Showing posts with label PERBANKAN. Show all posts
Showing posts with label PERBANKAN. Show all posts

Wednesday, March 4, 2026

PODCAST PPIM | ISU BLR & KONTRAK PINJAMAN BANK: PENGGUNA TERJERAT TANPA PENJELASAN JELAS? - PPIM - 04/03/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan satu sesi podcast yang membincangkan kepincangan sistem perbankan di Malaysia. 

PPIM menerima aduan daripada pengguna yang memaklumkan mereka menandatangani kontrak pinjaman tanpa penerangan yang jelas sama ada pembiayaan tersebut berasaskan sistem konvensional (BLR/BR) atau patuh Syariah. Ramai hanya menyedari implikasi sebenar selepas ansuran bulanan meningkat dan komitmen kewangan menjadi di luar kemampuan.

Isu utama yang dibangkitkan:

  1. Kontrak tidak menerangkan secara telus perbezaan antara pembiayaan Islamik dan konvensional.
  2. Kadar faedah/kadar keuntungan berubah-ubah tanpa kefahaman jelas tentang mekanisme BLR/BR atau kadar rujukan semasa.
  3. Harga hartanah diluluskan pada nilai tinggi, melebihi kemampuan sebenar peminjam, menyebabkan ansuran bulanan membebankan.
  4. Apabila berlaku kegagalan bayaran, hartanah dilelong — namun ada kes pengguna masih menanggung baki hutang walaupun aset telah dijual.

PPIM menegaskan bahawa setiap aduan perlu disiasat secara adil dan berasaskan fakta serta dokumen perjanjian yang lengkap.

Persoalan besar yang perlu dijawab:
📌 Adakah pengguna benar-benar diberi penerangan menyeluruh sebelum menandatangani perjanjian?
📌 Adakah penilaian kemampuan bayaran (affordability assessment) dilakukan secara telus dan beretika?
📌 Mengapa terdapat kes peminjam kehilangan rumah, malah masih menanggung baki hutang selepas lelongan?

PPIM menyeru:
✅ Kontrak pinjaman dipermudahkan dengan penjelasan bertulis yang jelas tentang struktur kadar (BLR/BR atau kadar keuntungan Islamik).
✅ Pendedahan risiko secara wajib dan difahami sebelum tandatangan.
✅ Penilaian kemampuan bayaran yang realistik, bukan sekadar kelulusan atas kertas.
✅ Mekanisme semakan bebas bagi kes-kes lelongan yang meragukan.

Pengguna bukan sekadar nombor akaun.
Rumah bukan sekadar aset — ia adalah tempat berlindung sebuah keluarga.
Jika anda pernah mengalami situasi serupa, tampilkan aduan rasmi kepada PPIM untuk tindakan lanjut. Hak pengguna mesti dipertahankan.

Tuesday, January 13, 2026

ZALIM!! PEMINJAM BANK TETAP ADA REKOD CTOS MESKIPUN SUDAH SELESAI BAYARAN - PERSPEKTIF 360 - 11/01/2026

 

PPIM telah membongkarkan sebuah kisah peminjam bank yang perlu berhadapan dengan kezaliman pihak bank dan CTOS sehingga perlu memohon bantuan pihak PPIM. Ikuti kisah diatas supaya anda juga berjaga-jaga.

Sumber: Perspektif 360

ZALIM!! PEMINJAM BANK TETAP ADA REKOD CTOS MESKIPUN SUDAH SELESAI BAYARAN

https://www.youtube.com/watch?v=d9aQuMrzGdE

Tuesday, January 6, 2026

PODCAST PPIM | PENINDASAN LUAR BIASA BANK-BANK TEMPATAN - PPIM - 06/01/2026

6 Januari 2026 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu sesi podcast telah membincangkan isu penindasan sistem perbankan yang dilihat semakin membebankan pengguna, khususnya golongan rakyat biasa.

Podcast yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ini turut menampilkan Peguam En Nizam Bashir serta individu yang tampil berkongsi pengalaman sebenar sebagai mangsa sistem kewangan.

Antara isu utama yang dibangkitkan termasuk amalan tidak adil institusi perbankan, eksploitasi tempoh moratorium, faedah kompaun yang membebankan serta kes-kes ekstrem seperti kebankrapan akibat menjadi penjamin, lelongan rumah warga emas dan hutang yang terus meningkat walaupun bayaran telah dibuat bertahun-tahun.

Perbincangan turut menyentuh isu rekod kredit seperti CTOS serta keperluan kepada konsep “hak untuk dimaafkan” (right of forgiveness) agar pengguna tidak dihukum sepanjang hayat akibat kesilapan kewangan lampau.

Justeru itu, PPIM menyeru rakyat agar bersatu menggunakan kuasa pengguna, termasuk tindakan boikot terhadap institusi yang bersikap angkuh dan menindas. Pendidikan kewangan serta bantuan perundangan juga ditekankan sebagai langkah penting bagi melindungi hak pengguna.

PPIM berharap pihak berkuasa, khususnya Bank Negara Malaysia, dapat memperkukuh kawal selia institusi kewangan demi memastikan keadilan, ketelusan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Monday, January 5, 2026

TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AHLONG TEKAN PENGGUNA - UTUSAN MALAYSIA - 05/01/2026


Artikel oleh: Utusan Malaysia

TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AHLONG TEKAN PENGGUNA

TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AH LONG TEKAN PENGGUNA - UTUSAN MALAYSIA - 05/01/2026

 

PETALING JAYA: Tindakan pihak bank yang didakwa mengguna­kan ejen kutipan hutang dengan mengugut dan memalukan peng­hutang dilihat menekan pengguna khususnya berpendapatan rendah.

Amalan itu juga bercanggah dengan prinsip perlindungan pengguna dan boleh melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Persekutuan Per­satuan-Persatuan Penggu­na Malaysia (FOMCA), Datuk T. Indrani berkata, kutipan hutang tidak pernah memberi le­sen kepada mana-mana pihak untuk mengugut, mengaibkan atau menakut-nakutkan pengguna serta ahli keluarga mereka.

“Apabila pengutip hutang bertindak seperti ah long, ia bukan lagi isu tunggakan bayaran semata-mata sebaliknya melibatkan pelanggaran undang-undang dan hak asasi pengguna yang wajib dilin­dungi.

“Pihak kami menerima peningkatan aduan berkaitan pengutip hutang yang melampaui batas termasuk ugutan jenayah, gangguan psikologi berulang, penyebaran maklumat hutang kepada pihak ketiga serta tindakan mengancam di tempat tinggal penghutang.

“Perbuatan menghubungi ahli keluarga, jiran atau majikan untuk menekan penghutang, selain menggunakan mesej dan panggilan berunsur ugutan boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, penghutang mempunyai hak untuk ke­selamatan, privasi dan komunikasi yang munasabah serta berhak menuntut pengesahan identiti dan kuasa ejen kutipan sebelum sebarang perbinca­ngan dibuat.

Bank juga katanya, tidak boleh lepas tangan terhadap salah laku ejen kutipan hutang kerana institusi kewangan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan ejen lantikan mematuhi garis panduan kutipan hutang yang adil dan beretika.

Indrani turut menggesa bank supaya memantau secara ketat ejen kutipan, menyiasat setiap aduan pengguna dan menghentikan segera penggunaan ejen yang terbukti me­lakukan intimidasi atau me­langgar undang-undang.

Katanya, orang ramai berhak membuat laporan polis sekiranya berdepan ugutan atau ancaman keselamatan, selain mengemukakan aduan rasmi kepada bank dan saluran penyelesaian pertikaian seperti Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat atau Ombudsman for Financial Services.

“Penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta pelaksanaan piawaian kutipan hutang beretika amat penting bagi memastikan pengguna dilayan dengan maruah dan keadilan, bukannya ditekan melalui ugutan dan ketakutan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan juga mengakui terdapat sebahagian bank gagal mematuhi etika kutipan hutang apabila melantik ejen yang bertindak agresif seperti ah long.

Menurutnya, walaupun bank tertakluk kepada syarat dan pemantauan Bank Negara Malaysia, terdapat juga ejen kutipan yang mengejar penghutang siang dan malam termasuk menghubungi ahli keluarga serta hadir ke rumah.

“PPIM menerima banyak aduan berkaitan penarikan kenderaan secara tidak beretika, termasuk kes kenderaan ditarik di lebuh raya serta caj penarikan yang melampau tanpa kawalan jelas.

“Kelemahan penguatkuasaan menyebabkan pengguna takut mempertahankan hak mereka walaupun berdepan ugutan dan tekanan psikologi yang melanggar undang-undang.

“Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap bank serta ejen kutipan bagi memastikan sistem kutipan hutang dilaksanakan secara beretika dan berperikemanusiaan,” katanya.-UTUSAN.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AH LONG TEKAN PENGGUNA

https://www.utusan.com.my/berita/2026/01/tindakan-bank-kutip-hutang-ala-ah-long-tekan-pengguna/

Thursday, September 11, 2025

LIVE PODCAST PPIM | ADUAN SALAH LAKU URUSAN BANK - PPIM - 11/09/2025

Live Podcast PPIM bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato' Abdul Manap Abd. Wahab.

Berhati-hati dengan tindakan pegawai bank atau pihak berkepentingan yang dengan sengaja menyembunyikan maklumat lelongan harta daripada pemilik asal dan bertindak memindahkan hak milik kepada pihak lain secara salah. Para pengguna diingatkan agar jangan sesekali berdiam diri – laporkan segera sebarang salah laku, kerana pihak yang terbukti bersubahat akan didakwa, disaman, dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah undang-undang.

Thursday, June 26, 2025

PENGGUNA  ATAU DIPERGUNA ?.... - SIDANG MEDIA PPIM - 26/06/2025

 `BAHAWA PEMOHON DAN/ATAU WAKIL-WAKIL,PEKERJA-PEKERJA DAN/ATAU BAILIF DAN/ATAU AGEN-AGEN PEMOHON DAN/ATAU ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA DIBERI KEBENARAN UNTUK MEMASUKI PREMIS-PREMIS TERSEBUT APA-APA PAKSAAN SEBAGAIMANA PERLU BAGI MEMASUKI PREMIS-PREMIS TERSEBUT DENGAN MEMBUKA PINTU DAN/ATAU PAGAR DAN/ATAU MEMOTONG MANGGA PADA PINTU DAN/ATAU PAGAR BAGI MENJALANKAN PENARIKAN SEMULA KENDERAAN TERSEBUT.....``

Apa pendapat anda membaca arahan ini? Ini adalah arahan tarik kereta yang dikeluarkan oleh Public Bank Berhad.

Ini pula adalah dakwaan penarik kereta yang merasakan mereka yakin diberi kuasa untuk melakukan apa saja. "9 pagi ke 9 malam, hari-hari  walau cuti walau tengah malam atau dalam Istana pun kecuali dalam balai polis”.

Dalam masa-masa akan datang ramai pengguna akan menghadapi  “arahan mahkamah“  dan mudah ditipu dalam berbagai kaedah jika perkara ini tidak disekat. Semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan bersama pihak berkuasa supaya scam jenis baru ini tidak terkena ke atas kita pengguna. Justeru itu, satu sidang media telah diadakan berhubung isu ini.

Thursday, October 26, 2023

WOMEN CLAIM VEHICLES AUCTIONED OFF WITHOUT THEIR KNOWLEDGE - NEW STRAITS TIMES - 24/10/2023

 

KUALA LUMPUR: Two women have come forward claiming that their vehicles were "repossessed", then auctioned off without their knowledge, leaving them without transportation and bearing the cost of the remainder of their car loans.

Siti Adawiah Ismail, 33, said that it all began after she failed to pay the monthly installments for her Nissan Almera for three months, from January to March, because she was suffering from anxiety disorder.

According to her, she bought the car for RM65,000 and she had already paid up more than RM60,000.

"When I was out sending my father to the Health Clinic in Taman Seri Rampai, Wangsa Maju, on March 15, two men approached me as I was parking the car by the roadside.

"The two men told me that they were going to repossess my car because I had failed to make the monthly payments for a period of three months before they showed me a piece of paper which they claimed was the repossession order from the bank.

"I admitted that it was my mistake for failing to make the monthly istallments, and I relented," she told reporters at the the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) headquarters here yesterday.

Siti Adawiah said she was asked to pay for the repossession cost, the bank's processing cost and so on, but the financial troubles that she was facing prevented her from settling the remainder of the loan that she owed.

According to her, the bank's insistance for payment led to her brother who was also her guarantor to pay the remainder of the loan amounting to RM3,742.70 in August.

"However I was shocked when I found out that my car had already been sold to another individual in April, a month after the car had been repossessed. I did not receive any notification or information that the car had been auctioned of and when I asked the bank for an explanation, I was told that it was because I was behind in my repayments.

"I went to the Road Transport Department (RTD) and it was confirmed that the car's registration number had another person's name. However I was the one who was on the receiving end of the notice to renew the insurance and another check revealed that the car was still under my name.

"I was both baffled and puzzled because the car was no longer mine anymore even though I had paid up in full for the loan," she said.

Another victim who only wished to be known as Hamshe, 26, claimed to have been taken advantage of by repossessors after being slapped with a charge of RM20,000 in repossession fees and costs apart from being threatened by the group of repossessors.

According to Hamshe, she bought a Mercedes Benz from a used car company and paid a deposit of RM93,000.

"After that, I was unable to pay for the car's installments for two months because I was facing financial difficulties. I contacted the financing company to request for a postponement or deferment in payment, but I was not entertained.

"During negotiations, the officer asked me to return the car and offered a cashback of RM10,000. I did not agree to it because I had already paid RM93,000.

"On Sept 25, my car was repossessed and I was told to pay up outstanding arrears along with other additional costs.

"Based on the letter given, that amount that I had to pay up was ludicrous where I had to pay RM20,000 to get the car back," said Hamshe.

Hamshe said that she tried to negotiate to sort out the matter but was not entertained before being informed that the car had already been auctioned off.

PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan insisted that the banks must provide explanations and not take advantage of nor oppress borrowers.

Article by: New Straits Times

WOMEN CLAIM VEHICLES AUCTIONED OFF WITHOUT THEIR KNOWLEDGE

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/10/970736/women-claim-vehicles-auctioned-without-their-knowledge

Tuesday, October 24, 2023

LELONG KERETA TANPA PENGETAHUAN! - HARIAN METRO - 24/10/2023

 

Artikel oleh: Harian Metro

LELONG KERETA TANPA PENGETAHUAN!

TARIK KERETA TANPA NOTIS..BUAT ADUAN PPIM - TVPPIM - 23/10/2023

 

Sumber: TVPPIM

TARIK KERETA TANPA NOTIS..BUAT ADUAN PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=EbOigYsf_Kk&t=96s

TARIK SUKA SUKA HATI KAU JE....PPIM - TVPPIM - 23/10/2023

 

Sumber: TVPPIM

TARIK SUKA SUKA HATI KAU JE....PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=Z9ZHqIo22Hk


LELONG KERETA TANPA PENGETAHUAN! - HARIAN METRO - 24/10/2023

 

Kuala Lumpur: Nasib dua wanita ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan saja terpaksa menanggung baki pinjaman kereta dan kos bank, malah kenderaan mereka dilelong tanpa pengetahuan.

Siti Adawiah Ismail, 33, berkata, semuanya bermula selepas dia gagal membayar pinjaman Nissan Almera selama tiga bulan sejak Januari hingga Mac lalu kerana menderita anxiety disorder atau sindrom risau terlampau.

Menurutnya, dia membeli kereta itu pada harga RM65,000 dan sudah membayar pinjaman lebih RM60,000 serta bermakna pinjaman hanya berbaki kira-kira RM5,000.

"Ketika saya keluar menghantar bapa ke sebuah klinik kesihatan di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju, pada 15 Mac lalu dua lelaki menghampiri saya sebaik saya memarkir kereta di tepi jalan.

"Mereka beritahu mahu menarik kereta kerana saya gagal melunaskan bayaran bulanan untuk tempoh tiga bulan sebelum menunjukkan sehelai surat mendakwa arahan bank.

"Saya akui kesilapan kerana gagal membuat bayaran berkenaan, jadi saya terpaksa akur," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Siti Adawiah berkata, dia diminta membayar kos tarik kereta, kos pengurusan bank dan sebagainya namun masalah kewangan dihadapi menyebabkan dia gagal melunaskan semua bayaran diminta.

Menurut Siti Adawiah, desakan oleh pihak bank menyebabkan abang kandung yang juga penjamin terpaksa membayar keseluruhan baki pinjaman sebanyak 3,742.70 Ogos lalu.

"Namun, saya terkejut apabila mendapati kereta saya sudah dijual kepada individu lain sejak April lalu, iaitu sebulan selepas kereta ditarik. Saya tidak terima sebarang notis atau pemberitahuan untuk kereta dilelong dan saya minta penjelasan bank, namun mereka beri alasan saya lambat bayar.

"Saya pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan disahkan nombor pendaftaran kereta saya atas nama individu lain. Namun saya terima notis untuk perbaharui insurans dan semakan dapati, kereta itu masih di atas nama saya. Saya hairan kerana kereta itu bukan lagi milik saya walaupun sudah melunaskan keseluruhan bayaran pinjaman," katanya.

Seorang lagi mangsa mahu dikenali sebagai Hamshe, 26, mendakwa ditindas penarik kereta apabila dikenakan caj RM20,000 bagi kos tarik kereta selain selain diugut kumpulan itu.

Menurutnya, dia membeli sebuah Mercedes Benz daripada sebuah syarikat kenderaan terpakai dan membayar deposit RM93,000.

"Selepas itu, saya tidak dapat membayar ansuran kereta selama dua bulan kerana berdepan masalah kewangan. Saya menghubungi sebuah agensi kewangan untuk meminta penangguhan bayaran, tetapi tidak dilayan.

"Ketika rundingan, pegawai berkaitan meminta saya untuk memulangkan kereta dan menawarkan cashback sebanyak RM10,000. Saya tidak bersetuju kerana sudah membayar RM93,000.

"Pada 25 September lalu, kereta saya ditarik oleh ejen penarik kereta dan diminta membayar tunggakan pinjaman serta beberapa kos lain.

"Berdasarkan surat diberikan, bayaran yang perlu saya lunaskan tidak masuk akal iaitu perlu membayar RM20,000 untuk mendapatkan semula kereta berkenaan," katanya.

Hamshe berkata, dia masih cuba berunding dengan pihak berkaitan untuk menjelaskan bayaran pembelian kereta seperti perjanjian awal namun tidak dilayan sebelum dimaklumkan yang keretanya sudah dilelong.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menuntut pihak bank memberi penjelasan dan tidak berterusan menindas peminjam.

Artikel oleh: Harian Metro

LELONG KERETA TANPA PENGETAHUAN!

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1023069/lelong-kereta-tanpa-pengetahuan

Wednesday, July 10, 2013

814) Agensi kerajaan, bank ‘bunuh’ peniaga tempatan


Oleh : Muda Mohd. Noor

Manakala pengusaha pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan dengan karenah pegawai kementerian bagi mendapatkan lesen operasi.

Bahagian akhir

PETALING JAYA: Birokrasi agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan serta bank-bank menyebabkan usahawan tempatan jatuh bangkrap, dakwa sebuah persatuan penguna.

Manakala pengusaha pusat latihan pendidikan terpaksa berdepan dengan karenah pegawai kementerian bagi mendapatkan lesen operasi.

Lebih daripada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga mendakwa agensi-agensi kerajaan itu tidak membantu apa-apa peniaga tempatan.

“Birokrasi ini berlaku kerana pegawai-pegawai muda di organisasi berkenaan tidak tahu atau memahami tugas.

“Sesetengah pula mahu mengajar orang yang lama berniaga dalam bidang tersebut,” kata Setiausaha Agung persatuan Datuk Nadzim Johan.

“Bayangkan untuk mendapatkan pinjaman mikro pun susah…kena bayar tiga bulan dulu, kos peguam, kos perkhidmatam, birokrasi ini menyusahkan peniaga Melayu.

“Pinjaman untuk SME kena bayar deposit 10% ,” tambah Nadzim lagi.

Lesen kolej
Beliau juga mendapat aduan dari pengusaha kolej mengenai kesukaran mendapatkan lesen dari Kementerian Pelajaran.

Katanya, sewa bangunan sudah bayar selama dua tahun lesen tetapi masih tidak dapat lesen dari kementerian tersebut kerana pegawai kementerian mahu melihat rekod aliran tunai.

Masalah lesen perniagaan juga dihadapi oleh golongan pesara tentera yang mahu memulakan perniagaan hingga menyebabkan mereka berniaga tanpa lesen.

“Orang Melayu sukar hendak mendapat lesen niaga,” kata Nadzim lagi.

Beliau turut mendedahkan mengenai pembeli rumah yang menjadi mangsa penipuan membabitkan pihak bank dan syarikat pemaju perumahan.

“Ia berlaku di mana-mana, di seluruh negara. Saya ambil contoh di Kelang. Rumah tidak siap, bank bayar harga tanah kepada pemaju, pembeli terpaksa bayar setiap bulan walaupun rumah tidak tidak siap.

“Pembeli bukan sahaja tidak dapat rumah, malah tapak tanah juga terbang. Kalau tidak bayar, bank tuntut di mahkamah,” katanya lagi.


Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/07/agensi-kerajaan-bank-bunuh-peniaga-tempatan/#sthash.8wxJ2OF8.dpuf

813) RENCANA DARI FREE MALAYSIA TODAY 5/7/13-Rakyat kita mudah tertipu



Oleh : Muda Mohd. Noor


Kesedaran pengguna hanya 10 peratus dan sikap sambil lewa termasuk tidak membaca perjanjian dan sebagainya akhir memerangkap mereka. - 

PETALING JAYA:  Rakyat Malaysia mudah terperangkap, tertipu dan terpedaya sehingga membawa kerugian wang ringgit dan harta benda akibat memandang mudah hak-hak mereka sebagai pengguna. Kesedaran pengguna hanya 10 peratus, dan sikap sambil lewa termasuk tidak membaca perjanjian dan sebagainya akhir memerangkap mereka, dedah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Persatuan itu turut mendedahkan rakyat berdepan dengan pelbagai penipuan baik dari syarikat atau individu pemberi pinjaman, bank, bengkel kereta, syarikat komunikasi dan pemaju perumahan. Antara yang paling ketara ialah pinjaman syarikat atau individu pemberi pinjaman wang atau lebih dikenali dengan panggilan along, …”akhirnya mereka terpaksa menghabiskan wang  untuk membayar hutang kepada peminjam  itu.  Sekali berhutang, mereka sangat sukar untuk terlepas dari perangkap along, kata Setiausaha Agung PPIM, Datuk Nadzim Johan. Angka mereka yang mempunyai masalah dengan along menggerunkan, katanya. “Kami telah berjaya membantu menyelesaikan 7, 000 kes, tetapi kami terima banyak lagi aduan,” kata beliau. 

`30 tahun bayar hutang’ 

Nadzim menambah, peniaga kecil selalu menjadi sasaran dan meramalkan semakin berleluasa pada musim perayaan di mana orang memerlukan lebih banyak wang ringgit. Beliau menerangkan, meskipun peminjam telah membayar semua hutang, peminjam akan ditawarkan untuk membuat pinjaman lain. Katanya,  dalam sesetengah kes, syarikat pemberi wang akan memasukkan wang ke dalam akaun tanpa pengetahuan peminjam. Meski menolak, pekerja syarikat berkenaan memaksa supaya menerima wang tersebut, yang akhirnya terpaksa membayar semula dengan jumlah yang lebih banyak dari pinjaman. “Kes lain pula, seorang individu  yang meminjam RM7, 000 tetapi 30 tahun membayar belum habis lagi,” tambahnya. Nadzim juga mendakwa penipuan turut berlaku di kalangan pengusaha bengkel membaiki kereta dengan menukar peralatan tanpa pengetahuan pemilik. Manakala penipuan menurut aduan yang diterima persatuan pengguna tersebut, turut berlaku dalam sektor-sektor lain seperti perhidmatan dan sebagainya. –

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/05/rakyat-kita-mudah-tertipu/#sthash.u3FHlC9x.dpuf

Friday, January 11, 2013

644) BERITA PILIHAN: 'I'm not a bankrupt'

Siow Tin Hwa (centre) showing his notice with Mak Kah Keong (left) and Ben Liew Pok Boon. Pic by Che Rani Che Din


AMPANG: Retiree Siow Tin Hwa, 56, thought that he had settled his housing loan with Affin Bank in January 2009.

But his world turned upside down after he learnt that he had been declared a bankrupt since 2007.
Siow was informed about his bankruptcy status when he went to renew his passport early last year. An Immigration officer rejected his passport renewal saying that he was an undischarged bankrupt.
Siow was shocked to hear the news and immediately referred the matter to the Insolvency Department. An officer there told him that a bankruptcy notice was sent to his house in Taman Mega Jaya, here, in 2007 but Siow did not receive it as he was not staying there.
Siow lives in another house in Jalan Teratai here.
What baffled Siow most was that after he was made a bankrupt, he was still able to transact business with many banks and had even visited Singapore in 2008.
He had owed Affin Bank about RM67,000 but claimed that he had fully settled the debt in October 2009.
He alleged that the bank had failed to notify the Insolvency Department immediately upon him discharging all his debts. Affin Bank only alerted the Insolvency Department about his settlement in July last year.
What upset Siow was that the Insolvency Department had demanded a service charge of RM2,300 to have his bankruptcy status annulled at the court.
The retiree highlighted his plight during a press conference called by the Teratai constituency public complaints bureau chief Ben Liew Pok Boon, recently.
"I started clearing my housing debt in October 2008 after receiving warning letters and settled it four months later in January 2009.
"It is unfair to penalise me when I was unaware that I was a bankrupt, what's more when the insolvency letter was sent to my second house," said the father of four.
Siow is keen to erase the bankruptcy stigma and appeals to the Insolvency Department to reduce the service charge as it is too burdensome.
Lawyer Mak Kah Keong, who was also present, urged the Insolvency Department to consider favourably Siow's case and review its system and procedures so that such incidents do not recur.


Read more: 'I'm not a bankrupt' - Central - New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/central/i-m-not-a-bankrupt-1.199141#ixzz2HfKdZxf7

Monday, January 7, 2013

639) BERITA HARIAN 29/12/12 -Bank Negara seragam dokumen




Headline: Bank Negara seragam dokumen 
Publication: BH
Date of publication: Dec 29, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 001


Kuala Lumpur: Mulai Selasa depan semua institusi perbankan diwajib menggunakan dokumen yang sama bagi perjanjian pinjaman perumahan berjumlah kurang daripada RM500,000.

Dokumen itu menggunakan bahasa mudah untuk memastikan peminjam memahami terma kontrak, syarat utama perjanjian serta tanggungjawab peminjam dan pembiaya.

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan peraturan itu kerana peminjam sebelum ini sukar memahami kontrak berikutan huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen perjanjian berbeza di antara bank, selain pengg unaan bahasa yang tidak jelas dan terlalu kompleks.


Headline: Guna dokumen seragam
Publication: BH
Date of publication: Dec 29, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 018
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin


Kuala Lumpur: Mulai Selasa depan semua institusi perbankan wajib menggunakan dokumen yang sama bagi perjanjian pinjaman perumahan dengan bayaran pokok kurang daripada RM500,000.

Peraturan penggunaan dokumen yang standard itu untuk mengurangkan risiko peminjam tidak memahami sepenuhnya terma kontrak perjanjian mereka.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, selama ini peminjam menghadapi kesukaran memahami kontrak kerana huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen perjanjian berbeza di antara bank, selain penggunaan bahasa yang tidak jelas dan terlalu kompleks.

Dokumentasi standard berkenaan dapat meningkatkan pemahaman peminjam dan membuat perbandingan terma serta syarat utama perjanjian, termasuk tanggungjawab peminjam serta pembiaya.

Inisiatif itu dilaksanakan hasil kerjasama BNM dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) serta institusi kewangan.

Garis terma, syarat

Ia untuk menggalakkan keberkesanan dalam proses perniagaan dan mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan dalam sektor kewangan.

Menurut BNM, institusi perbankan dikehendaki menggariskan terma dan syarat utama secara konsisten dengan menggunakan templat yang disediakan ABM selepas berunding dengan BNM.

BNM juga menjelaskan jumlah bayaran pokok hanya merujuk kepada amaun pinjaman untuk harga pembelian harta kediaman. Bagaimanapun, pinjaman atau pembiayaan boleh digunakan untuk menampung kos pengubahsuaian dan Asurans Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA).

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata persatuan menyokong arahan berkenaan kerana ia memudahkan pengguna membeli rumah.

"Sebagai contoh pembeli terpaksa menandatangani setiap helaian Surat Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) yang tebal dengan tulisan bersaiz kecil sehingga ramai yang hanya menandatanganinya tanpa membaca perjanjian.

"Inisiatif baru ini sudah lama kami perjuangkan bagi meringankan bebanan pengguna," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL