Showing posts with label SESI PODCAST. Show all posts
Showing posts with label SESI PODCAST. Show all posts

Tuesday, December 30, 2025

PODCAST PPIM | CABARAN PASTI BERGANDA - KUPASAN PODCAST PPIM BERSAMA TOQQI - PPIM - 30/12/2025

Podcast Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada hari ini membincangkan cabaran besar yang bakal dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Islam menjelang tahun 2026, khususnya dari sudut maruah, identiti kebangsaan, dan kekuatan ekonomi. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, tahun 2026 dijangka penuh persaingan sengit dan tekanan sistem baharu pasca-COVID, yang menuntut persediaan rapi, kesedaran dan keberanian untuk berubah.

Antara isu utama yang disentuh dalam podcast ini termasuk:

  1. Bahasa Melayu dan maruah negara – Kekhuatiran terhadap syarikat yang mengutamakan kelayakan dan bahasa asing dalam pengambilan pekerja, yang dilihat meminggirkan masyarakat majoriti dan menjejaskan identiti nasional.
  2. Boikot ekonomi bersasar – Cadangan untuk menggunakan kuasa beli orang Melayu sebagai mekanisme mendidik syarikat agar lebih menghormati sensitiviti dan hak masyarakat.
  3. Pemerkasaan ekonomi ummah – Sokongan kepada perniagaan Muslim, syarikat yang membayar zakat, dan pembangunan ekosistem ekonomi Islam yang adil. Isu penindasan golongan B40 dan pengurusan aset umat seperti tanah wakaf turut dibangkitkan.

PPIM menekankan bahawa perpaduan, penggunaan kuasa pengguna secara strategik, perancangan ekonomi yang bijak, dan ketahanan spiritual adalah kunci bagi memastikan maruah dan masa depan masyarakat Melayu-Islam terus terpelihara menjelang 2026.


Thursday, December 11, 2025

PODCAST | AUTISME BOLEH DIUBATI? PENEMUAN MENGEJUTKAN - PODCAST PPIM - 11/12/2025

Sesi podcast yang membincangkan isu peningkatan kes autisme dalam kalangan kanak-kanak telah berlangsung dengan penuh manfaat dan sambutan menggalakkan daripada para pendengar. 

Perbincangan ini membuka mata masyarakat tentang keperluan untuk lebih peka serta bertindak dengan penuh tanggungjawab terhadap isu autisme.

Sesi ini menegaskan bahawa usaha meningkatkan kesedaran tentang autisme tidak boleh dipandang ringan. Perbincangan yang dijalankan hari ini membawa makna besar dalam usaha membina masyarakat yang lebih inklusif, memahami dan cakna terhadap keperluan anak-anak autisme.

Untuk sebarang rujukan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Aduan Autisme di talian 011-22000111.

Wednesday, November 26, 2025

SESI PODCAST | KES AUTISME BERTAMBAH KRONIK - SEMUA KENA BERTINDAK - PPIM - 26/11/2025

Keadaan dalam Bahaya, Kerana Peningkatan Kes Autisme di Malaysia.

Telah berlangsung, sesi podcast PPIM yang bertajuk "Kes Autisme Bertambah Kronik - Semua Kena Bertindak".

Malaysia menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan kanak-kanak yang dikenal pasti berada dalam spektrum autisme. Dimana Salah kita??? Apakah Puncanya? Kenapa statistik kes mendadak naik? Apa yang perlu dilakukan?

Fenomena ini bukan sahaja memberi cabaran kepada keluarga, malah sistem pendidikan, kesihatan dan masyarakat secara keseluruhan

Autisme Spectrum Disorder (ASD) ialah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi dan memproses maklumat.

Tanpa sokongan awal, remaja dan dewasa autistik mungkin menghadapi kesukaran untuk berdikari, bekerja atau bersosial.

Peningkatan kes autisme di Malaysia adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan segera, ia menuntut perhatian serius. Dengan kesedaran yang lebih tinggi, intervensi awal, dasar kerajaan yang kukuh, dan sokongan komuniti, kanak-kanak autistik berpotensi untuk membesar sebagai individu berdikari dan berjaya.

Thursday, November 6, 2025

AKTIVITI | SESI PODCAST: MEMBERI RAWATAN ALTERNATIF SERTA PELUANG PEKERJAAN BAHARU KEPADA GRADUAN - PPIM - 06/11/2025

PPIM melalui segmen Podcast PPIM menampilkan Pengamal Perubatan Homeopati, Prof. Ir Dr Zainal Aripin Zakariah sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan tajuk “Memberi Peluang Kepada Rawatan Alternatif yang Berkesan serta Peluang Pekerjaan Baharu kepada Graduan.”

Perbincangan dalam segmen ini memberi tumpuan kepada isu kesihatan awam dan sosial, termasuk peningkatan masalah kesihatan mental, keselamatan makanan, serta pengaruh media terhadap kanak-kanak.

Selain itu, perbincangan turut menekankan potensi rawatan alternatif dalam membantu masyarakat mendapatkan pilihan kesihatan yang lebih menyeluruh, di samping membuka peluang kerjaya baharu kepada graduan tempatan dalam bidang berasaskan kesihatan dan kesejahteraan.

Prof. Zainal turut berkongsi pandangan mengenai potensi rawatan homeopati sebagai alternatif yang berkesan dalam menangani pelbagai penyakit, termasuk kanser dan gangguan mental. Beliau menekankan kepentingan gaya hidup sihat serta kesedaran masyarakat terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan.

Thursday, September 11, 2025

LIVE PODCAST PPIM | ADUAN SALAH LAKU URUSAN BANK - PPIM - 11/09/2025

Live Podcast PPIM bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato' Abdul Manap Abd. Wahab.

Berhati-hati dengan tindakan pegawai bank atau pihak berkepentingan yang dengan sengaja menyembunyikan maklumat lelongan harta daripada pemilik asal dan bertindak memindahkan hak milik kepada pihak lain secara salah. Para pengguna diingatkan agar jangan sesekali berdiam diri – laporkan segera sebarang salah laku, kerana pihak yang terbukti bersubahat akan didakwa, disaman, dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah undang-undang.

Tuesday, July 22, 2025

MAI SECAWAN PODCAST EPISOD 5 - HPA INTERNATIONAL - 21/07/2025

 

Jangan lepaskan peluang bersama Mai Secawan Podcast Episod 5: Siaran yang bakal membuka mata dan membakar semangat anda!

Bersama Dato’ Nadzim Johan (Toqqi), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, kita bongkar isu Tekanan Kos Sara Hidup & Peluang Perniagaan dalam suasana penuh padat dan menyentap.

Apa solusi rakyat? Apa peluang tersembunyi? Jawapannya malam ini, Isnin | 21 Julai 2025 | 8:30 malam.

Sediakan secawan kopi RADIX dan saksikan perubahan minda anda bermula di sini!

#MaiSecawan #PodcastToqqi #FenomenaRADIX

Sumber: HPA International (YouTube)

MAI SECAWAN PODCAST EPISOD 5

https://www.youtube.com/watch?v=zL7Gs79rcqw

Saturday, March 1, 2025

AKTIVITI | SESI RAKAMAN PODCAST CAKAP TERUS - PPIM - 01/03/2025

Sesi rakaman podcast Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama hos, Nizal Mohammad bagi program Cakap Terus di 3plepix Studio, Shah Alam.

Podcast membincangkan isu pembaziran makanan di bulan Ramadan.



Wednesday, July 24, 2024

AKTIVITI | SESI PODCAST HARIAN METRO APA-APA SAJA - PPIM - 24/07/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dalam sesi Podcast Apa-Apa Saja oleh Harian Metro. Sesi membincangkan topik "Sijil Nikah Palsu".

Wednesday, February 7, 2024

AKTIVITI | SESI PODCAST PPIM BERSAMA DND - PPIM - 07/02/2024

Sesi podcast Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Prof Dato Dr Noordin Darus dalam program DND Asam Garam di DND World Sdn Bhd, Petaling Jaya hari ini.


Friday, October 6, 2023

AKTIVITI | SESI PODCAST PROGRAM LESUNG BATU MEDIC SHOW - PPIM - 06/10/2023

Sesi podcast program Lesung Batu Medic Show bersama pengasas The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, Penasihat PPIM, CP Dato' Seri Asri Yusoff dan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Jufliz di KL Podcast Studio, Petaling Jaya, Selangor.

Sesi podcast ini membicarakan mengenai isu pindaan IHR 2005.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL