Showing posts with label INFO UMUM. Show all posts
Showing posts with label INFO UMUM. Show all posts

Saturday, October 10, 2015

2881) PENSYARAH KANAN UiTM DEDAHKAN TANAH RIZAB MELAYU HANYA TINGGAL 11%!


RASANYA sudah terlalu banyak forum dan perbincangan berkaitan masalah tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan diadakan saban tahun.

Kini tinggal 11% sahaja tanah rizab Melayu yang tinggal, berbanding 50% yang sepatutnya ada jika dirujuk kepada Wasiat Raja Melayu.

Fakta ini didedahkan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pada tahun lepas.

Ada 5 faktor pentingnya tanah bagi sesuatu bangsa: 
1. Tanah sebagai asas pembentukan negara bangsa. 
2. Tanah juga dilihat sebagai salah satu daripada faktor pengeluaran ekonomi. 
3. Tanah juga sebagai lambang kedaulatan sesebuah bangsa atau kaum di sesebuah negara. 
4. Tanpa tanah, tiada wujudnya bangsa.  
5. Semua bangsa mempunyai tanah tumpah darahnya KECUALI bangsa Israel kerana ENGGAN menerima perintah Allah untuk menduduki bumi Yabus (Palestin Moden).

Admin tidak mahu generasi kita akan datang menyalahkan kita yang hidup di zaman ini kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah warisan daripada nenek moyang terdahulu.

Dari sudut perundangan, bukan tiada akta yang menjaganya tetapi apabila ia melibatkan ketirisan dalam aspek pelaksanaan, inilah yang bakal menyebabkan tanah kita tergadai.

Akhir sekali, Admin memetik kata-kata mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof bahawa tanah rizab Melayu boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya ‘political will’ di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.

“Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri.

“Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal,” kata beliau. - ISMAWEB

Friday, October 9, 2015

2879) 50 SYARIKAT MALAYSIA PAMER PRODUK MAKANAN HALAL DI COLOGNE

Sebanyak 50 syarikat Malaysia yang diketuai pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), akan menyertai pesta perdagangan makanan ANUGA di Cologne, Jerman pada 10-14 Oktober ini.

ANUGA 2015 yang merangkumi bidang peruncitan, perdagangan, perkhidmatan dan penyajian makanan, turut menjadi platform bagi pengunjung serta pembeli kepada produk makanan organik dan halal serta minuman Malaysia.


Acara tahunan itu juga disifatkan pameran makanan utama di Eropah dan menjadi jenama global bagi penggiat serta pengedar makanan untuk berkumpul selain membincangkan peluang perdagangan.

Syarikat-syarikat Malaysia akan mempamerkan produk seperti makanan sejuk beku, minuman, makanan diproses, produk berasaskan minyak sawit serta makanan untuk tenaga.


Menurut Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE ke Frankfurt, S.Jai Shankar, ini adalah penyertaan kali kesembilan untuk Malaysia.

“Amalan gaya hidup sihat sememangnya (perniagaan) besar di Eropah, termasuk Jerman.

Malah, aspek kesihatan dan keutamaan persekitaran adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan kalangan pengeksport kita apabila mahu memasarkan produk mereka di pasaran negara maju seperti Kesatuan Eropah (EU),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, memandangkan Jerman antara rakan dagang terbesar di EU, MATRADE yakin penyertaan Malaysia dalam pameran dagangan di rantau itu akan memudahkan lagi kemasukan serta perluasan pasaran produk.

MATRADE turut mengatur lebih 400 pertemuan perniagaan antara pempamer Malaysia dan pengimport Eropah di Pavilion Malaysia.

Kira-kira 6,500 pempamer daripada lebih 100 negara dan lebih 150,000 pengunjung yang mewakili 180 negara, dijangka menyertai pameran itu.

Pada acara itu, syarikat Malaysia, Laras Marketing and Services Sdn Bhd akan melancarkan beberapa produk baharu berasaskan pemprosesan teknologi makanan yang inovatif bagi melanjutkan kesegarannya.

Syarikat lain yang mengambil bahagian termasuk Halcent International Sdn Bhd dan Solution Sdn Bhd.

Tahun lepas, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jerman bernilai lebih RM41 bilion.

Eksport Malaysia ke Jerman pula sebanyak RM17.86 bilion manakala importnya mencecah RM23.16 bilion. Produk utama makanan ke Jerman adalah koko dan ramuan berasaskannya yang bernilai RM105 juta dan mewakili 90 peratus daripada keseluruhan eksport makanan diproses. - BERNAMA

Friday, September 11, 2015

2831) SYARIKAT PERNIAGAAN DISERU TUNAI ZAKAT


Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menyeru lebih banyak syarikat menunaikan zakat perniagaan mereka.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata dengan hanya membuat pengiraan mudah dan jika didapati layak, syarikat itu perlulah menunaikan zakat perniagaan mereka.

Berikut adalah kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi mengenal asti sama ada syarikat layak atau tidak menunaikan zakat perniagaan mereka:
  • 1) Kategori Syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, 'Trading' Enterprise yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa:
Kaedah 1 - Modal Kerja: (Aset Semasa-Liabiliti Semasa) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
  • 2) Kategori Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.
Kaedah 2 - Modal Berkembang (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)
  • Kaedah seterusnya adalah pengiraan khusus bagi jenis perniagaan yang tiada akaun/penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman serta lain-lain perniagaan berkaitan.
Kaedah ini mengambil kira semua hasil/jualan/pendapatan setahun ditolak segala kos/perbelanjaan setahun yang ditanggung. 
Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus (bersamaan atau melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos/perbelanjaan. 
Contohnya seperti berikut: 
A) Hasil/Jualan/Pendapatan:
RM300 sehari x 5 hari berniaga = RM 1,500 seminggu
RM1,500 x 4 minggu = RM6,000 sebulan
RM6,000 x 12 bulan = RM72,000 setahun
B) Tolak : Belanja/Kos Setahun (RM10,000)
C) Keuntungan Bersih Setahun (A-B) RM72,000 - RM10,000 = RM62,000
D) Kadar Zakat 2.5 peratus
E) Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550

Menurut kenyataan itu, kaedah-kaedah berkenaan diharap dapat membantu syarikat-syarikat korporat di Wilayah Persekutuan serta orang ramai yang ingin membuat taksiran zakat perniagaan mereka.

Bayaran boleh dibuat melalui saluran-saluran disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

Selain itu, katanya taksiran juga boleh dibuat melalui pihak PPZ-MAIWP dengan menghantar emel di udpk@zakat.com.my atau menghubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Orang ramai juga boleh ke ibu pejabat PPZ-MAIWP di Shamelin Perkasa, Cheras di sini dan berjumpa dengan pegawai zakat perniagaan bagi tujuan taksiran dan rujukan serta keterangan lanjut. - mStar Online

Friday, January 11, 2013

642) NST 2/1/13-`Clarion call for unity and fairness'




KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's new year message has been greeted with all round support from politicians and non-governmental organisations.

MIC president Datuk Seri G. Palanivel said Najib's message was a clarion call for unity and fairness for all. The party Youth chief T. Mohan said Najib's leadership had brought much change for the community.

Hulu Selangor member of parliament P. Kamalanathan said the premier's speech had defined a vision of a Malaysia that all can embrace and be proud of.

MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said the gist of Najib's message and wish list was timely and in accordance to BN's manifesto, which was to put the people's needs first.

"He managed to address all the bread and butter issues," said Wee, who is also the Deputy Education Minister.

The Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) president, Datuk Marimuthu Nadason said all Malaysians should support the prime minister's aspirations to make the country a better place.

Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin Bardan also lauded the prime minister's new year message and said the best way to help increase government revenue was to increase employees' skills.

Malaysian Muslim Consumers Association executive secretary Datuk Nadzim Johan said Najib's message and wish list for the new year showed that Malaysia will have continued peace and stability because Najib pays attention to the needs of the people.

Monday, August 27, 2012

612) PPIM wakili suara pengguna bukan parti politik



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan itu lebih condong menyokong kerajaan dalam isu-isu berkaitan pengguna.
 
Sebaliknya, kata ketua aktivisnya, Datuk Nadzzim Johan, PPIM sentiasa menyelesaikan isu-isu  berkaitan pengguna dengan berpegang kepada ciri-ciri berhemah tinggi, kewajaran serta kebijaksanaan seperti terkandung dalam prinsip dan dasar perjuangannya  tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik.

"Kalau sesiapa menyatakan PPIM ini menyokong buta apa yang dilakukan oleh kerajaan maka sebenarnya itu amat tidak benar.
 
"Kita lihat hari ini ada pihak-pihak tertentu (terutamanya) pihak pembangkang sendiri kadang-kadang yang menyokong PPIM bila kita menegur kerajaan tetapi sebaik sahaja bila kita bercerita pasal benda yang tidak disukai (parti pembangkang) maka kita (penyokong pembangkang) terus melenting," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Antarapos di rumahnya di sini, baru-baru ini.
 
Pada sesi wawancara selama sejam itu, Nadzim turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat supaya menerima setiap teguran secara positif  dan berfikiran  terbuka serta tidak menuding jari ke PPIM semata-mata.
 
"Kalau kita nak kira, (kita) nak (kena) menegur (semua), kalaulah kita menyokong kerajaan (semata-mata) maknanya kita tidak (akan) menegur (kerajaan) kita menegur dengan cara yang agak cukup lantang dan cukup jelas.
 
"Tetapi kadang-kadang malangnya orang (penyokong Pakatan) yang hendak mendengar itu hanya mendengar apa yang dia hendak dengar (satu pihak) jadi kita rasa itu sangat tidak benar, sangat tidak benar," ujarnya.
 
Diminta mengulas kenyataan PPIM yang seringkali bertentangan dengan NGO yang menyokong penganjuran perhimpunan, Nadzim berkata, pertubuhan itu membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan haram kerana ia menyusahkan pengguna.

"Pasal kita (NGO)  tempat menerima aduan, memang ramai ada yang kata suka (perhimpunan) nak buat tetapi ramai juga ada yang tidak suka benda (perhimpunan) itu dilakukan.

"Contohnya kita menerima aduan orang ramai yang kehidupan terganggu disebabkan perhimpunan-perhimpunan (haram) ini.
 
"Kita merasakan kebebasan itu ok tetapi (perlu) ada limitiasinya sehingga ia tidak harus menyusahkan orang lain pasal orang lain pun ada kebebasan dan ada juga hak orang lain jadi ini secara sepintas lalunya ia hanya begitu," katanya lagi.

Sumber : ANTARA POS
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WpbZpo#.UDru_5hI818.facebook

Friday, August 26, 2011

388) [sim] INFO : Senarai khasiat makanan



SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM


Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.


Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".


Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Tuesday, August 16, 2011

378) INFO : Burns

Subject:  Burns

BURNS

A young man sprinkling his lawn and bushes with pesticides wanted to check the contents of the barrel to see how much pesticide remained in it. He raised the cover and lit his lighter; the vapors inflamed and engulfed him. He jumped from his truck, screaming. His neighbor came out of her house with a dozen eggs, yelling: "bring me some eggs!" She broke them, separating the whites from the yolks. The neighbor woman helped her to apply the whites on the young man's face. When the ambulance arrived and when the EMTs saw the young man, they asked who had done this. Everyone pointed to the lady in charge. They congratulated her and said: "You have saved his face." By the end of the summer, the young man brought the lady a bouquet of roses to thank her. His face was like a baby's skin.

Healing Miracle for burns:


Keep in mind this treatment of burns which is included in teaching beginner fireman tihs method.
Frist aud consists to spraying cold water on the affected area until the heat is reduced and stops burning the layer of skin. Then, spread egg whites on the affected are. 
One woman burned a large part of her hand with boiling water. In spite of the pain, she ran cold faucet water on her hand, separated 2 egg white for the yolks, beat them slightly and dipped her hand in the solution. the whites then dried and formed a protective layer.
She later learned that the egg white is a natural collagen and continued during at least one hour to apply layer upon layer of beaten egg white. By afternoon she no longer felt any pain and the next day there was hardly a trace of the burn. 10 days later, no trace was left at all and her skin had regained its normal color. The burned area was totally regenerated thanks to the collagen in the egg whites, a placenta full of vitamins.
This information could be helpful to everyone : Please pass it on.

Friday, August 5, 2011

361)[sim] ARTIKEL : Yakjuj & Makjuj dah lama wujud

Maafkan saya tuan moderator dan juga tuan syed serta sahabat sekelian

Pada pendapat saya Artikel ini adalah satu artikel yang mempromosikan keganasan, syak wasangka, api permusuhan, peperangan serta memberi alasan dengan kebodohan dan kelemahan umat Islam sendiri terhadap segala masaalah yang telah timbul dikalangan umat Islam dengan menyalahkan orang lain (agama lain  iaitu kristian dan yahudi)

Musuh utama umat Islam yang telah merosakkan umat Islam itu adalah diri diri umat Islam itu sendiri, terutamanya yang paling banyak merusakkan umat Islam itu adalah diri diri yang mengaku Ulamak padahal ia bukan ulamak....

Dajjal yang sebenar ialah ketua IBlis JANTAN yang enggan sujud kepada Allah semasa diperintahkan untuk berbuat demikian demi katanya untuk menjadi bukti ketaatan didalam suruhan Allah agar tidak sujud kepada selain Allah, seolah olah ingin menyalahkan Allah kerana menyuruh sujud kepada manusia iaitu Adam, PADAHAL sesungguhnya Allah itu maha tahu lagi maha berkuasa atas tiap sesuatu.

Kesalahan? IBlis itu telah telah Allah balas dengan mengizinkan dan memberikanya kuasa untuk menyesatkan manusia sehinggalaha kehari kiamat. Ini bermakna sehingga kesaat ini Iblis itu (Dajjal) sentiasa menunggu nunggu bila kah saatnya untuk berlakunya kiamat itu. Dikala akan berlakunya kiamat itu maka akan bangkit lah si IBlis Dajjal itu dalam bentuk gergasi yang KEBAL yang tidak akan dapat dimusnahkan oleh
apa senjata sekali pun, lalu ia akan memijak mijak dan menghancurkan segalanya yang ada diatas dunia ini sesuka hati dan semahu mahunya sehingga hancur leburlah segalanya yang ada diatas muka bumi ini dan selepas itu barulah ditiupkan oleh  malaikat angin Sangkakala yang akan menghancurkan seluruh alam ini beserta dengan segala isinya dan bermula lah KIAMAT.

YakJUT dan makjut itu adalah manusia yang telah tewas menurut hawa nafsu yang dibisikkan oleh iblis, syaitan, jin, dan juga manusia itu sendiri. Cuba lah saudara saudari semua perhatikan dunia ini, berapa ramaikah yang saudara2 semua boleh lihat dan pasti bahwa ia adalah seorang tidak dapat dikalahkan oleh nafsu Iblis?ciri ciri Iblis dan syaitan laknat ini adalah sifat 2 utamanya menyeru kepada permusuhan, pergaduhan,peperangan , pembunuhan, penipuan, tamak haloba, cinta dunia,sombong, bongkak, jahil,bangga diri, takabbur, dan berbagai bagai lagi sifat yang tercela (kebanyakkan dari sifat2 ini banyak didapati pada orang2 yang suka minum arak dan judi pada zaman jahiliah dulu kerana itulah Allah telah melarang minum Arak dan Judi)


ARTIKEL saudara syed ini menyeru untuk memerangi Yakjut DAN Makjut serta Dajjal tetapi semua itu sebenarnya adalah untuk memerangi hawa nafsu MANUSIA sendiri. Allah telah menerangkan didalam Alquran bahawa Syaitan/iblis adalah musuh umat islam yang utama, terang dan nyata dan dikatakan oleh Allah juga bahawa segala syaitan/iblis itu tidak akan dapat mengalahkan orang2 yang mempunyai HATI atau nafsu yang IKHLAS. yang zuhud, yang khauf, yang merendah diri, yang selalu ingatkan mati, dan berbagai bagai lagi sifat yang telah diajarkan didalam alQuran dan telah menjadi cara hidup para Nabi sebelum ini yang kemudian dipanggil dari segi pelajaran Akhlak agama yang dinamakan TASAWWUF tetapi kemudiannya selalu dimomokkan oleh ulamak juga kononnya ajaran sesat kerana membuang dunia??

Apakah Ulamak2 sunnah Wal Jamaah mahu terus menerus menyalahkan kaum yahudi dan Nasrani didalam melepaskan diri mereka terhadap segala tuduhan sebagai punca yang telah menyebabbkan telah terjadinya segala kejahilan, kemaksiatan dan kemungkaran yang sedang berlaku dan yang telah menguasai dunia ini, padahal ulamak yang tidak membuang sifat2 tercela didalam diri mereka itu lah sebenarnya yang telah menjadi musuh umat Islam, sehinggakan para ulamak yang hibbun duniya ini telah tidak mendapat petunjuk Allah didalam menangani segala masaalah ummat bahkan telah mengeluarkan pula hukum 2 yang bertentangan dari kehendak dan kefahaman quran itu sendiri kerana diri2 mereka itu telah dikalahkan oleh syitan/iblis yang disebabkan sifat mereka sendiri yang tidak berusaha untuk membersehkan diri mereka dari segala hawa nafsu dan kehendak serta kepentingan diri sendiri selain dari beribadat kepada Allah semata2 (ikhlas).

Ingatlah sebelum kalian cuba hendak menyerang orang lain (yahudi n kristian) apakah kalian telah benar2 BENAR?  jika tidak lupakanlah saja kerana Allah telah berjanji hanya kebenaran sahaja yang akan berjaya akhirnya.. dan jangan pula nanti TERKEJUT apabila dibangkitkan oleh Allah dihari kiamat nanti sebagai orang2 yang mati dari kalangan YAKJUT dan MAKJUT dibawah bendera Dajjal (IBlis)

Sekian wassalam

Wednesday, July 27, 2011

347) [sim] INFO : Adab Mendengar Azan


ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :  'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukanlidahnya ketika maut menghampirinya.'  Ini jelas menunjukkan,
Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang.  Sebagai orang beragamaIslam Kita wajib Menghormati azan - Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.  

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak.  Kita takut dengan Kelunyalidah Kita
semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga  untuk mereka.  Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami..  
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Monday, July 25, 2011

344) Kehebatan Perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih'!


 "Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Thursday, May 12, 2011

[sim] INFO : Bukti kebesaran Allah - Faedah Selut (Lumpur)

HealthDay Reporter Sun Apr 6, 7:01 PM ET

SUNDAY, April 6 (HealthDay News) -- It looks like dirt might one day be better than soap at keeping harmful bacteria at bay.
Arizona scientists report they have found a host of anti-microbial minerals in mud that could be the makings of a new generation of unconventional but effective creams to combat the nastiest germs. Increasingly dangerous antibiotic-resistan t "superbugs" -- such as methicillin- resistant Staphylococcus aureus (MRSA) -- are the primary targets of these new medicinal clay cocktails, the researchers said.

"For hundreds of thousands of years, clays have been used for wound-healing and even gastrointestinal problems," noted study co-author Shelley E. Haydel, an assistant professor in the School of Life Sciences at the Arizona State University Center for Infectious Diseases and Vaccinology in Tempe. "And there are a lot of people out there who already use mud therapeutically, without really knowing how it's working."
"And now we're seeing effectiveness in the lab, from a microbiological standpoint," she added. "So now, the question is: How can this translate into something practical?"
Haydel and her team were expected to present their mud therapy research April 6 at the American Chemical Society annual meeting, in New Orleans.
With funding from the National Institutes of Health, Haydel and her colleagues collected 20 different clay samples from all over the world. After categorizing each clay's composition, they then tested for antimicrobial properties against a wide range of different bacteria, including: antibiotic-resistan t strains of MRSA; the flesh-eating Mycobacterium ulcerans; and E. coli and salmonella.
In the lab, Haydel and her colleagues identified three clays that appeared to kill or substantially reduce growth among all the tested bacteria, including MRSA.
"The big deal with MRSA is that it starts out as a topical infection, but once it gets into the bloodstream, you get into a huge problem," Haydel observed. "So, while we're certainly not proposing to inject this directly into the bloodstream, we're hoping to stop that skin-to-blood transition from happening."
With the aid of electron and ion microscopes, the team is now tracking the way in which the most promising clays interact with bacterial membranes on the cellular level to pin down the source of their germ-fighting power.
Though optimistic about the long-range prospects for developing mud-based medicines --even perhaps in pill form -- the researchers stressed that good hygiene is still the best bulwark against bacteria. And they advised consumers against digging for medical gold in their own backyards.
"You can move over just 100 yards from a geological site, and the mineralogical makeup of the new site can be completely different," Haydel noted. "We see that all the time, with different batches of clay. Or we even sometimes see -- as with two clays from France that we looked at -- two clays where both are the same on the mineralogical and chemical level, but one kills bacteria, and the other doesn't. So, we have a lot to figure out."
Then there's the fact that dirt can also harbor bad bacteria and toxic minerals such as mercury and arsenic, the researchers said. So, hand washing isn't about to go out of style just yet.
Meanwhile, George A. O'Toole, an associate professor in the department of microbiology and immunology at Dartmouth Medical School in New Hampshire, described the research as "intriguing. "
"The effort to identify a new class of antibiotics is important, because most of the varieties we now use have been around for the last 40 years," he noted. "However, typically when people look for new naturally derived antibiotics, they focus on living biological material, like plants. So, this is an interesting idea, in the sense that here, they're looking instead at an inorganic source like mud."
"But I would say that, in the short term, the most likely application will most be for the topical treatment of skin infections rather than as an ingestible," he added. "Because to use it as a pill, you have to first identify the helpful compounds and then synthesize them in a way that could be useful, which is a long and involved process. Developing topical products is probably much easier."

Kalau kita ditanya kenapa Islam menyarankan agar menggunakan lumpur sebagai salah satu basuhan untuk membersihkan najis berat, maka rencana ini merupakan salah satu bukti kukuh akan kebesaran ilahi.

Sekian.
By Alan Mozes

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL