Showing posts with label BRAINY BUNCH. Show all posts
Showing posts with label BRAINY BUNCH. Show all posts

Tuesday, July 21, 2020

6140) BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi - MALAKAT TRIBUNE - 20/07/2020


RAUDHAH CITY - Bangunan ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch serta pusat beli belah Malakat Mall hari ini bergema dengan sorakan semangat daripada Kumpulan OTAi.

Sorakan semangat itu menjadi 'trademark' Kumpulan OTAi bagi memberi semangat kepada ahlinya selain tanda penghargaan kepada ketua atau Pengasasnya, Dr. Suhaimi Abas.

Pada hari ini lebih 200 ahli Kumpulan OTAi yang diketuai Dr. Suhaimi mengadakan lawatan ke ibu pejabat Brainy Bunch, Raudhah Ville dan berakhir di Malakat Mall.


Menurut Dr. Suhaimi, kehadiran beliau bersama para ahli Kumpulan OTAi ialah bagi menyaksikan sendiri segala kemajuan yang telah dicapai oleh Kumpulan Brainy Bunch.

"Alhamdulillah, saya tidak pernah berjumpa lagi orang yang mempunyai semangat seperti Coach Fadzil (Pengasas Kumpulan Brainy Bunch) dan kumpulannya.


"Beliau dan pasukannya menaikkan ekonomi Islam. Saya dan Coach Fadzil ini berkenalan selepas diperkenalkan oleh Toqqi (Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan).

"Toqqi kata ini (Coach Fadzil) orang yang baik dan kena bantu, jarang jumpa orang macam ini. Toqqi dan Coach Fadzil datang ke rumah saya pada Ramadan lalu.

"Waktu itu kami berjumpa buat kali pertama, berborak pukul 10 malam hingga 4 pagi. Masing-masing perkenalkan objektif dan hala tuju dan rupanya kami sehaluan," katanya.


Dr. Suhaimi berkata, beliau kagum dengan perjuangan Coach Fadzil yang membuka tadika dan dijenamakan sebagai Brainy Bunch sehingga mempunyai lebih 100 cawangan dan 1,800 pekerja.

"Mereka ada sistem pendidikan awal kanak-kanak, sekolah serta kolej. Sekarang ada perniagaan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Ini satu organisasi yang lengkap. Kami merancang untuk bekerjasama, apa yang Kumpulan OTAi buat dan Kumpulan Brainy Bunch buat adalah perkara yang sama.

"Kita memerlukan antara satu sama lain. Islam kata, ibarat batu bata, mereka memerlukan antara satu sama lain, untuk dirikannya kena bergabung dan bersatu," katanya.


Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, beliau difahamkan, kunjungan ke Kumpulan Brainy Bunch hari ini merupakan buat kali pertama Kumpulan OTAi berkumpul melebihi 200 orang.

"Buat kali pertama mereka berkumpul sebanyak ini dan datang kepada kita. Mereka diberikan pendedahan tentang perjuangan KoPPIM selain Brainy Bunch dan Malakat Mall.

"Alhamdulillah Kumpulan OTAi bersetuju untuk bersatu dalam koperasi, mereka akan jadi ahli KoPPIM. Mereka juga komited dengan perjuangan kita dan menaikkan ekonomi Islam.

"Kita di peringkat KoPPIM dan Malakat Mall bersetuju dengan Kumpulan OTAi. Insya-Allah mereka akan diberikan peluang dalam pernigaan kita terutamanya di Malakat Mall," katanya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/brainy-bunch-dan-malakat-mall-bergema-dengan-sorakan-kumpulan-otai/

Wednesday, November 6, 2019

5462) AKTIVITI | PROGRAM DEMONSTRASI MAKANAN SIHAT OLEH SAUDARA MUHAMMAD SHUAIB AL MADYAN HUEE - PPIM - 06/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri program "Demonstrasi Makanan Sihat" yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Shuaib Al Madyan Huee di Brainy Bunch, Cyberjaya.

Program disertai oleh pelajar-pelajar sekolah Brainy Bunch International Montessori Islamic School.

Turut hadir, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi Zakat-MAIWP, Coach Mohd Fadzil Hashim, Pengasas Brainy Bunch International Montessori, Datuk Mansyur Usman, Presiden Komuniti Acheh Malaysia dan Hj Yann Razal, Pengarah Kreatif YPNM. 


Friday, October 11, 2019

5379) KONGRES USAHAWAN MUSLIM - ANJANGMUOR'S TRAVELOG - 10/10/2019

Wakil GISBH dijemput berucap di program Kongres Usahawan Muslim di Cyberjaya.
Semua yang berucap turut menjadikan GISBH sebagai model rujukan kejayaan. Program itu dihadiri oleh tokoh-tokoh kepimpinan korporat dan NGO yang aktif dan popular di peringkat kebangsaan seperti MAPIM, PPIM, Brainy Bunch dan lain-lain.

Artikel oleh: AnjangMuor's Travelog

KONGRES USAHAWAN MUSLIM


Thursday, August 29, 2019

5220) PERJUMPAAN DENGAN PENGASAS BRAINY BUNCH ISLAMIC INTERNATIONAL MONTESSORI SCHOOL - PPIM - 29/08/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah mengadakan lawatan ke Brainy Bunch Islamic International Montessori School, Dengkil, Selangor. Sekolah berpendidikan Islamik Montessori ini telah diasaskan oleh Tuan Mohd Fadzil Hashim.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL