Showing posts with label JANGAN SALAH PINJAM. Show all posts
Showing posts with label JANGAN SALAH PINJAM. Show all posts

Friday, July 26, 2019

5109) AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA - TV. PPIM - 26/07/2019


Gara-gara masalah perniagaan, seorang wanita bertindak meminjam Ah Long sehingga gagal membayar faedah yg diminta. Bapanya turut menjadi mangsa apabila cedera dipukul oleh Ah Long. . . Gambar mangsa turut dimuatnaik oleh Ah Long melalui sosial media dan imbuhan berupa wang tunai akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memotong tangan dan kaki mangsa. . . Kami mendapatkan Pegawai Operasi Unit Banteras Ceti Haram PPIM, Mazli Sazeli, yang telah bersama-sama mangsa membuat laporan polis sekali lagi di balai polis berhampiran PPIM. . . Elakkan dalam membuat pinjaman Ah Long, kerana ia mampu menjerat anda seumur hidup. Sebarang maklumat mahupun aduan, layari laman web rasmi kami. . . Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Whatsapp:
.
. 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV. PPIM

AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA

Monday, June 17, 2019

4987) HATI-HATI AYAT MANIS 'ALONG' - HARIAN METRO - 17/06/2019


Cepat, ekspres dan senang lulus. Itu antara ayat manis pihak memberikan kemudahan pinjaman yang tentunya membuatkan ramai tertarik apatah lagi ketika terdesak untuk mendapatkan wang.

Ini ditambah dengan perkhidmatan dalam talian yang tidak membuang banyak masa bagi individu membuat
permohonan dan menghantar butiran peribadi seperti dikehendaki.

Namun individu perlu bersikap hati-hati sebelum membuat pinjaman dengan meneliti dan memahami syarat ditetapkan termasuk kadar faedah dikenakan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Carian di Internet mendapati banyak pihak menawarkan perkhidmatan itu malah ada yang siap memaparkan carta bayaran balik mengikut jumlah pinjaman dan tempohnya.

Sesetengahnya disertakan pada bahagian nota kaki kadar faedah dikenakan, contohnya 1 hingga 1.5 peratus sebulan, yang jika dihitung 12 hingga 18 peratus untuk 12 bulan atau setahun.

Bagi mengetahui hal ini lebih lanjut, penulis cuba mengisi borang permohonan di laman sesawang sebuah syarikat dan ternyata maklum balas diberikan memang cepat.

Namun pihak terbabit memaklumkan pinjaman yang layak diberikan tidak seperti dipohon sebaliknya lebih rendah iaitu sekitar RM25,000 dengan kadar faedah 11 peratus setahun dan tempoh bayaran balik lima tahun.

Kadar itu apabila dihitung untuk lima tahun ialah 55 peratus iaitu hampir RM14,000 dan jika dihitung secara kasar jumlah perlu dibayar semuanya hampir RM40,000.

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, memang ada sesetengah pihak yang cekik darah dan menekan peminjam.

“Ada pihak yang memberikan pinjaman wang meletakkan kadar faedah tinggi, misalnya 12 peratus setahun sehingga menekan peminjam,” katanya.

Malah katanya, beliau tidak menolak kemungkinan ada juga pihak yang memberi pinjaman berlesan terbabit dengan along.

“Nama saja pemberi pinjaman berlesen, tetapi ada juga yang buat along.

“Dia kata berlesen, mungkin satu itu betul, tetapi macam mana dengan yang lain, iaitu yang di bawahnya.

“Letak kadar faedah ikut suka, ini semua tipu,” katanya yang turut mengakui bukan sedikit kes membabitkan pinjaman wang diadukan kepada pihaknya.

Artikel oleh: Harian Metro

HATI-HATI AYAT MANIS 'ALONG'

Saturday, June 15, 2019

4984) "TOLONG! SAYA NAK MATI" - TV. PPIM - 14/06/2019


Niat seorang anak untuk melangsaikan hutang ayahnya terbantut ditengah jalan gara-gara sikap si ayah yang tidak pernah berubah. Mangsa berterusan membayar, manakala ayahnya pula berterusan meminjam. Bukan sahaja pinjaman Ahlong, malahan saudara dan sahabat rapatnya juga menjadi sasaran pinjaman ayahnya. Gangguan Ahlong yang berterusan sehingga ke pintu rumah menjejaskan keselamatan keluarga dan mangsa juga terpaksa mengeluarkan wang simpanan anaknya sebanyak RM60,000 demi untuk menyelesaikan hutang ayahnya. Kami mendapatkan Pegawai Operasi Unit Banteras Ceti Haram PPIM Imran Yusof bagi mengulas isu ini.
Ukur baju dibadan sendiri, tidak mampu membayar, jangan pernah berhutang kerana Ahlong membunuh dalam senyuman. Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. . Whatsapp: http://wasap.my/60133071999
. Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV. PPIM

"TOLONG! SAYA NAK MATI"

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL