Thursday, June 27, 2019
5028) TERPIKAT LAYANAN ISTIMEWA, USAHAWAN TERPEDAYA SKIM PELABURAN CEPAT KAYA - BERNAMA - 27/06/2019
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Terpedaya dengan pakej pelancongan mewah dan layanan istimewa selama empat hari ke Kemboja termasuk diiring seseorang kononnya bergelar 'Jeneral' dari negara itu, seorang usahawan wanita hilang lebih RM44,000 akibat terjebak dalam sindiket pelaburan skim cepat kaya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 51, merupakan antara puluhan mangsa yang terpedaya dengan skim pelaburan itu, berkata beliau mengetahui mengenai pelaburan berkenaan melalui seorang ejen yang diperkenalkan oleh kenalan rakannya.
“Taktik yang digunakan mereka sangat licik kerana tidak menggunakan sebarang platform media sosial, sebaliknya melalui rangkaian kenalan iaitu kawan atas kawan.
“Ini termasuklah taktik dibawa bercuti ke Kemboja oleh pihak pelabur kononnya bagi melihat sendiri projek hartanah termasuk pelaburan berkaitan emas dan pegangan ekuiti dan modal syarikat swasta yang dibangunkan di sana selain diberi telefon berjenama,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Kata Zana, lawatan mereka di negara itu didakwa turut diiringi individu kononnya berpangkat ‘Jeneral’ malah kenderaan yang dinaiki diiringi oleh pasukan polis lengkap bersiren.
“Sudah tentu sesiapa pun pasti terpikat dengan layanan sebegitu sehingga membuatkan kami begitu yakin dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan pelaburan lumayan," katanya.
Mengulas lanjut, Zana menjelaskan nilai pelaburan minimum yang ditetapkan adalah RM4,500 atau satu bintang (star) sehingga 10 bintang dengan pulangan pelaburan 10 peratus akan diterima pada setiap bulan.
"Bagaimanapun, kami gagal mendapatkan wang pulangan selepas tiga bulan menjadi 'ahli'. Individu yang bertanggungjawab juga gagal dihubungi," katanya, yang melabur RM44,000.
Sementara itu, Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan berkata sindiket pelaburan yang didakwa didalangi oleh seorang 'Datuk' itu sehingga kini telah mengakibatkan kerugian RM1.5 juta melibatkan 60 mangsa, kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak.
"Sindiket yang sudah bertapak sejak 2016 menyasarkan golongan bekerja berusia antara 35 dan 60 tahun. Kami bimbang dengan sindiket pelaburan yang masih berleluasa sehingga hari ini malah masih aktif mengiklankan skim tersebut, menyebabkan lebih ramai mangsa baharu ditipu," jelasnya.
-- BERNAMA
Artikel oleh: Bernama
TERPIKAT LAYANAN ISTIMEWA, USAHAWAN TERPEDAYA SKIM PELABURAN CEPAT KAYA
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1739777
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2019
(851)
-
▼
June
(71)
- 5036) KES PENIPUAN SKIM CEPAT KAYA, RUGI PULUHAN J...
- 5035) 10% INTEREST PER MONTH, INVESTMENT, FALSE RE...
- 5034) 164 MANGSA DIPERDAYA SKIM PELABURAN RUGI LEB...
- 5033) 'USTAZ' LAGAK ALIM - HARIAN METRO - 28/06/2019
- 5032) TERPEDAYA PELABURAN PALSU - KOSMO - 28/06/2017
- 5031) DOKTOR PALSU PERDAYA 6,000 MANGSA - UTUSAN M...
- 5030) 40 INDIVIDU BERPUTIH MATA DITIPU SKIM PELABU...
- 5029) FEMALE ENTREPRENEUR LOSES RM44,000 IN GET-RI...
- 5028) TERPIKAT LAYANAN ISTIMEWA, USAHAWAN TERPEDAY...
- 5027) TERPEDAYA DENGAN PERWATAKAN 'USTAZ' - UTUSAN...
- 5026) SINDIKET PELABURAN PERDAYA MANGSA DENGAN PER...
- 5025) AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA 'ORANG TENGAH' N...
- 5024) PPIM SARAN TINDAKAN TEGAS PADA ‘ORANG TENGAH...
- 5023) KAWAL AKTIVITI ORANG TENGAH - KOSMO - 27/06/...
- 5022) PERJUMPAAN DENGAN JABATAN PENJARA MALAYSIA -...
- 5021) SINDIKET PENIPUAN PELABURAN KEMBALI BERLELUA...
- 5020) AUTHORITIES SHOULD EDUCATE DURIAN MIDDLEMEN ...
- 5019) AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA 'ORANG TENGAH' YAN...
- 5018) CUKAI PERNIAGAAN ONLINE BANTU KEMAJUAN NEGAR...
- 5017) PAK DUAN HILANG SABAR! "MEH SINI AKU BASUH O...
- 5016) "SAKIT JANTUNG TENGOK BIL, GILA APA MACAM NI...
- 5015) MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TEKUN NASIONAL - ...
- 5014) MAJLIS JALINAN UKHWAH AIDILFITRI PPZ-MAIWP 2...
- 5013) NASI LEMAK KOPI O' SETIAP JUMAAT BERSAMA TOQ...
- 5012) MAJIKAN "GAME" SAMPAI BANKRAP 72 JUTA! - TV....
- 5011) PPIM SAMBUT BAIK PENGAMBILALIHAN TOL KURANGK...
- 5010) PENCEMARAN UDARA BERULANG, APA TINDAKAN PIHA...
- 5009) PENCEMARAN GAS: PPIM KESAL KEJADIAN BERULANG...
- 5008) PPIM BANTAH KERAJAAN SUSULAN PENCEMARAN UDAR...
- 5007) “PPIM BANTAH PIHAK BERKUASA SUSULAN PENCEMAR...
- 5006) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKU...
- 5005) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 20/06/2019
- 5004) MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN PEMATUHAN ST...
- 5003) MAJLIS HARI RAYA 2019 CTOS - PPIM - 19/06/2019
- 5002) MESYUARAT PPIM BERSAMA JABATAN PENJARA DAN G...
- 5001) DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAUR...
- 5000) 'SAYA AKUR DAN TERIMA KASIH DBKL, MENTERI' -...
- 4999) DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN...
- 4998) DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAUR...
- 4997) DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN...
- 4996) TOQQI TURUN PADANG TINJAU TAPAK RESTORAN LAN...
- 4995) GESA WUJUD PUSAT SALUR MAKLUMAT - HARIAN MET...
- 4994) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JENAYAH JUDI...
- 4993) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS - SINAR HARI...
- 4992) MUDAHKAN RAKYAT BUAT ADUAN KEGIATAN JUDI - U...
- 4991) PPIM SOKONG IGP BANTERAS JUDI - TV PPIM - 17...
- 4990) TOKKI BERBINCANG DENGAN TNB - PPIM - 17/06/2019
- 4989) BANTERAS JUDI HARAM KE AKAR UMBI – PPIM - MA...
- 4988) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JUDI HARAM -...
- 4987) HATI-HATI AYAT MANIS 'ALONG' - HARIAN METRO ...
- 4986) “PPIM MAHU BERSAMA POLIS MEMBANTERAS SINDIKE...
- 4985) BICARA PENGGUNA: KITA RAYA - RTM - 14/06/2019
- 4984) "TOLONG! SAYA NAK MATI" - TV. PPIM - 14/06/2019
- 4983) MESYUARAT SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK AWAM...
- 4982) TOKKI SEMBANG SEMBANG RAYA 2019 - TV PPIM - ...
- 4981) MANGSA KELDAI AKAUN - KACA TV - 02/06/2019
- 4980) UCAPAN HARI RAYA DARIPADA AKTIVIS PPIM - TV ...
- 4979) BICARA PENGGUNA #KITARAYA - RTM - 14/06/2019
- 4978) KEMERIAHAN MAJLIS MESRA AIDILFITRI TNB 2019 ...
- 4977) MAJLIS MESRA AIDILFITRI PERINGKAT KORPORAT T...
- 4976) ALONG ANCAM PATAHKAN TANGAN - HARIAN METRO -...
- 4975) TELITI BALIK SOP PROSES PENGELUARAN SOCSO - ...
- 4974) SOKONG CADANGAN NAIKKAN GAJI ANGGOTA POLIS -...
- 4973) SEMAK SEMULA SOP PINTU UTAMA NEGARA - UTUSAN...
- 4972) BERBELANJA SAKAN SEMPENA RAYA - SINAR HARIAN...
- 4971) NAIK GAJI POLIS BOLEH ELAK PECAH AMANAH - MA...
- 4970) KOMEN TENGAHARI 7 JUN: KERETA KENA TARIK, AP...
- 4969) BAJU SEPASANG, 2 BALANG KUIH SAMBUT AIDILFIT...
- 4968) BANTUAN BAJU RAYA SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITR...
- 4967) TRAGEDI KEBAKARAN SUNGAI PENCALA DAPAT SUMB...
- 4966) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKU...
-
▼
June
(71)
No comments:
Post a Comment