Showing posts with label Skim Cepat Kaya. Show all posts
Showing posts with label Skim Cepat Kaya. Show all posts
Friday, June 28, 2019
Thursday, June 27, 2019
5028) TERPIKAT LAYANAN ISTIMEWA, USAHAWAN TERPEDAYA SKIM PELABURAN CEPAT KAYA - BERNAMA - 27/06/2019
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Terpedaya dengan pakej pelancongan mewah dan layanan istimewa selama empat hari ke Kemboja termasuk diiring seseorang kononnya bergelar 'Jeneral' dari negara itu, seorang usahawan wanita hilang lebih RM44,000 akibat terjebak dalam sindiket pelaburan skim cepat kaya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 51, merupakan antara puluhan mangsa yang terpedaya dengan skim pelaburan itu, berkata beliau mengetahui mengenai pelaburan berkenaan melalui seorang ejen yang diperkenalkan oleh kenalan rakannya.
“Taktik yang digunakan mereka sangat licik kerana tidak menggunakan sebarang platform media sosial, sebaliknya melalui rangkaian kenalan iaitu kawan atas kawan.
“Ini termasuklah taktik dibawa bercuti ke Kemboja oleh pihak pelabur kononnya bagi melihat sendiri projek hartanah termasuk pelaburan berkaitan emas dan pegangan ekuiti dan modal syarikat swasta yang dibangunkan di sana selain diberi telefon berjenama,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Kata Zana, lawatan mereka di negara itu didakwa turut diiringi individu kononnya berpangkat ‘Jeneral’ malah kenderaan yang dinaiki diiringi oleh pasukan polis lengkap bersiren.
“Sudah tentu sesiapa pun pasti terpikat dengan layanan sebegitu sehingga membuatkan kami begitu yakin dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan pelaburan lumayan," katanya.
Mengulas lanjut, Zana menjelaskan nilai pelaburan minimum yang ditetapkan adalah RM4,500 atau satu bintang (star) sehingga 10 bintang dengan pulangan pelaburan 10 peratus akan diterima pada setiap bulan.
"Bagaimanapun, kami gagal mendapatkan wang pulangan selepas tiga bulan menjadi 'ahli'. Individu yang bertanggungjawab juga gagal dihubungi," katanya, yang melabur RM44,000.
Sementara itu, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sindiket pelaburan yang didakwa didalangi oleh seorang 'Datuk' itu sehingga kini telah mengakibatkan kerugian RM1.5 juta melibatkan 60 mangsa, kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak.
"Sindiket yang sudah bertapak sejak 2016 menyasarkan golongan bekerja berusia antara 35 dan 60 tahun. Kami bimbang dengan sindiket pelaburan yang masih berleluasa sehingga hari ini malah masih aktif mengiklankan skim tersebut, menyebabkan lebih ramai mangsa baharu ditipu," jelasnya.
-- BERNAMA
Artikel oleh: Bernama
TERPIKAT LAYANAN ISTIMEWA, USAHAWAN TERPEDAYA SKIM PELABURAN CEPAT KAYA
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1739777
Friday, February 2, 2018
4342) SLOT KOPI PANAS, SELAMAT PAGI MALAYSIA "SKIM CEPAT KAYA" - 1/2/18
Toqqi sebagai tetamu Slot Kopi Panas, Selamat Pagi Malaysia membincangkan topik ‘Skim Cepat Kaya’ bersama panel lain Dato Sri Mahadi Biz, Ketua Eksekutif Financial Genius Group dan Prof Madya Dr Fazli Sabri, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
Wednesday, January 17, 2018
4314) SKIM CEPAT KAYA INDAH KHABAR DARIPADA RUPA – KOSMO ONLINE – 17/1/18
BARU-BARU ini kita digemparkan dengan tangkapan ke atas dua individu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing melibatkan kerugian berjumlah RM1.56 juta.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 55 tahun yang merupakan pemilik dan pengurus syarikat pelaburan tersebut ditahan dalam serbuan di sebuah kedai haiwan yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.
Selain premis di Shah Alam, pihak polis turut menyerbu dua lagi premis syarikat tersebut di Melati Utama, Setapak, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
Dalam serbuan itu, pelbagai dokumen berkaitan termasuk sijil baka kucing telah dirampas.
Sebenarnya, sebelum serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa, isu berkaitan penipuan skim pelaburan kucing berkenaan terlebih dulu telah tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu.
Beberapa keping gambar mengenai keadaan kucing yang dikurung di dalam sangkar juga turut disiarkan yang menunjukkan haiwan berkenaan berada dalam keadaan tidak terurus termasuk ada yang kelihatan sakit sehingga mengundang kemarahan netizen.
Mengulas mengenai isu berkenaan, Pengerusi Biro Undang-Undang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan meja bulat antara pelabur dan pemilik syarikat berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu sebelum ini.
Pada pertemuan yang berlangsung pada 16 Disember lalu, pihak syarikat berkenaan telah bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada pelabur yang terlibat.
Tertipu
Namun selepas tarikh berkenaan, pihak syarikat berkenaan gagal dihubungi. Mereka seolah-olah tidak lagi berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
“Mungkin disebabkan itu, ada pelabur yang mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi.
PPIM menerima lebih daripada 80 aduan berkaitan penipuan skim pelaburan tersebut dengan nilai kerugian kasar dianggarkan mencecah hampir RM2 juta.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri ketika dihubungi berkata, skim pelaburan kucing tersebut menyamai skim pelaburan cepat kaya yang telah banyak dibongkar oleh pihak berkuasa.
“Sama ada skim itu menggunakan kucing, cacing, emas dan sebagainya, ia merupakan skim cepat kaya yang sebenarnya hanya indah khabar daripada rupa.
“Mereka hanya mengubah bentuk pelaburan itu, sedangkan modus operandi tetap sama iaitu menjadikan individu yang ingin kaya dengan cepat sebagai mangsa.
“Saya hairan mengapa masih ramai anggota masyarakat yang terpedaya untuk melabur dalam skim pelaburan seperti itu sedangkan telah banyak laporan di media mendedahkan kegiatan tersebut,” katanya.
Menurut Mohamad Fazli lagi, antara punca masih ada individu yang terpedaya dengan skim pelaburan seperti itu disebabkan kurang kesedaran terhadap penipuan melibatkan pelaburan selain tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Seseorang individu itu biasanya akan tertarik dengan pelan perniagaan yang dibentangkan oleh wakil syarikat pelaburan sehingga menyebabkan mereka sanggup mengeluarkan wang untuk melabur.
“Di atas kertas, memang pelan perniagaan tersebut nampak cantik dan menjanjikan pulangan yang berganda dalam tempoh masa tertentu.
“Jika lihat kepada keuntungan yang bakal diperoleh, siapa yang tidak mahu melabur.
“Hakikatnya, skim pelaburan seperti itu memang akan merugikan kerana ia bukanlah skim pelaburan yang sebenar,” katanya.
Selidik
Menurut Mohamad Fazli, individu yang ingin terlibat dalam mana-mana skim pelaburan seharusnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati dengan melakukan penyelidikan terlebih dulu terhadap skim yang ditawarkan.
Mereka juga perlu mempunyai ilmu asas berkaitan pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
“Itulah kelemahan kita iaitu tidak mahu melakukan semakan dan penyelidikan terlebih dahulu berhubung skim pelaburan yang ditawarkan.
“Nak melabur itu tidak salah tetapi sepatutnya ambil sedikit masa dan selidiklah terlebih dahulu latar belakang syarikat serta prestasi semasa pelaburan.
“Pastikan juga kita mempunyai pengetahuan asas mengenai aktiviti pelaburan sebelum melabur. Jangan hanya kerana ingin cepat kaya, harta yang ada digadai semuanya sehingga akhirnya bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran’,” katanya.
Artikel Oleh : Kosmo
SKIM CEPAT KAYA INDAH KHABAR DARI RUPA
Wednesday, October 11, 2017
4171) LEBIH 79,000 MANGSA SKIM CEPAT KAYA KONGSIMAKAN GAGAL BUAT ADUAN- HARIAN METRO – 11/10/17
Hanya 600 daripada 80,000 mangsa skim pelaburan KongsiMakan membuat aduan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini. Peguam, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, PPIM mengumpul maklumat mengenai mangsa untuk mendapatkan gambaran mengenai taktik licik penganjur skim.
Katanya, menerusi jawatankuasa berkenaan, lebih ramai pengadu digesa tampil untuk membuat aduan kerana ia membabitkan sejumlah besar wang dan mangsa yang ramai.
“Mereka boleh datang membuat aduan kepada kita tidak kira sama ada ahli PPIM atau tidak. Yang penting, kita kumpul maklumat sebanyak mungkin dan kita akan periksa terlebih dulu. “Dalam kes seperti ini, kita perlu beri tekanan menerusi peguam pemerhati semasa perbicaraan untuk membantu pendakwaan.
Maklumat yang kita ada nanti akan membantu peguam dalam kes ini,” katanya kepada Harian Metro. Hishamuddin berkata, disebabkan jumlah pengadu ramai, mungkin ia mengambil masa untuk melengkapkan siasatan kerana membabitkan soal aset dan sebagainya. Katanya, berdasarkan maklumat awal, penganjur skim dikatakan menjalani hidup mewah dan ia juga menjadi elemen siasatan pihak berwajib selepas ini.
“Kalau ia membabitkan aset yang banyak, pihak berwajib juga boleh meminta Bank Negara menyita semua aset sementara siasatan dilakukan secara menyeluruh,” katanya. Akhbar ini semalam melaporkan, semua ahli lembaga pengarah skim berkenaan mempunyai gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk palsu yang dijadikan umpan untuk memperdaya mangsa. Bukan itu saja, ada diantara mereka turut menggunakan gelaran ayahanda sebagai modal menarik minat peserta di seluruh negara.
Thursday, April 27, 2017
3667) Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya - MHI - 27/04/2017
27/4/2017 – Malaysia Hari Ini (MHI) - Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemuramah oleh MHI berkenaan topik Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya.
Manusia kini semakin berpendidikan berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada tahun 90-an. Telah banyak kempen-kenpen kesedaran bahayanya skim cepat kaya ini, namun masih ramai lagi yang terpedaya. Apakah puncanya?
Salah satunya adalah mereka mengambil jalan mudah dan cepat untuk memperolehi wang. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku walaupun telah banyak kes-kes penipuan terjadi di Malaysia.
Penipuan ini terjadi bukan dikalangan bangsa melayu sahaja. Malah, bangsa-bangsa lain juga ada yang terpedaya dengan skim cepat kaya ini.
Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih prihatin dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana skim terutamanya skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(477)
-
▼
November
(35)
- AKTIVITI | PERKUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH JPS WP...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN PPIM - 25/11/2026
- AKTIVITI | PERKONGSIAN SEJARAH PROF. DR. AZMI ARIF...
- AKTIVITI | GRAND MUFTI GATHERING BERSAMA SHEIKH AB...
- SATU KLIK BOLEH MENGUNDANG PADAH — WASPADA ANCAMAN...
- AKTIVITI | THE 28TH MALAYSIA FRANCHISE AWARD 2026 ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PE...
- AKTIVITI | PPIM DAN PERMODALAN KEDAH BERHAD TEROKA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA BAHAGIAN PEMAKA...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE ...
- AKTIVITI | INTERNATIONAL CONFERENCE: SUSTAINABILIT...
- AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MUZIUM POLIS - PPIM - 1...
- AKTIVITI | PROGRAM WACANA ILMU: DARI TANAH MELAYU...
- AKTIVITI | PERHIMPUNAN AGUNG PARTI PEJUANG TANAH A...
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(35)







