Monday, July 13, 2020

6118) MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 11/07/2020


CYBERJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan perasaan kagum dan teruja dengan perjuangan yang dibawa oleh Malakat Mall untuk menjadi pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia.

Berikutan itu beliau berkata, usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan usahawan bumiputera itu memperoleh kejayaan.

Katanya, ini kerana langkah itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan bumiputera yang perlu mendapat sokongan semua pihak.

"Hari ini saya menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, Mohd Fadzil Hashim (Pengasas Malakat Mall) dan pasukan besar Malakat Mall. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.

"Saya amat tertarik dengan usaha mereka ini untuk mewujudkan sebuah kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia," katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa Malakat Mall bekerjasama dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bagi memajukan pusat beli belah itu dan membuka ruang kepada peniaga-peniaga bumiputera untuk memasarkan produk mereka.

Sementara itu, Mohd. Fadzil melahirkan penghargaan di atas sokongan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu dalam menyokong Malakat Mall dan KoPPIM.

"Alhamdulillah, Menteri Datuk Dr. Wan Junaidi menyokong penuh KoPPIM dan Malakat Mall.

"Beliau akan menjadi ahli KoPPIM dan membantu sebaiknya. Insya-Allah," katanya menerusi laman Facebook miliknya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/menteri-pembangunan-usahawan-dan-koperasi-teruja-dengan-perjuangan-malakat-mall/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL