Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyerahkan sebanyak 100 pek nasi dan barangan dapur kepada keluarga asnaf hasil sumbangan dari Iqra For Change.
Showing posts with label KELUARGA ASNAF. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA ASNAF. Show all posts
Friday, August 6, 2021
Monday, May 20, 2019
4946) PPIM DESAK WAKIL RAKYAT BELA KELUARGA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAM - MALAYSIA GAZETTE - 18/5/19
KUALA LUMPUR- Nasib ibu beranak tujuh, Marsyila Zakaria, 35, yang bersahur dengan nasi berlauk garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang melakukan kunjungan mengejut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan hari ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu bersama Ketua Aktivis Wanita persatuan itu, Suraya Ali melihat sendiri keadaan kediaman keluarga tersebut
Katanya, lawatan itu menyusul selepas PPIM menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib wakil rakyat harus tampil bertanggungjawab.
“Di mana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak
membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”
membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”
“Dalam kes ini, zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350 pun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.

Pada kunjungan itu, PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.
Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.
Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak Marsyila, Mohd Al-Fallah, 13, yang menjadi mangsa buli sehingga tidak mahu bersekolah.
“Kami sedang mencari Pusat Pendidikan Tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” ujarnya.
Marsyila mempunyai tujuh orang anak berusia antara setahun hingga 15 dan Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua.
Menurut Nadzim, PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka untuk masa jangka panjang.
Sambil menyatakan penghargaan terhadap bantuan kewangan bulanan yang dihulurkan Baitulmal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau meminta Baitulmal menambah jumlah bantuan bulanan itu memandangkan kesempitan kehidupan suri rumah berkenaan.- MalaysiaGazette
“Saya kagum dengan wanita (Marsyila) yang tidak meminta orang luar dan sanggup berdikari cari nafkah untuk kelaparan anak-anak, maka orang prihatin luar sana mestilah tampil bantu secara ikhlas.
“Kita juga harus buat program ini menjadi program keluarga angkat membantu anak dia juga masuk sekolah jadi mangsa buli.
“Ahli Parlimen disini, KJ ke siapa tu..harap letak seorang wakil di kawasan ini supaya dapat menjejaki keluarga miskin sempit sebegini. Ini pun kalau berita ini tidak didedahkan media, sudah pasti kita tak tahu,” tegasnya.
Aktivis Wanita PPIM, Suraya Ali pula berkata pihaknya akan terus berkomunikasi dengan ibu anak tujuh itu dan akan bekalkan barang keperluan mengikut keperluan.
“Untuk jangka masa panjang kita nak dia berdikari seperti yang dia nak dan mintalah usahawan berjaya diluar sana tampil bantu juga.
“Kitaran kemiskinan perlu dihentikan segera menerusi pendidikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Artikel oleh : Malaysia Gazette
PPIM DESAK WAKIL RAKYAT BELA KELUARGA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAM
4945) PPIM MENYERAHKAN BANTUAN MAKANAN DAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF - PPR DESA TUN RAZAK - 18/5/19
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib harus tampil bertanggungjawab.
“ Dimana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”
“ Dalam kes ini, Zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350.
Namun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.
Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak keluarga ini bernama Mohd Al-Fallah yang berusia 13 tahun.
“ Anak ini menjadi mangsa buli disekolah sehingga dia tidak mahu bersekolah. Mami sesang mencari pusat pendidikan tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” katanya.
Marsyila Zakaria , 35 mempunyai tujuh orang anak berusia antara 15 hingga satu tahun. Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua mereka.
PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka dalam jangka panjang.
PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.
Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(117)
-
▼
March
(41)
- PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-H...
- EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM K...
- E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARA...
- PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DEDAH TAKTIK TID...
- PAKEJ 'PERCUMA' TELCO PERANGKAP PENGGUNA, PPIM DES...
- PPIM SELAR TAKTIK 'SEMBELIH' PELANGGAN GUNA TALIAN...
- AKTIVITI | TARAWIH PPIM 1447H MELABUHKAN TIRAI: SY...
- PENGGUNA TERPERANGKAP, PPIM DAKWA TELCO KENAKAN CA...
- PPIM BONGKAR TAKTIK KOTOR SYARIKAT TELCO: CAJ TERS...
- SPM - JANGAN BAZIR, BELANJA RAYA - BERITA RTM - 17...
- AKTIVITI | SELAMAT PAGI MALAYSIA: JANGAN BAZIR BEL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- PERARAKAN HARI WANITA TAMPIL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PERARAKAN HARI WANITA MUNCUL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT DALAM HIMPUNAN HARI WANIT...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT AKAN DILAPOR POLIS - KOSM...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- “SIAPA DALANG PERHIMPUNAN LGBT DI MALAYSIA? NILAI ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA H...
- AKTIVITI | MAJLIS IFTAR RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN S...
- MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS: FROM FOOD STOPS TO FUL...
- LONGER, BIGGER, LOUDER: MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MALAYSIA BAR CO...
- PODCAST PPIM | ISU BLR & KONTRAK PINJAMAN BANK: PE...
- JUADAH BASI, BERULAT 'IGAU' BAZAR RAMADAN - KOSMO ...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - METRO AHAD - 01/...
- AKTIVITI | SIDANG TERGEMPAR DAN SIDANG MEDIA ISU S...
- HARAM JUAL MAKANAN SUDAH ROSAK, TIDAK BERKUALITI -...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - HARIAN METRO - 0...
- PPIM KELUAR KENYATAAN PENJELASAN: TIADA KAITAN DEN...
- PPIM NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN GABUNGAN E-HAILING M...
- PPIM TEGASKAN TIADA KAITAN DENGAN GABUNGAN EHAILIN...
- PPIM NASIHAT AGAR TIDAK TERPEDAYA, GEM BUKAN DIBAW...
- PPIM ULANGI PENDIRIAN, TIADA SEBARANG KAITAN DENGA...
- PPIM TEGASKAN TIADA HUBUNGAN DENGAN GEM - UTUSAN M...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-40: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- SNEK KOREA TIDAK SENARAIKAN RAMUAN TIDAK HALAL, PP...
- SNEK KOREA TIDAK MENYENARAIKAN BAHAN TIDAK HALAL D...
- SNEK IMPORT KOREA DISYAKI MENGANDUNGI ‘BABI’ SECAR...
- DAKWA SNEK IMPORT KOREA TIDAK NYATAKAN KANDUNGAN B...
-
▼
March
(41)






















