Showing posts with label PENINDASAN. Show all posts
Showing posts with label PENINDASAN. Show all posts

Tuesday, January 13, 2026

ZALIM!! PEMINJAM BANK TETAP ADA REKOD CTOS MESKIPUN SUDAH SELESAI BAYARAN - PERSPEKTIF 360 - 11/01/2026

 

PPIM telah membongkarkan sebuah kisah peminjam bank yang perlu berhadapan dengan kezaliman pihak bank dan CTOS sehingga perlu memohon bantuan pihak PPIM. Ikuti kisah diatas supaya anda juga berjaga-jaga.

Sumber: Perspektif 360

ZALIM!! PEMINJAM BANK TETAP ADA REKOD CTOS MESKIPUN SUDAH SELESAI BAYARAN

https://www.youtube.com/watch?v=d9aQuMrzGdE

Tuesday, January 6, 2026

PODCAST PPIM | PENINDASAN LUAR BIASA BANK-BANK TEMPATAN - PPIM - 06/01/2026

6 Januari 2026 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu sesi podcast telah membincangkan isu penindasan sistem perbankan yang dilihat semakin membebankan pengguna, khususnya golongan rakyat biasa.

Podcast yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ini turut menampilkan Peguam En Nizam Bashir serta individu yang tampil berkongsi pengalaman sebenar sebagai mangsa sistem kewangan.

Antara isu utama yang dibangkitkan termasuk amalan tidak adil institusi perbankan, eksploitasi tempoh moratorium, faedah kompaun yang membebankan serta kes-kes ekstrem seperti kebankrapan akibat menjadi penjamin, lelongan rumah warga emas dan hutang yang terus meningkat walaupun bayaran telah dibuat bertahun-tahun.

Perbincangan turut menyentuh isu rekod kredit seperti CTOS serta keperluan kepada konsep “hak untuk dimaafkan” (right of forgiveness) agar pengguna tidak dihukum sepanjang hayat akibat kesilapan kewangan lampau.

Justeru itu, PPIM menyeru rakyat agar bersatu menggunakan kuasa pengguna, termasuk tindakan boikot terhadap institusi yang bersikap angkuh dan menindas. Pendidikan kewangan serta bantuan perundangan juga ditekankan sebagai langkah penting bagi melindungi hak pengguna.

PPIM berharap pihak berkuasa, khususnya Bank Negara Malaysia, dapat memperkukuh kawal selia institusi kewangan demi memastikan keadilan, ketelusan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Saturday, June 29, 2024

PATUT DAPAT RM1,500 SATU KAKI PERSEGI' - KOSMO - 29/06/2024

 

Artikel oleh: Kosmo

PATUT DAPAT RM1,500 SATU KAKI PERSEGI' - KOSMO - 29/06/2024

ISU TANAH KAMPUNG SG BARU: BERI PAMPASAN TIDAK MUNASABAH LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PEGUAM - THE MERDEKA TIMES - 28/06/2024

  • Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah.
  • “So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
  • “Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.
  • Ia diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini, disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam berpandangan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan sekiranya pampasan diterima pemilik hartanah Kampung Sungai Baru di sini tidak mencapai nilai munasabah atau tidak memadai.

Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah. 

So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 

“Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Tapi pada masa sama kita juga ada pengecualian di bawah Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan di mana kuasa diberikan kepada kerajaan untuk mengambil tanah kita dengan beberapa syarat.

“Iaitu syarat pampasan munasabah diberikan dan kalau kita lihat kesan Seksyen 340 (Kanun Tanah Negara 1965) dan Perlembagaan Persekutuan tadi apa yang kita boleh faham dari sini ialah tiada siapa boleh dipaksa untuk jual tanah mereka di bawah nilai harga pasaran,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.

Sidang media itu diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini dan disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

Media sebelum ini melaporkan mereka menggesa kerajaan mempertimbang semula nilai pampasan kepada pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berbanding apa ditawarkan kerajaan terdahulu melalui undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Susulan itu, Muhammad Shahrin menuntut kerajaan meminda semula Seksyen 3 Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960 supaya ia lebih khusus tentang bagaimanakah kerajaan boleh mengambil tanah memandangkan ketika ini maksudnya dilihat sangat meluas.

“Seksyen 3 ini dia punya maksud sangat luas bagi saya perkara ini perlu diubah sebab apa yang berlaku sekarang kita lihat ia telah disalah gunakan sebab sekarang ini kita ada dua nilai penilaian yang berbeza yang sangat ketara ada kerajaan mengatakan 450 per sekaki, swasta pula menyatakan 1,500 ke atas.

“Dan bagi saya yang paling logik adalah 1,500 sekaki dan ke atas sebab saya sendiri dah turun ke sana dan kita melihat Kg Sungai Baru dia sangat dekat dengan KLCC, sebelah dengan Saloma Bridge boleh nampak AKLEH atas sana so bagi saya kita tahulah untuk 450 per sekaki ini tak logik,” katanya. — The Merdeka Times

Artikel oleh: The Merdeka Times

ISU TANAH KAMPUNG SG BARU: BERI PAMPASAN TIDAK MUNASABAH LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PEGUAM

https://themerdekatimes.com/news/2024/06/isu-tanah-kampung-sg-baru-beri-pampasan-tidak-munasabah-langgar-perlembagaan-persekutuan-peguam/

Friday, June 28, 2024

PENDUDUK KG SUNGAI BARU DAKWA DITAKUTKAN OLEH PEMAJU - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 28/06/2024

 

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Sungai Baru, dekat Kampung Baru mendakwa pihak pemaju tanah tersebut telah menyalahgunakan kuasa dengan menakut-nakutkan penduduk yang masih berada di kediaman.

Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shahrin Satheer berkata, pada 10 Jun yang lepas, pihak pemaju telah memotong bekalan elektrik dan air penduduk.

Malah, baru-baru ini satu tembok serta papan tanda mengarahkan penduduk untuk keluar dengan segera telah dinaikkan.

“Ada penduduk yang dipaksa untuk menandatangani borang persetujuan untuk pindah dan mereka diberitahu pihak pemaju tetap akan merobohkan rumah walaupun mereka masih menetap di situ,” katanya dalam sidang media dalam sidang media di sini, hari ini.

Bercakap dalam sidang media bersama penduduk kampung tersebut, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penduduk telah bertemu dengan mereka kerana mendakwa telah ditindas apabila pihak pemaju menawarkan harga terlalu rendah yang tidak masuk akal jika dibandingkan dengan harga pasaran tanah semasa.

Tawaran yang diberikan oleh pemaju menyebabkan penduduk kampung terbabit buntu.

“Apa yang lagi menyedihkan adalah penduduk hanya ditawarkan harga RM450 untuk satu kaki persegi, sedangkan harga pasaran yang sepatutnya jika dinilai dari sudut pembangunan di situ, penduduk selayaknya mendapat RM1,500 bagi setiap kaki persegi.

“Ini kelihatan seperti kerajaan telah menyalahgunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk merampas tanah, walhal tanpa disedari mereka telah mendatangkan tekanan kepada para penduduk di situ,” tambahnya.

Seorang penduduk di situ, Hashim Mohd Salleh, 63, berkata, dia hanya menerima sebanyak RM30,000 sebagai pampasan.

Beliau juga bingung apabila peguam yang dilantik didakwa berpaling tadah dan berpihak kepada pemaju.

“Peguam yang saya lantik telah memujuk saya untuk menerima jumlah yang ditawarkan dengan alasan ‘lebih baik daripada tiada’,” katanya.

Shahrin meminta kerajaan supaya bertindak segera kerana jika isu ini berlarutan, ia menunjukkan  penduduk di situ ditindas.

Apatah lagi, kebanyakan penduduk terlibat adalah warga emas.

“Jadi kerajaan perlu bersikap lebih bertanggungjawab, berikan mereka penempatan baharu dan pampasan yang sepatutnya,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PENDUDUK KG SUNGAI BARU DAKWA DITAKUTKAN OLEH PEMAJU - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/06/28/penduduk-kg-sungai-baru-dakwa-ditakutkan-oleh-pemaju-ppim/

PPIM GESA PINDA AKTA, BELA NASIB PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BARU - KOSMO - 28/06/2024

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya meminda Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mendapatkan keadilan kepada pemilik-pemilik tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.

Peguam yang mewakili Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Shahrin Satheer, berkata, ia perlu lebih jelas supaya perkara yang menimpa penduduk terbabit, tidak berulang.

Katanya, pampasan yang diterima oleh penduduk terlibat, perlu dinilai semula segera dengan jumlah munasabah.

“Paling munasabah bagi saya adalah RM1,500 satu kaki persegi dan ke atas. Kerajaan perlu bertindak segera agar penduduk tidak terus tertekan, membazir masa dan duit bayar peguam.

“Penduduk terkesan juga perlu diberikan kediaman baharu dengan segera kerana mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk warga emas,” katanya ketika sidang akhbar bersama penduduk, di sini, hari ini.

Sebagai pemilik tanah berdaftar jelasnya, penduduk boleh menggunakan kaedah undang-undang bagi menghalang sebarang tindakan pengusiran dilakukan sewenang-wenangnya.

“Nak halau, mereka kena dapatkan perintah mahkamah. Tambahan, penduduk memiliki tanah sah dan pemilik berdaftar Kampung Sungai Baru.

“Pemaju perlu dapatkan perintah mahkamah dulu sebelum boleh potong bekalan air dan elektrik atau sebagainya. Sekarang perintah pun tak ada tau-tau dah potong, itu tak adil,” tambahnya.

Katanya, pemaju ‘berani’ bertindak ke atas penduduk terbabit yang didakwa tidak mempunyai fahaman mengenai undang-undang.

“Andai kata nilai yang diberikan pemaju tidak munasabah, perkara ini adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, penduduk ada hak untuk cabar dan menyatakan bahawa pengambilan tanah ini melanggar Perlembagaan Persekutan maka ia perlu diketepikan,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masa tindakan untuk gerakkan rakyat diambil supaya kerajaan bertindak sewajarnya.

“Sebarang tindakan perlu dilakukan mengikut undang-undang jika ada kelompongan dan mahkamah juga pelru dirujuk.

“Apabila dapat aduan, kami turun padang beberapa kali menerusi siasatan ‘task force’ kami, didapati ia tidak menepati Akta Pengambilan Tanah 1960,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru diminta menyerahkan kembali projek tersebut kepada kerajaan untuk dibangunkan oleh pihak lain kerana sudah tertangguh sejak enam tahun lalu.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembangunan di Kampung Sungai Baru boleh dilakukan oleh syarikat lain yang lebih berwibawa serta berkemampuan atau oleh agensi kerajaan berkaitan.

“Pemaju sudah pindahkan hampir 200 penduduk dan sehingga hari ini, sudah enam tahun pindah tetapi tidak dapat balik unit (kediaman) mereka.

“Jadi saya nak pemaju yang sudah tak boleh buat kerana tiada kewangan, (sedangkan) kerajaan sudah beri sokongan, kalau tidak boleh teruskan termasuk bawa balik orang yang telah dipindahkan, maka saya cadangkan ‘surrender’ tanah ini kepada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan yang lebih berwibawa untuk siapkan. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

PPIM GESA PINDA AKTA, BELA NASIB PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BARU

https://www.kosmo.com.my/2024/06/28/ppim-gesa-pinda-akta-bela-nasib-penduduk-kampung-sungai-baru/

“CARA PENJAJAHAN BARU” GANTI RUGI TANAH KU RM450 S.K.P - SIDANG MEDIA PPIM - 28/06/2024

 Adakah pemilik tanah boleh dipaksa untuk menjual tanah mereka di bawah harga nilai pasaran?? Inilah apa yang berlaku di Kg Sungai Baru, Kg Baru, apabila kerajaan telah melakukan pengambilan tanah untuk pemaju memajukan semula tanah mereka. 

Walau bagaimanapun, harga nilai pampasan yang diterima jauh lebih rendah daripada harga nilai pasaran.  Kini pemilik terpaksa menanggung lebih banyak kerugian kerana perlu melawan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan yang setara. Adakah ini keadilan bagi pemilik Tanah Melayu di Malaysia yang terpaksa melawan untuk mendapatkan pampasan yang munasabah.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan dan keluhan dari pemilik tanah di Kg Sungai Baru, Kg Baru. Mereka adalah pemilik rumah dan tanah bergeran, hak dan tuntutan mereka telah dinafikan.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan berhubung isu ini di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Monday, January 30, 2023

KEWANGAN ISLAM ADA UNSUR MENINDAS - UTUSAN MALAYSIA - 30/01/2023

 

PETALING JAYA: Produk sistem kewangan Islam di negara ini didakwa tidak langsung melambangkan Islam kerana tiada aspek ‘kemanusiaan’ seperti dituntut agama apabila terus menindas peminjam dengan pelbagai cara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia amat mendukacitakan apabila sistem kewangan Islam yang sepatutnya tiada unsur penindasan tidak diamalkan.

“Saya sudah bersuara mengenai perkara ini termasuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), kita kena ubah arah tuju sistem perbankan negara. Daripada purely commercial kepada kemanusiaan.

“Tetapi kemanusian itu tiada, kat mana (dalam sistem) pun kita tak tahu. Orang tak bayar RM5 pun mereka jadikan masalah besar, kita lihat kembali mengenai perkara tersebut di manakah Islamnya?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini mendedahkan, kaedah pembiayaan kewangan Islam di negara ini yang dikatakan tidak terdedah risiko kenaikan kadar hutang didakwa belum mematuhi konsep maqasid al-syariah sepenuhnya kerana masih tertakluk kepada peraturan tertentu berpaksikan faedah dan riba.

Malah turut dikatakan, ia hanya bersifat indah khabar daripada rupa apabila terus ‘memeras ugut’ peminjam dengan mengenakan faedah terlalu tinggi dan tidak munasabah walaupun ia merupakan produk sistem kewangan Islam.

Sehubungan itu, Nadzim menggesa kerajaan campur tangan bagi melihat kembali sistem tersebut, supaya unsur-unsur yang menindas rakyat dapat diketepikan dan hanya berpegang teguh kepada sistem Islam.

“Kerajaan kena lihat balik perkara ini supaya tidak berlaku penindasan, di dalam Islam pun tidak boleh ada perkara sedemikian tetapi lain pula sekarang ni apabila penindasan seolah-olah menjadi asas,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berpendapat, sistem kewangan Islam yang menjadi kebanggaan negara pada satu ketika dahulu kini tidak jauh bezanya dengan sistem konvensional.

Katanya, perkara itu semakin disedari oleh orang ramai disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca Covid-19, apabila pendapatan peminjam mula merosot serta terjejas.

“Cara pengendalian sistem kewangan Islam tidak jauh beza dengan konvensional, jadi kita kena lihat perincian itu semula. Sepatutnya perbankan Islam lebih kepada empati terhadap peminjam terutamanya Muslim.

“Bukan mereka tak boleh buat keuntungan, tetapi sepatutnya membantu orang Islam dalam memudahkan pembayaran, menggalakkan untuk memiliki aset. Ini bagi memastikan ekonomi Muslim berkembang.

“Sedangkan orang bukan Islam pun suka dengan sistem kewangan Islam ni tetapi kena lihat balik ‘pengamalan’ itu balik secara terperinci supaya kita dapat kendalikan mengikut syariah yang betul,” jelasnya. 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KEWANGAN ISLAM ADA UNSUR MENINDAS

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/kewangan-islam-ada-unsur-menindas/

Tuesday, May 11, 2021

5646) SERANGAN BIADAP ZIONIS ISRAEL TERHADAP PARA JEMAAH MASJID AL-AQSA PADA BULAN RAMADAN - SIDANG MEDIA PPIM - 11/05/2021

Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis pada Jumaat lalu. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan serta perbuatan zalim Zionis Israel yang tidak pernah menghormati hak kesejahteraan rakyat Palestin dalam segenap aspek kedaulatan yang seharusnya menjadi milik mereka sejak 1948 lagi. Kebiadapan Zionis Israel jelas menghilangkan kedamaian dan kedaulatan bumi Palestin sehingga kini. 

Para ulama dan penguasa dunia tidak seharusnya menyinsing lengan hanya kerana bimbang terkena percikan darah rakyat Palestin, sedangkan sesetengahnya hanya tahu hidup bermewah, hanya menjual peraturan dunia dan fatwa. 

PPIM akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mencapai kebebasan mutlak demi membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat daripada penjajahan haram Israel.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan hari ini bertempat di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.

Friday, April 16, 2021

5555) CEROBOH SISTEM KEPERCAYAAN PERIBADI: TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 16/04/2021

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merasa amat terkilan dan marah dengan tindakan yang telah dilakukan oleh individu terbabit. Tindakan memukul, merotan dan mengacu pistol kepada 2 orang pekerja yang sedang menjalani ibadah puasa adalah sangat tidak munasabah dan biadap.

Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum & bangsa termasuklah agama yang dianuti. Negara kita merdeka dengan kesepakatan antara kaum untuk hidup aman sejahtera tanpa mengira agama & bangsa. Wajarkah tindakan ini diambil oleh individu terbabit? Wajarkah perbuatan yang telah dibuat?

PPIM menentang keras terhadap tindakan ini yang secara tidak langsung telah mewujudkan kemarahan orang islam dan kami juga bimbang akan berlaku kemudaratan sekiranya tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa. Kami bimbang jika perbalahan antara kaum ini terjadi jika perkara ini tidak ditangani dengan segera. Apakah perlu anak-anak bangsa kita melihat sejarah 13 Mei berulang?

PPIM hari ini menggesa kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan keras dan melakukan siasatan menyeluruh terhadap perilaku yang tidak berperikemanusiaan ini. Siapa dalang yang melindungi individu terbabit sehingga berani melakukan perkara keji ini.  PPIM akan berterusan membela hak dan maruah mereka yang ditindas. Masyarakat harus diberi peringatan dan menjadi pengajaran agar perkara ini tidak akan berulang lagi.

Dengan ini, PPIM berharap agar individu terbabit diambil tindakan dan diberikan hukuman setimpal supaya tiada lagi pihak yang berani mencetuskan isu keagamaan & perkauman seperti ini di masa hadapan. Sampai bila kita harus memperjudikan keamanan negara kita dengan sentimen keagamaan dari individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini.   

Perbuatan keji ini adalah satu percerobohan serius terhadap sistem kepercayaan peribadi seseorang apatah lagi di negara kita yang dikatakan sebagai sebuah negara demokrasi.

Wednesday, November 27, 2019

5537) ADAKAH MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG? - PPIM - 27/11/2019

PPIM dikejutkan lagi dengan satu video yang diterima melalui aplikasi WhatsApp memperlihatkan dua orang lelaki sedang membaling cat merah serta membakar sebuah rumah. Video berdurasi 59 saat ini dipercayai mempunyai unsur khianat apabila suspek melarikan diri setelah rumah tersebut dibakar.

Persoalannya, sampai bila penindasan dan penganiayaan ini harus terus berlaku? Dimanakah undang-undang bagi menangani isu yang mengancam keselamatan penduduk tempatan? Apakah isu ini akan dibiarkan? Bilakah tindakan yang setimpal akan diambil keatas si pelaku?

PPIM menggesa dan memohon kerjasama daripada pihak PDRM bagi memantau kegiatan yang berunsur khianat seperti ini.

#PPIMPeduli #PPIM #Viral



Thursday, August 9, 2012

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL