Showing posts with label JALUR GEMILANG. Show all posts
Showing posts with label JALUR GEMILANG. Show all posts

Wednesday, December 4, 2019

5561) BERITA | MENGHINA JALUR GEMILANG - KACA TV - 03/12/2019


#KACATV Sukacitanya turut serta menjayakan liputan media buat satu laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi berkenaan 'tindakan tegas perlu dikenakan kepada sesiapa yang menghina jalur gemilang'. #BERITA Kuala Lumpur, 27 November 2019 (Rabu) di hadapan IPD Dang Wangi, perasaan rakyat Malaysia sekali lagi di guris atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu apabila melakukan penghinaan terhadap jalur gemilang. Perbuatan memaparkan jalur gemilang dengan lima bintang seolah-olah segaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk membangkit kemarahan rakyat Malaysia apatah lagi apabila lagu Negaraku dinyanyikan. Walaupun pihak persatuan bula keranjang (MABA) sudah membuat pemohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan tersebut, namun tindakan sewajarnya harus diambil supaya tidak lagi kejadian jenayah menghina Negara berlaku di masa hadapan. Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMA) Pertubuhan Muafakat Sejahtera Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) dan beberapa NGO lain telah membuat laporan polis untuk mendesak pihak berwajid mengambil tindakan tegas kepada pelaku.

Artikel oleh: Kaca TV

BERITA | MENGHINA JALUR GEMILANG


Wednesday, November 27, 2019

5540) HINA JALUR GEMILANG - TVPPIM - 27/11/2019

5539) HINAAN JALUR GEMILANG MAKIN MENJADI-JADI - PPIM - 27/11/2019

Penggunaan bendera berbucu lima dilihat sebagai satu perkara sensitif yang mempermainkan isu kedaulatan negara. Pihak MABA mengeluarkan kenyataan permohonan maaf namun persoalannya siapakah yang melakukan kesilapan tersebut? Kejadian 'Silap dan Maaf' ini juga telah acap kali dilakukan sebelum ini dalam isu bendera terbalik dan bendera hitam. 

PPIM bersama NGO-NGO di Malaysia telah membuat laporan ke atas isu ini di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

"Kita melihat ini sebagai satu agenda komunisma kerana rakyat Malaysia sememangnya kenal akan bendera Malaysia. Jadi mereka mempunyai agenda untuk menyampaikan ideologi.”

“Isu ini tidak boleh diterima dan kita akan membuat survey siapa rakyat Malaysia menerima agenda komunisme ini," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terlibat kerana isu ini membabitkan institusi kedaulatan negara.

Ketua Prasarana BMF Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Mohd Nor Izzat Haji Mohd Johari berkata pihak mereka meluahkan rasa kecewa dan marah diatas tindakan pihak penganjur yang biadap dan tidak menerima permohonan maaf sahaja. Selain itu, gabungan NGO menyeru agar Presiden MABA dipecat serta-merta dan digugurkan daripada jawatannya. 

Pihak PDRM digesa agar menahan dalam tempoh 24 jam dari sekarang dan menjalankan siasatan telus ke atas seluruh anggota jawatankuasa yang terlibat. Tindakan tegas juga perlu diambil kepada golongan yang cuba mempersendakan dan menjejaskan keamanan negara.   

#toqqitegur #PPIMprihatin #patriot #PPIM #benderaMalaysia #viral #Negaraku #MalaysiaBersih


Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

HINAAN JALUR GEMILANG MAKIN MENJADI-JADI 

5538) TINDAKAN TEGAS PERLU DIKENAKAN KEPADA SESIAPA YANG MENGHINA JALUR GEMILANG - SIDANG MEDIA PPIM - 27/11/2019

Perasaan rakyat Malaysia sekali lagi diguris atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu apabila melakukan penghinaan terhadap Jalur Gemilang.

Perbuatan memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang seolah-olah sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk membangkit kemarahan rakyat Malaysia apatah lagi ketika lagu Negaraku dimainkan.

Walaupun pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) sudah membuat permohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan tersebut, namun tindakan sewajarnya harus diambil supaya perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Telah berlangsung, satu sidang media PPIM bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dan beberapa NGO lain untuk mendesak pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada pelaku. 


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL