Showing posts with label JOM BAYAR ZAKAT. Show all posts
Showing posts with label JOM BAYAR ZAKAT. Show all posts

Thursday, October 17, 2019

5407) BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI - TV.PPIM - 16/10/2019


Kewajipan zakat kepada individu Muslim adalah sama sepertimana kefarduan solat untuk menjadi seorang Islam yang sempurna. Tahu tak zakat ni diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam islam dan sering digandingkan perkataannya dengan solat di dalam Al-Quran. “Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”. (Surah An-Nur 24:56) “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk”. (Surah Al-Baqarah 2:43) Apa lagi alasan kita untuk tak berzakat? Sekarang ni boleh bayar zakat online je tau. Tak perlu dah susah-susah nak ke kaunter zakat. Jom sama-sama menjadi umat islam yang lebih peka dan bertanggungjawab! https://www.zakat2u.com.my #BMF #PPIMPeduli #KitaIslam


Artikel oleh: TV. PPIM 

BARU NAK SENANG SIKIT BALA SAMPAI



Tuesday, July 9, 2019

5060) PPIM PANTAU ASNAF YANG DIBANTU - PPIM - 09/07/2019


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan terus memantau perkembangan Marsyilla dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata pihaknya memerlukan ramai sukarelawan dari golongan korporat dan usahawan yang berjaya bagi membantu membimbing golongan asnaf untuk keluar dari kemiskinan.

"Kita mahu bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan bantuan dan kewangan yang diberikan kepada asnaf tidak disalahguna dan tidak sia-sia," katanya.

Nadzim berpendapat rakyat Malaysia mampu mengubah persepsi terhadap asnaf dan tidak lagi melihat mereka dari sudut kemiskinan sahaja namun dapat melihat potensi mereka dan membantu mengembangkan potensi itu ke arah kebaikan.

"Kita mahu selepas ini golongan asnaf yang ada berjaya sehingga mereka menjadi pembayar zakat dan membantu menjadi pemangkin kepada asnaf yang lain," katanya.

Menurut Nadzim, membayar Zakat dan menyokong produk serta perkhidmatan oleh golong asnaf merupakan Jihad Ekonomi terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL