Showing posts with label PELUANG PEKERJAAN. Show all posts
Showing posts with label PELUANG PEKERJAAN. Show all posts

Thursday, November 6, 2025

AKTIVITI | SESI PODCAST: MEMBERI RAWATAN ALTERNATIF SERTA PELUANG PEKERJAAN BAHARU KEPADA GRADUAN - PPIM - 06/11/2025

PPIM melalui segmen Podcast PPIM menampilkan Pengamal Perubatan Homeopati, Prof. Ir Dr Zainal Aripin Zakariah sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan tajuk “Memberi Peluang Kepada Rawatan Alternatif yang Berkesan serta Peluang Pekerjaan Baharu kepada Graduan.”

Perbincangan dalam segmen ini memberi tumpuan kepada isu kesihatan awam dan sosial, termasuk peningkatan masalah kesihatan mental, keselamatan makanan, serta pengaruh media terhadap kanak-kanak.

Selain itu, perbincangan turut menekankan potensi rawatan alternatif dalam membantu masyarakat mendapatkan pilihan kesihatan yang lebih menyeluruh, di samping membuka peluang kerjaya baharu kepada graduan tempatan dalam bidang berasaskan kesihatan dan kesejahteraan.

Prof. Zainal turut berkongsi pandangan mengenai potensi rawatan homeopati sebagai alternatif yang berkesan dalam menangani pelbagai penyakit, termasuk kanser dan gangguan mental. Beliau menekankan kepentingan gaya hidup sihat serta kesedaran masyarakat terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan.

Friday, September 17, 2021

5937) TERUS BERI PELUANG ANAK TEMPATAN BEKERJA DI PASAR BORONG - HARIAN METRO - 17/09/2021

 

Kuala Lumpur: Anak tempatan terutama golongan muda perlu terus diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana pasar termasuk pasar borong.

Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Pasar Borong Harian Selayang, Mohammad Pandu Insani Yahya berkata, sejak perlaksanaan larangan warga asing bekerja di Pasar Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur pada tahun lalu, tiada lagi kelibat golongan terbabit di dalam kawasan pasar berkenaan.

"Susulan itu, ramai anak tempatan datang untuk menghadiri temu duga daripada pelbagai latar belakang termasuk mempunyai pendidikan tinggi dan pernah bekerja sebagai profesional.

"Ada antara mereka memohon bekerja di sana adalah individu yang berusia seawal 15 hingga 67 tahun," katanya dalam program bual bicara yang bersiaran langsung di Facebook, semalam.

Beliau bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan serta Setiausaha PPPKMWP Pasar Borong Harian Selayang Saharudin Dorani menjadi panel dalam program bual bicara, Pasar Borong dan Hak Istimewa untuk Rakyat Malaysia yang dikendalikan oleh Faizal Zakaria sebagai moderator.

Pandu Insani berkata, sehingga kini, masih ada anak tempatan bekerja di pasar-pasar berkenaan selain ada juga yang berhenti memandangkan sektor asal pekerjaan mereka sebelum ini sudah dibuka semula.

"Ada anak muda tempatan yang bekerja di sana mula menceburi bidang perniagaan selepas mendapat pengalaman serta pengetahuan untuk menjadi peniaga.

"Melihat kepada situasi ini, dakwaan anak tempatan tidak berminat serta malas untuk bekerja di pasar adalah tidak benar dan mereka perlu diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa ada antara peniaga pasar borong yang tidak berminat untuk mengambil anak tempatan bekerja atas faktor gaji serta sudah biasa menggunakan khidmat warga asing.

"Gaji minimum yang ditawarkan bagi anak tempatan adalah RM80 sehari. Namun, ada yang ditawarkan lebih iaitu antara RM120 hingga RM250 sehari. Jumlah (gaji) itu dikira tinggi berbanding upah warga asing yang lebih murah.

"Jika dilihat kepada cara warga asing itu bekerja, memang mereka agak lasak. Namun, ada antara anak tempatan yang boleh bekerja dengan cara sama," katanya.

Bagi Saharudin pula, beberapa pendekatan perlu diambil untuk menarik minat anak tempatan terutama golongan muda bekerja di pasar borong.

"Antara pendekatan yang boleh dilakukan termasuk melalui inisiatif seperti memberi kemudahan asrama, insurans serta mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka.

"Pada masa sama, pengalaman bekerja di pasar borong adalah peluang yang baik untuk memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada anak tempatan menceburi bidang perniagaan," katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas yang boleh dilakukan kepada warga asing yang masih menjalankan perniagaan di luar pasar borong.

"Kita tahu keadaan mereka terutama bagi pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang tidak dibenarkan bekerja, perlu 'cari makan'.

"Dalam isu ini, perlu ada penyelesaian yang jelas terhadap mereka supaya masalah itu tidak lagi berterusan membelenggu perkara lain termasuk membabitkan pasar borong," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

TERUS BERI PELUANG ANAK TEMPATAN BEKERJA DI PASAR BORONG

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/755438/terus-beri-peluang-anak-tempatan-bekerja-di-pasar-borong

Friday, August 16, 2019

5171) MESYUARAT BERSAMA PENJARA WANITA KAJANG - PPIM - 16/08/2019

Satu mesyuarat bersama pihak Penjara Wanita Kajang telah diadakan pada hari ini. Mesyuarat membincangkan mengenai produk sejuk beku penjara dan juga perancangan berkenaan peluang pekerjaan kepada bekas banduan. 

Wednesday, July 10, 2019

5065) KUNJUNGAN MESRA KEPADA TUAN ABDUL HALIM BIN MA-HASAN, PENGARAH PENJARA KAJANG - PPIM - 10/07/2019

Toqqi telah melakukan kunjungan mesra kepada Tuan Abdul Halim bin Ma-Hasan, Pengarah Penjara Kajang. 

Di perjumpaan itu, PPIM dan Jabatan Penjara bersetuju satu kaedah atau mekanisme perlu diwujudkan untuk menambahbaik dan memperkasa program pemulihan sedia ada di Penjara Malaysia.

Mekanisme yang dimaksudkan ialah program kembali ke komuniti oleh PPIM.


Ia mensasarkan golongan bekas banduan yang mahu mengubah nasib dan kehidupan mereka dengan memberi latihan industri serta peluang pekerjaan kepada mereka.


Thursday, June 27, 2019

5022) PERJUMPAAN DENGAN JABATAN PENJARA MALAYSIA - PPIM - 27/06/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru mengadakan satu perjumpaan dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi membincangkan halatuju program melatih bekas banduan untuk kembali bekerja.

Perjumpaan awal pagi tadi yang berlangsung di Penjara Kajang melihatkan komitmen pihak Jabatan Penjara dan PPIM dalam usahasama tersebut.

Program itu dirangka untuk memberi  kesedaran kepada  masyarakat dan majikan mengenai memberi banduan peluang dalam kehidupan dan tidak lagi terjebak dalam aktiviti yang tidak diingini setelah dibebaskan daripada penjara.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan Kamarul Efzan bin Johori, Penguasa Penjara Kajang.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL