Showing posts with label TV PPIM. Show all posts
Showing posts with label TV PPIM. Show all posts

Saturday, September 14, 2019

4281) MANA SENARAI PRODUK? MANA SENARAI PENIAGA ISLAM? - TV. PPIM - 13/09/2019


Jom Hijrah! Kita Sokong Produk Muslim, Demi Fardhu Kifayah, Kerana Allah. Assalamualaikum semua. Seperti semua sedia maklum, PPIM dan UMMAH telah melancarkan kempen Sokong Produk Muslim pada 2 April 2019. Alhamdulillah atas penglibatan ramai kini kesan dan penerimaan pengguna Islam amat luar biasa. Untuk makluman, kami di PPIM pernah wujudkan laman web direktori peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata. Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi. Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim. Kini PPIM sedang dalam usaha mewujudkan Direktori Peniaga Muslim yang lengkap. Sementara direktori siap, kami sedang mengumpul maklumat (database) peniaga Muslim di seluruh Malaysia di https://hijrah.com.my/. Para peniaga Muslim boleh melengkapkan borang di bahagian pendaftaran https://hijrah.com.my/ agar maklumat syarikat anda direkodkan untuk tindakan selanjutnya. Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan kewangan melalui https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Maklumat berkaitan Tabung Perjuangan PPIM & Sukarelawan PPIM boleh didapati melalui: Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/ https://www.ppim.org.my/ Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline: 013-2262 444 "Perjuangan Bersama Demi Pengguna"


Artikel oleh: TV. PPIM

MANA SENARAI PRODUK? MANA SENARAI PENIAGA ISLAM?

Friday, September 6, 2019

5241) TAK BOLEH SOKONG PRODUK MUSLIM? OTAK LETAK DEKAT MANA? - TV. PPIM - 06/09/2019


PPIM menerima pelbagai kecaman daripada beberapa pihak yang cuba memperlekehkan dan menentang usaha kempen menyokong produk keluaran peniaga Islam atau Buy Muslim First (BMF) yang telah dianjurkan sejak April lalu.

PPIM tetap berpendirian teguh mengadakan kempen tersebut bagi memperkukuhkan ekonomi peniaga Islam dan menolak persepsi yang mengatakan usaha ini dianggap rasis.
Ikuti perkongsian daripada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi dalam membahas isu ini.
.
.
.
.
.
Jom daftar sebagai sukarelawan PPIM dan menyumbang kepada Tabung Perjuangan PPIM sekarang.

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman web www.ppim.org.my atau hubungi kami di talian

http://wasap.my/60193591000

Ayuh berjuang bersama demi pengguna!


Artikel oleh: TV. PPIM

TAK BOLEH SOKONG PRODUK MUSLIM? OTAK LETAK DEKAT MANA?

https://www.youtube.com/watch?v=WJcIDY4S0XI

Wednesday, December 30, 2015

2509) TV PPIM - 30/12/15 - KENAPA TANGKAP AKTIVIS PPIM, BUKAN PENIAGA KOTA RAYA YANG MENIPU..





PERSATUAN PENIAGA ISLAM MALAYSIA PPIM MEMPERTIKAIKAN PENANGKAPAN AKTIVIS PERSATUAN TERSEBUT YANG MENUNTUT KEADILAN PEMBELI YANG TERTIPU DALAM PROSES JUAL BELI DENGAN SINDIKET PENIPUAN PENJUALAN TELEFON BIMBIT DI KOMPLEKS KOTA RAYA.


KETUA AKTIVIS PPIM DATUK NADZIM JOHAN BERKATA, AKTIVISNYA, MUHAMMAD YUSUF AZMI CUMA MENJALANKAN TUGASNYA MEMBANTU PEMBELI YANG DITIPU PENIAGA KOMPLEKS TERSEBUT.


BELIAU BERKATA DEMIKIAN DALAM SIDANG MEDIA KHAS BERKAITAN KES PENAHANAN AKTIVIS PPIM YANG DISERTAI OLEH LEBIH 30 NGO DALAM SIDANG MEDIA INI.
TEGASNYA BELIAU MEMPERSOAL MENGAPA POLIS, MENAHAN ORANG YANG MEMBANTU MANGSA YANG DITIPU UNTUK MENDAPAT KEADILAN. INI SATU PERKARA SANGAT PELIK YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU.

BEBERAPA MINGGU LALU, MUHAMMAD YUSUF BERSAMA BEBERAPA PELANGGAN YANG MENDAKWA DITIPU SINDIKET PENJUALAN TELEFON BIMBIT KE KOMPLEKS KOTA RAYA BAGI MENUNTUT GANTI RUGI.

SINDIKET TERSEBUT DIKATAKAN MENGUMPAN MANGSA DENGAN MENAWARKAN PROMOSI 200 RINGGIT BAGI TELEFON BIMBIT TERPILIH NAMUN SETELAH BERSETUJU DAN MEMBAYAR HARGA TERSEBUT, SEBUAH RESIT DIISUKAN KEPADA PEMBELI DENGAN HARGA BERKALI GANDA LEBIH TINGGI.

PENIAGA TERSEBUT KEMUDIANNYA MENEMPATKAN MANGSA DI SEBUAH BILIK DAN MEMAKSA PEMBELI MELUNASKAN HARGA BARU ATAU BERDEPAN TINDAKAN DI SENARAI HITAM OLEH SYARIKAT TELEFON BIMBIT TERSEBUT.

MENURUT SALAH SEORANG MANGSA, ADA DIKALANGAN PEMBELI DIPAKSA MEMBAYAR SEHINGGA 10,000 RINGGIT OLEH SINDIKET TERSEBUT.

TEGAS NADZIM, TIADA PENANGKAPAN TERHADAP MANA-MANA PENIAGA YANG MENIPU SEAKAN-AKAN TERDAPAT KOMPLOT DISEBALIK APA YANG BERLAKU.





Saturday, October 31, 2015

2919) PPIM SARAN KERAJAAN CARI KAEDAH BARU TANGANI "GEJALA JUDI ONLINE"


31 OKTOBER: Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyarankan agar pihak kerajaan mencari satu kaedah baru untuk menangani gejala judi online yang kembali berleluasa di negara ini selain serbuan yang dilakukan ketika ini.
Kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa ketika ini terbukti gagal menghapuskan dan mengerunkan sindiket judi online. Ini kerana hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak berat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
Disebabkan hukuman yang terlalu ringan, sindiket perjudian terus bermaharajalela selama hampir 30 tahun. Kebanyakan yang terjebak dan ketagih berjudi terdiri daripada orang melayu dan lebih membimbangkan ia mempengaruhi golongan muda.

Diharap kerajaan melalui pihak berkuasa seperti PDRM, PBT dan Kementerian Wilayah Persekutuan dapat mengadakan perbincangan meja bulat bersama dengan pihak NGO dan masyarakat untuk memastikan aktiviti perjudian ini dapat dihapuskan sepenuhnya. - Admin 


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL