Showing posts with label KOPPIM. Show all posts
Showing posts with label KOPPIM. Show all posts

Saturday, July 10, 2021

5779) SEMBANG SANTAI KOPPIM SARAT MAKLUMAT - MALAKAT TRIBUNE - 10/07/2021

 

CYBERJAYA – Gerakan membina ekosistem Islam yang bebas riba tidak akan berjaya sekiranya nadi penggeraknya tidak memahami strategi dan langkah yang disusun bagi merealisasikan hasrat itu.

Berikutan itu, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) malam tadi menganjurkan sesi bual bicara santai dengan menjemput Ketua Pegawai Eksekutif, Syaraff al-Sadat bagi memperincikan butiran halatuju dan sasaran KoPPIM kepada nadi penggeraknya iaitu para ahli.

Buat masa ini, KopPPIM mempunyai seramai kira-kira 28,000 ahli, dengan pertambahan ahli baharu bertambah hari ke hari.

Syaraff antara lain menekankan, tujuan utama KoPPIM ditubuhkan adalah untuk keluar daripada sistem kapitalis yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

“Data yang kita ada menunjukkan, 8 individu terkaya dunia mempunyai kekayaan hampir sama dengan 3.6 bilion penduduk dunia.

“Jadi, di mana sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘kekayaan diagihkan dengan sama rata’ itu?” kata Syaraff ketika sesi tersebut.

Dalam ekosistem Islam yang sedang cuba digerakkan ini, kekayaan diagihkan sama rata, dan pada masa yang sama, unsur riba turut dihapuskan.

“Fokus kita bukan mencari untung, tetapi untuk berkongsi.

“Segala keuntungan dalam perniagaan yang KoPPIM ceburi, akan disalurkan kembali kepada ahli yang melabur,” tambah beliau.

Beliau turut berkongsi 11 pelan strategik KoPPIM dalam membina ekosistem ini, dan menggariskan tindakan para ahli supaya hasrat ini dapat dicapai menjelang 2030.

“Paling penting, para ahli perlu niatkan usaha kita adalah untuk keluar daripada sistem ekonomi sekarang yang mengutamakan riba.

“Pada masa yang sama, teruskan melabur minima RM100 sebulan ke dalam KoPPIM dan pindahkan belanja runcit ke Kumpulan Malakat,” tambah Syaraff lagi.


Artikel oleh: Malakat Tribune

SEMBANG SANTAI KOPPIM SARAT MAKLUMAT

https://www.malakattribunenews.com/2021/07/sembang-santai-koppim-sarat-maklumat/

Tuesday, April 20, 2021

5583) AHLI KoPPIM BOLEH BELI ACER CHROMEBOOK SECARA TERUS DI 3WAYAR - MALAKAT TRIBUNE - 19/04/2021

 

CYBERJAYA – Ahli Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang berminat untuk membeli komputer peribadi Acer Chromebook pada harga serendah RM150 sebulan boleh datang secara terus ke kedai 3Wayar di Malakat Mall, Cyberjaya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, buat masa ini pihaknya tidak membuat pembelian secara dalam talian dan pelanggan perlu terus datang ke kedai 3Wayar di Malakat Mall untuk urusan pendaftaran dan pembelian.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

“Tawaran pembayaran ansuran selama 10 bulan itu ditawarkan sempena pelancaran kedai peralatan elektrik terbaharu milik Kumpulan Malakat iaitu 3Wayar.

“Tawaran istimewa ini dibuka kepada semua ahli KoPPIM yang sudah membeli syer pelaburan koperasi sekurang-kurangnya tiga bulan dengan caruman RM300.

“Kami sudah terima 50 buah Acer Chromebook. Sebenarnya kami tempah 1,000 untuk pembelian ahli KoPPIM. Yang mahu membeli, boleh datang terus ke kedai 3Wayar tunjuk bukti sebagai ahli KoPPIM.

“Kemudian bayar sebanyak RM150 dan bawa pulang Acer Chromebook. Jika stok awal habis, pelanggan boleh daftar terlebih dahulu sehingga stok sampai,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.

3Wayar di Malakat Mall Cyberjaya

Menurut Mohd. Fadzil, 3Wayar merupakan jenama terbaharu di bawah perniagaan Malakat Mall yang diperoleh daripada pengambil alihan kedai elektrik milik rakannya berbangsa Cina di Puchong, Selangor.

Katanya, sempena pra pembukaan 3Wayar yang terletak di Malakat Mall, pihaknya menawarkan kemudahan pembelian pada harga terendah kepada semua ahli yang layak.

“Chromebook ini bukan senang nak dapat di pasaran sebab permintaan yang tinggi sekarang.

Antara barangan lain di kedai 3Wayar

“Pada harga RM1,500 dengan kemudahan bayaran serendah RM150 sebulan, ia pasti pembelian yang berbaloi,” katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

AHLI KoPPIM BOLEH BELI ACER CHROMEBOOK SECARA TERUS DI 3WAYAR

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ahli-koppim-boleh-beli-acer-chromebook-secara-terus-di-3wayar/

Tuesday, February 2, 2021

5358) KOPPIM KUMPUL RM20 JUTA DALAM MASA KURANG SETAHUN - MALAKAT TRIBUNE - 01/02/2021

 


CYBERJAYA - Kejayaan membangunkan ekosistem perniagaan Islam yang kukuh dapat melepaskan ummah daripada pergantungan kepada bantuan subsidi dari kerajaan.

Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) berkata, sudah tiba masanya umat Islam di nagara ini berdiri dia atas kaki sendiri dalam perniagaan dan tidak lagi ternanti-nanti dana atau geran daripada kerajaan.

"Kita sudah tiada masa menanti dasar-dasar, undang-undang mahupun subsidi-subsidi untuk ditabur kepada kita lagi.

"Meskipun betapa banyak pengumuman demi pengumuman dilafaz, dilaung atai digemakan di dewan-dewan, di seminar-seminar mahupun di konvensyen-konvensyen, anggaplah semua itu untuk halwa telinga semata-mata," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.



Sebaliknya kata KoPPIM, peluang yang ada sekarang perlu digunakan untuk sama-saama membangun dan menegakkan ekosistem ekonomi Islam di negara ini.

Bagi menjayakan impian itu, KoPPIM yang dilancarkan setahun lalu telah mempunyai dana terkumpul melebihi RM20 juta hasil pelaburan umat Islam.

"Jumlah ini kian bertambah hari demi hari kerana setiap hari semakin ramai di antara kita yang menjadi ahli KoPPIM," katanya.

Sehubungan itu, KoPPIM menyeru lebih ramai umat Islam di Malaysia menyertai gerakan memperkasakan ekonomi Islam itu melalui pelaburan.

"Marilah kita berbelanja dengan mengutamakan pembelian barangan usahawan Muslim. Bersatu sebagai ahli di bawah payung KoPPIM.

"Beli syer di KoPPIM minima RM100 setiap bulan. Bertindak sekarang! Demi kebangkitan ekosistem ekonomi Muslim," menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai yang ingin dalam perjuangan ekonomi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu boleh mendaftar secara dalam talian di www.koppim.com.my.

"Apa tunggu lagi? Ayuh kita bersama dalam perjuangan ini. SPEND, UNITE, FUND," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

KOPPIM KUMPUL RM20 JUTA DALAM MASA KURANG SETAHUN

Wednesday, July 29, 2020

6156) PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 29/07/2020


SABTU lalu, iaitu pada 25 Julai, ialah hari menarik buat warga Masjid Tanah, Melaka. Pada hari itu telah berlangsung program Ayuh Bangkit, sebuah program motivasi bisnes yang dikendalikan oleh Coach Fadzil Hashim, seorang usahawan Melayu. Program yang bertempat di M Mall, sebuah bangunan Mara yang telah empat tahun kosong itu dihadiri oleh golongan usahawan Muslim.

Pendaftaran untuk 250 peserta yang ditempah secara dalam talian telah penuh menyebabkan mereka yang ingin walk-in terpaksa pulang berputih mata.

Di bandar yang kecil itu pun terdapat ramai usahawan Melayu. Mereka bukan sahaja usahawan yang menjual, malah ada yang mengedar dan mengeluarkan pelbagai produk. Malah, di setiap bandar di Malaysia sudah terdapat ratusan ribu usahawan Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin hadir untuk merasmikan program itu. Turut bersama ialah Exco Melaka, Datuk Wira Ar Ismail Othman serta Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Datuk Nadzim Johan.

Program Ayuh Bangkit itu amat signifikan dari pelbagai segi. Untuk usahawan daerah itu, sebuah medan perniagaan baharu telah dibentang luas di depan mata. Bangunan M Mall tempat berlangsungnya program bakal dibuka sebagai Malakat Mall, sebuah pasar raya Muslim sepenuhnya pada Disember 2020.

Ia akan mempamerkan produk keluaran usahawan Muslim. Apabila disebut keluaran usahawan Muslim atau orang Melayu, kita akan terpandang pelbagai kerepek, kek, tudung dan jubah. Tidak begitu.

Malakat Mall yang dipersembahkan kepada khalayak masyarakat Muslim ialah sebuah pasar raya yang moden. Pasar rayanya mempunyai imej setanding dengan pasar raya yang moden. Selain pasar, terdapat kedai pakaian, peralatan sukan, DIY, alat tulis serta restoran yang dikendalikan oleh cef-cef yang ada bintang.

Inilah salah satu kebangkitan imej syarikat Melayu yang cuba ditonjolkan oleh Pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil. Kita sudah ada banyak juga rangkaian kedai runcit seperti Az-Zain, Lesong Mart, Pasar Raya Ikhwan dan Elewsmart. Terdapat juga pasar raya besar seperti Mydin. Namun, orang Melayu belum ada pasar raya yang mengisi pelbagai jenis perniagaan di kompleksnya seperti Malakat Mall.

Semangat untuk mengubah kedudukan bisnes orang Melayu ini tercetus setelah Coach Fadzil menganjurkan beberapa siri latihan susulan Ayuh Bangkit kepada usahawan. Beliau melihat potensi pelbagai bisnes orang Melayu tetapi berdiri rapuh kerana mereka tidak mempunyai pasar raya.

Kerana ingin merealisasikan kesimpulannya, beliau memperoleh sebuah pasar raya yang kosong di Cyberjaya dan dijelmakan menjadi Malakat Mall. Menyedari bahawa membuka pasar raya memerlukan dana yang besar, maka kerjasama dengan PPIM diperoleh melalui keahlian KoPPIM.

Dalam tempoh 10 bulan koperasi itu diaktifkan, ia berjaya mengumpul lebih 25,000 ahli dengan dana yang kini sudah mencapai belasan juta. Walaupun ada yang berkata, apa yang koperasi boleh buat, mereka harus melihat betapa beberapa buah koperasi di Amerika Syarikat yang di antaranya CHS dan Coop Group yang telah mencapai status berjaya dalam Fortune 500.

Semoga Malakat Mall akan berkembang pesat hingga menjadi simbol kebanggaan orang Melayu. Bangga kita bukan setakat menumpang bangga, malah bangga kerana kita juga menjadi tuan punya pasar raya itu melalui saham sebagai ahli KoPPIM.

Sambutan terhadap Malakat Mall yang pertama di Cyberjaya begitu memberangsangkan. Petanda bahawa Malakat Mall kedua di Melaka mendapat sambutan amat cerah kerana kini ia menjadi bualan hangat di daerah itu.


Artikel oleh: Sinar Harian

PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA


Monday, July 27, 2020

6153) KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI - BERNAMA - 25/07/2020


ALOR GAJAH, 25 Julai -- Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) menyasarkan sejuta keahlian menjelang akhir tahun ini bagi menyokong ekonomi usahawan Islam dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM Mohd Fadzil Hashim berkata setakat ini, keahlian KoPPIM berjumlah kira-kira 24,000 orang dalam tempoh kurang enam bulan inisiatif itu diperkenal dan kempen secara besar-besaran sedang dilaksana bagi menarik lebih ramai penyertaan.
"Sasaran utama KoPPIM ialah untuk menyatukan sejuta ahli yang mencarum secara konsisten sebanyak RM100 sebulan bagi membolehkan KoPPIM mempunyai dana yang akan dilaburkan untuk memperkasa ekonomi umat Islam melalui pelaburan strategik.
"Ahli KoPPIM dijangka menerima pendapatan minimum RM5,000 sebulan manakala dividen antara lapan hingga 15 peratus, dan ia bukan sesuatu yang kita janjikan tetapi berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Malakat Mall berkata antara pelaburan yang dilakukan ialah pembukaan 100 pusat beli-belah Malakat Mall secara berperingkat di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau berkata sebanyak 100,000 usahawan bumiputera juga dijangka terlibat dalam pengoperasian pusat beli-belah itu dalam tempoh tersebut dan cawangan kedua Malakat Mall di Masjid Tanah akan dibuka pada November depan selepas Cyberjaya pada Mac lepas.
"Kita juga mendapat tawaran membuka cawangan Malakat Mall di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Johor dan ia akan dipertimbang dan diteliti secara berperingkat.
“Keutamaan akan diberi kepada jenama produk atau makanan tempatan yang diusahakan usahawan bumiputera," katanya.
Malakat Mall merupakan pusat beli-belah yang menghimpunkan 100 peratus usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung sekali gus memberi peluang kepada pengguna Muslim menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.
Model perniagaan Malakat Mall mengguna pakai konsep pemilikan bersama melibatkan usahawan, koperasi dan komuniti yang akan memberi manfaat secara bersama.

Artikel oleh: Bernama 
KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI

6152) MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 25/07/2020


MELAKA - Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion," katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

"Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi dan komuniti sendiri.

"Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM)," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA

6151) MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT - MALAKAT TRIBUNE - 25/07/2020


MASJUD TANAH - Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia iaitu Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka pada November ini dijangka dapat membuat lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pada masa sama, penduduk sekitar juga bakal memperoleh manfaat apabila berpeluang memperoleh purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa.

Beliau berkata, selain itu, mereka jumpa mampu menjana pendapatan secara pasif melalui dividen yang diperoleh apabila menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .

"Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan di Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pusat beli belah Malakat Mall Masjid Tanah.

"Tetapi juga di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ernieyati menyampaikan ucapan dalam program Ayuh Bangkit di Malakat Mall Masjid Tanah di sini hari ini.
  
Yang hadir sama, Pengerusi KoPPIM, Datuk Ndzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas lanjut, Mas Ernieyati turut berharap dengan pembukaan pusat beli belah BMF itu dapat  menggerakkan ekonomi bumiputera Islam dan KoPPIM secara tidak langsung.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dan seluruh pasukan Malakat Mall yang membawa pusat beli belah itu ke Masjid Tanah.-MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/malakat-mall-masjid-tanah-mampu-pacu-ekonomi-setempat/

Saturday, July 25, 2020

6150) AKTIVITI | PROGRAM AYUH BANGKIT MALAKAT MALL MASJID TANAH - PPIM - 25/07/2020

Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi KoPPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program Ayuh Bangkit Masjid Tanah anjuran Malakat Mall di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka.


Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.






Thursday, July 23, 2020

6142) PELABURAN JIHAD EKONOMI! - TV.PPIM - 23/07/2020


Berhenti Jadi Penyumbang Kepada Kejatuhan Ekonomi Islam!
.
Kita marah bila agama lain menggunakan tulisan jawi sebagai helah mempromosikan produk mereka!
Tapi…
Bila suruh support kempen Buy Muslim First (BMF) dipanggilnya rasis!
Bila suruh support perjuangan ekonomi islam di panggilnya sia-sia!
Bila suruh support KoPPIM dikatakannya mencipta jurang antara kaum!
.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
.
Ramai yang membuat spekulasi sebelum mengkaji. Bukalah minda dan hati untuk memahami mengapa perjuangan membangkitkan ekonimi islam di negara ini penting untuk kita laksanakan.
.
Apa yang anda harus lakukan?
SPEND . UNITE . FUND
SPEND - Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE - Bersatu Bersama menjadi ahli KoPPIM
FUND - Melabur Secara Bulanan Di Dalam KoPPIM
.
Pelaburan yang hanya bermula RM100 sebulan dapat membantu KoPPIM menjayakan misi ini.
In shaa Allah Dividen 8% Hingga 15% Akan Diberikan Buat Pemegang Syer.
Whatsapp:
https://infokoppim.wasap.my

#BantuSebarkan #JihadEkonomi #PenggunaPemilikKekayaanEkonomi #KebangkitanEkonomiIslam

Tuesday, July 21, 2020

6140) BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi - MALAKAT TRIBUNE - 20/07/2020


RAUDHAH CITY - Bangunan ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch serta pusat beli belah Malakat Mall hari ini bergema dengan sorakan semangat daripada Kumpulan OTAi.

Sorakan semangat itu menjadi 'trademark' Kumpulan OTAi bagi memberi semangat kepada ahlinya selain tanda penghargaan kepada ketua atau Pengasasnya, Dr. Suhaimi Abas.

Pada hari ini lebih 200 ahli Kumpulan OTAi yang diketuai Dr. Suhaimi mengadakan lawatan ke ibu pejabat Brainy Bunch, Raudhah Ville dan berakhir di Malakat Mall.


Menurut Dr. Suhaimi, kehadiran beliau bersama para ahli Kumpulan OTAi ialah bagi menyaksikan sendiri segala kemajuan yang telah dicapai oleh Kumpulan Brainy Bunch.

"Alhamdulillah, saya tidak pernah berjumpa lagi orang yang mempunyai semangat seperti Coach Fadzil (Pengasas Kumpulan Brainy Bunch) dan kumpulannya.


"Beliau dan pasukannya menaikkan ekonomi Islam. Saya dan Coach Fadzil ini berkenalan selepas diperkenalkan oleh Toqqi (Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan).

"Toqqi kata ini (Coach Fadzil) orang yang baik dan kena bantu, jarang jumpa orang macam ini. Toqqi dan Coach Fadzil datang ke rumah saya pada Ramadan lalu.

"Waktu itu kami berjumpa buat kali pertama, berborak pukul 10 malam hingga 4 pagi. Masing-masing perkenalkan objektif dan hala tuju dan rupanya kami sehaluan," katanya.


Dr. Suhaimi berkata, beliau kagum dengan perjuangan Coach Fadzil yang membuka tadika dan dijenamakan sebagai Brainy Bunch sehingga mempunyai lebih 100 cawangan dan 1,800 pekerja.

"Mereka ada sistem pendidikan awal kanak-kanak, sekolah serta kolej. Sekarang ada perniagaan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Ini satu organisasi yang lengkap. Kami merancang untuk bekerjasama, apa yang Kumpulan OTAi buat dan Kumpulan Brainy Bunch buat adalah perkara yang sama.

"Kita memerlukan antara satu sama lain. Islam kata, ibarat batu bata, mereka memerlukan antara satu sama lain, untuk dirikannya kena bergabung dan bersatu," katanya.


Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, beliau difahamkan, kunjungan ke Kumpulan Brainy Bunch hari ini merupakan buat kali pertama Kumpulan OTAi berkumpul melebihi 200 orang.

"Buat kali pertama mereka berkumpul sebanyak ini dan datang kepada kita. Mereka diberikan pendedahan tentang perjuangan KoPPIM selain Brainy Bunch dan Malakat Mall.

"Alhamdulillah Kumpulan OTAi bersetuju untuk bersatu dalam koperasi, mereka akan jadi ahli KoPPIM. Mereka juga komited dengan perjuangan kita dan menaikkan ekonomi Islam.

"Kita di peringkat KoPPIM dan Malakat Mall bersetuju dengan Kumpulan OTAi. Insya-Allah mereka akan diberikan peluang dalam pernigaan kita terutamanya di Malakat Mall," katanya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/brainy-bunch-dan-malakat-mall-bergema-dengan-sorakan-kumpulan-otai/

Friday, July 17, 2020

6135) MAHU MALAKAT MALL DI TEMPAT ANDA? DAFTAR DAN NIKMATI KELEBIHAN JADI AHLI KOPPIM - MALAKAT TRIBUNE - 11/07/2020


RAUDHAH CITY - Lebih banyak Malakat Mall dapat diwujudkan di seluruh negara melalui penyertaan lebih ramai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Koordinator Pendaftaran dan Pendaftaran Keanggotaan KoPPIM, Meor Ezree Syazrin berkata, antara usaha yang dilakukan untuk memperluaskan perniagaan Malakat Mall adalah melalui pembelian saham KoPPIM yang melabur dalam perniagaan pusat beli belah itu.

Beliau berkata, pembangunan dana itu bukan sahaja wajar disertai umat Islam untuk meraih dividen sebaliknya sebagai tanggungjawab untuk membina sebuah ekosistem ekonomi Islam yang sebenar.

"KoPPIM merasakan Malakat Mall adalah platform terbaik untuk menjayakan matlamat untuk umat Islam menguasai ekonomi.

"Jadi kalau mahu tengok Malakat Mall di tempat anda, pastikan anda jadi ahli KoPPIM," katanya ketika ditemui di Malakat Mall di sini baru-baru ini.

Menurut Meor Ezree, hanya melalui pembangunan ekosistem ekonomi Islam yang kukuh sahaja kuasa pengguna sebagai pemilik ekonomi dan persekitaran perniagaan yang adil dapat dikembalikan.

"Perjuangan kita dalam koperasi KoPPIM ini tidak sama dengan  koperasi-koperasi lain atas prinsip umum dan kepentingan umat Islam.

"Melalui cara ini sahaja kita dapat tentukan game plan kita. Di peringkat pengurusan, kita mensasarkan pembukaan 100 Malakat Mall lagi di seluruh negara.

"Tetapi usaha ini memerlukan sokongan seluruh umat Islam," katanya.

Meor berkata, bagi menjayakan sasaran keanggotaan satu juta ahli KoPPIM pihaknya menawarkan pembelian syer pada harga RM100 sebulan selama 10 tahun dengan tawaran dividen antara lapan hingga 15 peratus.

"Sebelum ini kempen sokongan dan pengumpulan dana dibuka pada harga RM500 sebulan tetapi sekarang diturunkan kepada RM100 sebulan bagi membolehkan ramai orang mendaftar.

"Dengan bayaran RM100 sebulan dan RM30 (pendaftaran), sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik bersama Malakat Mall," katanya.

Mengulas mengenai keanggotaan koperasi, KoPPIM kini menerima kira-kira 24,000 permohonan keahlian dan telah meluluskan pendaftaran 11,500 ahli.

Meor berkata, dalam usaha mencapai sasaran satu juta ahli pihaknya turut memperkenalkan 'program rujukan' yang melayakkan ahli menerima imbuhan sebanyak RM10 bagi setiap satu pendaftaran yang dibawa masuk.

"Bayaran RM10 ini akan dibayar tiga bulan sekali bagi ahli-ahli yang bertungkus-lumus berkempen untuk menambah dana KoPPIM,"katanya.

Sementara itu tambah beliau, pihaknya juga bercadang untuk menjadikan semua 103 cawangan tadika Brainy Bunch di seluruh negara sebagai tempat pendaftaran ahli koperasi KoPPIM.

"Buat masa ini pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di alamat www.koppim.com.my," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MAHU MALAKAT MALL DI TEMPAT ANDA? DAFTAR DAN NIKMATI KELEBIHAN JADI AHLI KOPPIM

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/mahu-malakat-mall-di-tempat-anda-daftar-dan-nikmati-kelebihan-jadi-ahli-koppim/

Thursday, July 16, 2020

6123) AKTIVITI | HARI BERSAMA VENDOR MALAKAT MALL - PPIM - 16/07/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyampaikan taklimat ringkas di program Hari Bersama Vendor Malakat Mall di Malakat Mall, Cyberjaya.


Wednesday, July 15, 2020

6122) MELAYU RASIS, SOKONG PRODUK SENDIRI? - TV.PPIM - 15/07/2020


“Ini pengorbanan dan perjuangan kita untuk maruah dan agama kita…”

Buy Muslim First (BMF) di lihat sebagai satu isu yang rasis bukan sahaja di mata masyarakat bukan islam tapi juga pada segelintir masyarakat islam sendiri.  
.
.
Apa sebenarnya yang di maksudkan dengan BMF ini? Apa manfaat yang dibawa oleh kempen BMF ini untuk ekonomi Malaysia? Adakah BMF ini akan mencipta jurang antara bangsa dan agama dikalangan rakyat Malaysia?

Dengarkan perkongsian dari Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan dalam membahas isu ini. 
.
.
Jom daftar sebagai Ahli & Melabur dalam Koperasi Pembanguan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)
layari:www.koppim.com.my

Whatsapp:
https://infokoppim.wasap.my


Artikel oleh: TV.PPIM

MELAYU RASIS, SOKONG PRODUK SENDIRI?

https://www.youtube.com/watch?v=kj3F2XegliU

6121) PELABURAN JIHAD EKONOMI! - TV.PPIM - 14/07/2020


Perjuangan Ini Adalah Untuk Kita!

Dulu masa nak bina Mall dan pasaraya muslim, kita digelakkan. Mereka kata ini adalah MUSTAHIL!
Tapi kita telah buktikan pada mereka yang ini adalah BUKAN MUSTAHIL! 

Malakat Mall, pasaraya muslim pertama Malaysia telah berjaya kita bina dalam masa 3 bulan untuk menyatukan pembekal dan pembeli di bawah satu bumbung. Kalau dulu produk muslim kita susah nak cari sekarang semuanya dipasarkan di Malakat Mall. Peluang pemilikan perniagaan juga di buka buat semua masyarakat muslim Malaysia.

Ini baru kejayaan awal yang kita berjaya cipta. Banyak lagi kejayaan yang akan menanti jika usaha dan kekuatan kita bergerak seiring dengan kesatuan untuk membina balik ekosistem-ekonomi islam di negara ini.

Formula Mudah ini, Akan Menjadikan Kita "Pengguna Sebagai Pemilik Kekayaan Ekonomi".

SPEND . UNITE . FUND

SPEND - Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE - Bersatu Bersama menjadi ahli KoPPIM
FUND - Melabur Secara Bulanan Di Dalam KoPPIM

Pelaburan minima RM100 sebulan dapat membantu KoPPIM menjayakan misi ini

Disini bermulanya Kebangkitan Ekonomi Islam!

Jom daftar sebagai ahli & melabur dalam KoPPIM, layari:
www.koppim.com.my

Whatsapp:
https://infokoppim.wasap.my

#Sebarkan #JihadEkonomi #PenggunaPemilikKekayaanEkonomi #KebangkitanEkonomiIslam


Artikel oleh: TV.PPIM


PELABURAN JIHAD EKONOMI!

https://www.youtube.com/watch?v=x4EcPKX2MdI

Monday, July 13, 2020

6118) MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 11/07/2020


CYBERJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan perasaan kagum dan teruja dengan perjuangan yang dibawa oleh Malakat Mall untuk menjadi pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia.

Berikutan itu beliau berkata, usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan usahawan bumiputera itu memperoleh kejayaan.

Katanya, ini kerana langkah itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan bumiputera yang perlu mendapat sokongan semua pihak.

"Hari ini saya menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, Mohd Fadzil Hashim (Pengasas Malakat Mall) dan pasukan besar Malakat Mall. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.

"Saya amat tertarik dengan usaha mereka ini untuk mewujudkan sebuah kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia," katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa Malakat Mall bekerjasama dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bagi memajukan pusat beli belah itu dan membuka ruang kepada peniaga-peniaga bumiputera untuk memasarkan produk mereka.

Sementara itu, Mohd. Fadzil melahirkan penghargaan di atas sokongan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu dalam menyokong Malakat Mall dan KoPPIM.

"Alhamdulillah, Menteri Datuk Dr. Wan Junaidi menyokong penuh KoPPIM dan Malakat Mall.

"Beliau akan menjadi ahli KoPPIM dan membantu sebaiknya. Insya-Allah," katanya menerusi laman Facebook miliknya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/menteri-pembangunan-usahawan-dan-koperasi-teruja-dengan-perjuangan-malakat-mall/

Saturday, July 11, 2020

6113) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI - PPIM - 11/07/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato' Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Perjumpaan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang membincangkan hal usahawan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Turut serta, Pengasas Malakat Mall Coach Mohd. Fadzil Hashim.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL