Thursday, July 2, 2020

6085) SIDANG MEDIA | MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER - PPIM - 02/07/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah mengadakan satu sidang media bagi majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber kepada YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya.

PPIM mengambil tindakan proaktif untuk menyerahkan Memorandum bertujuan untuk menjadikan isu dan aduan ini sebagai satu agenda utama masyarakat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memorandum tersebut mengandungi pelbagai aduan seperti tawaran pakej telko oleh agen-agen yang tidak telus dan perkhidmatan telko yang tidak memuaskan, isu penipuan penggunaan ID dan data peribadi dalam media siber, ‘online scammer’, penipuan perkhidmatan pinjaman secara online yang hanya perlu klik dan mudah pinjam yang dirancang oleh Ahlong, juga isu judi online telah berlaku terhadap masyarakat semakin berleluasa dengan pelbagai strategi.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL