beli dikalangan pengguna. Namun tindakan ini juga dikritik Ketua Aktivis PPIM, Toqqi kerana bimbang bakal menafikan hak pengguna bagi mendapatkan bekalan air tersebut.

“Saya berharap sesiapa yang membuat keputusan itu, dia berfikir supaya tidak menafikan hak orang Islam bagi mendapatkan air Zam Zam. Air ini dijual berleluasa dan malangnya ada juga air Zam Zam tiruan. Jadi apakah langkah yang diambil bagi mengatasi sindiket penipuan ini?” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

“Hal ini perlulah mempunyai rundingan yang terbaik supaya hak pengguna tidak turkubur begitu sahaja. Kerajaan juga perlu ada proses untuk menentukan ketulenan air Zam Zam supaya penipuan penjualan ini tidak berulang,” tambahnya.

Menurutnya lagi, kerajaan juga mungkin boleh mengenakan caj pengangkutan dan kos import air Zam Zam memandangkan pihak Arab Saudi turut memberikan air ini secara percuma.

Menurutnya lagi, air Zam Zam diberikan secara percuma kepada umat Islam. Sehubungan itu, kerajaan mungkin boleh mengenakan caj pengangkutan dan kos import bagi penjualan air ini di Malaysia.

PPIM menggesa kerajaan agar lebih bersikap terbuka dalam menangani isu ini dan melantik satu agensi (Tabung Haji) untuk menjadi badan bagi menyelia air Zam Zam. Hal ini supaya memudahkan pengguna untuk mencari kepada saluran yang betul.

Wednesday, November 27, 2019

5540) HINA JALUR GEMILANG - TVPPIM - 27/11/2019

5537) ADAKAH MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG? - PPIM - 27/11/2019

PPIM dikejutkan lagi dengan satu video yang diterima melalui aplikasi WhatsApp memperlihatkan dua orang lelaki sedang membaling cat merah serta membakar sebuah rumah. Video berdurasi 59 saat ini dipercayai mempunyai unsur khianat apabila suspek melarikan diri setelah rumah tersebut dibakar.

Persoalannya, sampai bila penindasan dan penganiayaan ini harus terus berlaku? Dimanakah undang-undang bagi menangani isu yang mengancam keselamatan penduduk tempatan? Apakah isu ini akan dibiarkan? Bilakah tindakan yang setimpal akan diambil keatas si pelaku?

PPIM menggesa dan memohon kerjasama daripada pihak PDRM bagi memantau kegiatan yang berunsur khianat seperti ini.

#PPIMPeduli #PPIM #Viral



Thursday, October 17, 2019

5407) BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI - TV.PPIM - 16/10/2019


Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Tahu tak zakat ni diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. “Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”. (Surah An-Nur 24:56) “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”. (Surah Al-Baqarah 2:43) Apa lagi alasan kita untuk tak berzakat? Sekarang ni boleh bayar zakat online je tau. Tak perlu dah susah-susah nak ke kaunter zakat. Jom sama-sama menjadi umat islam yang lebih peka dan bertanggungjawab! https://www.zakat2u.com.my #BMF #PPIMPeduli #KitaIslam


Artikel oleh: TV. PPIM 

BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI



Tuesday, August 13, 2019

5163) “SAYA PINJAM DEMI ANAK TIRI..” - MANGSA - TV.PPIM - 13/08/2019


Membuat pinjaman Ahlong demi membiayai pendidikan anak tiri, bapa kandung pula hilang entah kemana. Mangsa yang buntu mencari jalan penyelesaian hadir ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membuat aduan dek kerana tidak tahan diburu Ah long dan hidup seakan gelandangan bersama isteri dan dua anak perempuannya. Tindakan pantas pegawai operasi PPIM dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa berjaya membawanya ke sini. Isteri mangsa yang juga menerima tempias akibat pinjaman Ahlong turut datang ke PPIM bersama mangsa. Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Saturday, August 10, 2019

5161) SUAMI BODOH ISTERI JADI MANGSA - TV.PPIM - 10/08/2019


Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. . Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 . 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: www.ahlong.ppim.org.my Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV.PPIM

SUAMI BODOH ISTERI JADI MANGSA

Monday, August 5, 2019

5124) GURU MANGSA IBU BAPA HAPRAK! - TV. PPIM - 03/08/2019


Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang guru diserang dan diheret oleh dua lelaki. Kejadian yang berlaku di Bachok, Kelantan itu berpunca kerana salah faham apabila isterinya memaklumkan dia diserang oleh guru tersebut. Video berdurasi 3 minit 23 saat itu turut viral di laman Twitter sehingga mendapat lebih 130 ribu tontonan. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan penyerang apabila menggunakan kekerasan terhadap guru terbabit.


Artikel oleh: TV. PPIM

GURU MANGSA IBU BAPA HAPRAK!

Friday, July 26, 2019

5109) AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA - TV. PPIM - 26/07/2019


Gara-gara masalah perniagaan, seorang wanita bertindak meminjam Ah Long sehingga gagal membayar faedah yg diminta. Bapanya turut menjadi mangsa apabila cedera dipukul oleh Ah Long. . . Gambar mangsa turut dimuatnaik oleh Ah Long melalui sosial media dan imbuhan berupa wang tunai akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memotong tangan dan kaki mangsa. . . Kami mendapatkan Pegawai Operasi Unit Banteras Ceti Haram PPIM, Mazli Sazeli, yang telah bersama-sama mangsa membuat laporan polis sekali lagi di balai polis berhampiran PPIM. . . Elakkan dalam membuat pinjaman Ah Long, kerana ia mampu menjerat anda seumur hidup. Sebarang maklumat mahupun aduan, layari laman web rasmi kami. . . Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Whatsapp:
.
. 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV. PPIM

AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA

Saturday, June 15, 2019

4984) "TOLONG! SAYA NAK MATI" - TV. PPIM - 14/06/2019


Niat seorang anak untuk melangsaikan hutang ayahnya terbantut ditengah jalan gara-gara sikap si ayah yang tidak pernah berubah. Mangsa berterusan membayar, manakala ayahnya pula berterusan meminjam. Bukan sahaja pinjaman Ahlong, malahan saudara dan sahabat rapatnya juga menjadi sasaran pinjaman ayahnya. Gangguan Ahlong yang berterusan sehingga ke pintu rumah menjejaskan keselamatan keluarga dan mangsa juga terpaksa mengeluarkan wang simpanan anaknya sebanyak RM60,000 demi untuk menyelesaikan hutang ayahnya. Kami mendapatkan Pegawai Operasi Unit Banteras Ceti Haram PPIM Imran Yusof bagi mengulas isu ini.
Ukur baju dibadan sendiri, tidak mampu membayar, jangan pernah berhutang kerana Ahlong membunuh dalam senyuman. Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. . Whatsapp: http://wasap.my/60133071999
. Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV. PPIM

"TOLONG! SAYA NAK MATI"

Tuesday, January 30, 2018

4337) KEMPEN KESEDARAN BAHAYA AHLONG – MARDI – 30/1/18


Kempen Kesedaran Bahaya Along di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dewan Tan Sri Yusuf Hashim UPM-MARDI anjuran Pusat Pengurusan Sumber Manusia dengan Kerjasama BKSM, NGO dan ARKAB MARDI.





Antara panel jemputan yang hadir pada pagi ini ialah Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, Pengarah Latihan Dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Pendakwah Bebas, Ustaz Wan Hizam Abdullah. Seramai 300 orang kakitangan MARDI terlibat dalam Kempen Kesedaran Bahaya Along kali ini.








Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618
Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji.
Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.
Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL