Friday, July 3, 2020

6092) TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER - KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA - 02/07/2020

YB Datuk
Zahidi Zainul Abidin
, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Memorandum yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan merupakan hasil daripada aduan orang ramai agar perhatian diberikan kepada usaha-usaha untuk mengatasi pelbagai isu berkaitan telekomunikasi dan jenayah siber.
YB Datuk Zahidi menegaskan KKMM menerusi Jabatan dan Agensi akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak bertanggungjawab agar isu yang melibatkan jenayah siber ini dapat diminimumkan. Di samping itu, menerusi program seperti CyberSafe dan Fasih Digital, KKMM akan terus berusaha untuk mendidik pengguna internet untuk menjadi warga digital yang berhemah.
YB Datuk Zahidi turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peniaga di Malakat Mall.


Artikel oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...