Showing posts with label CALLMAN. Show all posts
Showing posts with label CALLMAN. Show all posts

Friday, July 19, 2019

5093) “CALLMAN CURAH MINYAK? INI TAK BENAR!” TV. PPIM - 19/07/2019


Satu sidang media telah diadakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) bagi menyangkal dakwaan penggiat industri callman di negara ini adalah gangster jalanan. Sidang media turut dihadiri oleh Naib Presiden PERCAMAS, Iwan Radzuan. Tambah beliau, pengguna boleh memuat turun aplikasi PERCAMAS untuk respon yang lebih pantas serta mengenalpasti ahli PERCAMAS yang berdaftar melalui kad keahlian mereka. PERCAMAS dan PPIM menyeru kepada masyarakat di luar agar dapat bersama-sama melaporkan aduan di nombor hotline PERCAMAS sekiranya terdapat bukti atau video penipuan callman.


Artikel oleh: TV. PPIM

“CALLMAN CURAH MINYAK? INI TAK BENAR!”

5091) PPIM SOKONG PADU CALLMAN TUBUH PERCAMAS BANTU MANGSA KEMALANGAN - TV PPIM - 19/07/2019

5087) PERCAMAS BERI AMARAN PIHAK PAKSA TUNDA KENDERAAN - MALAYSIA GAZETTE - 19/08/2019


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menawarkan perkhidmatan menunda kenderaan secara paksa.
Naib Presiden PERCAMAS, Ewan Radzuan berkata, pertubuhan itu amat mementingkan kebajikan pengguna jalan raya dengan memberi pertolongan awal selepas kemalangan serta mengawal lalu lintas.
“Penggiat industri tidak sewajarnya memburukkan mana-mana pihak sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk pengguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ewan menegaskan keutamaan adalah untuk pengguna memastikan callman yang berurusan dengan mereka adalah ahli PERCAMAS.
Katanya, orang ramai perlu diberi kesedaran dan maklumat penting tentang perkara berkenaan bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan dan penindasan pihak berkepentingan apabila berlaku kemalangan.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah menggesa orang ramai menjadikan PERCAMAS sebagai tempat rujukan utama pengguna bagi memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran berpatutan.
PERCAMAS merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyedia dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli callman.
Pertubuhan ini menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang membantu pengguna jalan raya dan pihak berkuasa tempatan. 

Artikel oleh: Malaysia Gazette
PERCAMAS BERI AMARAN PIHAK PAKSA TUNDA KENDERAAN

Thursday, July 18, 2019

5084) PERCAMAS SANGKAL DAKWAAN CALLMAN GANGSTER JALANAN - SIDANG MEDIA PPIM - 18/07/2019

Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) memberi komitmen akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak towing yang tidak bertanggungjawab memaksa pemilik kenderaan menggunakan perkhidmatan mereka. 

Naib Presiden PERCAMAS, Ewan Radzuan berkata, pertubuhan itu amat mementingkan menjaga kebajikan pengguna jalan raya dengan memberi pertolongan awal selepas kemalangan dan mengawal lalu lintas. 

"Penggiat industri tidak sewajarnya memburukkan mana-mana pihak sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk pengguna," katanya di sidang media disini hari ini. 

Ewan menegaskan keutamaan adalah untuk pengguna memastikan callman yang berurusan dengan mereka adalah ahli PERCAMAS. 

PERCAMAS berharap dapat memberi kesedaran dan maklumat penting kepada pengguna jalan raya agar tidak menjadi mangsa penipuan dan penindasan apabila berlaku kemalangan. 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL