Tuesday, June 11, 2019

4969) BAJU SEPASANG, 2 BALANG KUIH SAMBUT AIDILFITRI - MALAYSIA GAZETTE - 05/06/2019


KLANG – Sama seperti tahun-tahun lalu, Rohana Anna Abdullah bersama dua cucunya, Dayyan dan Diana Azman tetap mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri biarpun serba kekurangan.
Kehadiran MalaysiaGazette ke muka pintu rumahnya disambut senyuman walaupun terpancar rasa hiba di wajahnya.
Keuzuran rumahnya membuka mata kami betapa daifnya sambutan keluarga bekas peneroka Felda itu.
MGF29052019_TEMUBUAL ROHANA ANA ABDULLAH_12
Rohana Anna Abdullah menadah air hujan berikutan atap yang bocor ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Felda Bukit Cerakah, Klang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 MEI 2019 

Bumbung berlubang, dindingnya reput.
Di meja santapan, hanya dapat dilihat dua balang kuih semperit dan kuih makmur yang mampu dihidangkan  Anna kepada yang sudi mengunjungi rumah beliau.
Air pun sekadar cuma air sirap tanpa ais.
Bila ditanya khabar hanya titisan air mata Ana yang menjawab pertanyaan kami.
“Bukan tidak ada kuih tapi keutamaan adalah cucu dan rumah sahaja.
“Nak beli ayam buat rendang pun mak cik tak ada duit. Selalu cucu yang mintak buatkan rendang dan beli lemang pagi raya. Tapi mak cik hiba sebab kita kesempitan duit.
“Kalau pagi raya orang selalu makan rendang dengan lemang atau ketupat tapi kami pagi raya tidak dapat semua tu. Kesian cucu-cucu saya terpaksa tahan perut nak makan semua tu,” katanya kepada MalaysiaGazette.   

Rohana Anna Abdullah semasa mengemas barangan dapur yang usang ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Felda Bukit Cerakah, Klang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 MEI 2019

Berkat pertolongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), merasa jugalah keluarga itu sepasang baju baharu di pagi Aidilfitri.
Jelas wajah hiba itu bersyukur dengan bantuan yang diterima.
“Tidak perlulah untuk persalinan lain, kami pakai apa yang ada sahaja.
“Itu pun sudah cukup. Alhamdulillah,” cerita beliau yang sekali lagi menitiskan air mata.
Rohana Anna Abdullah menunjukkan keadaan atap zink yang bocor ketika temubual bersama Malaysia Gazette di Felda Bukit Cerakah, Klang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 MEI 2019

Kedaifan keluarga itu pernah dilaporkan MalaysiaGazette pada 23 Mei lalu.
Kepada yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB Bank milik PPIM yang bernombor 8001230731 dan tuliskan ‘Rumah Anna’ pada rujukan pemindahan wang atau datang sendiri ke rumah mereka di alamat No 72, Jalan 18, Felda Bukit Cerakah, Kapar, 42200, Klang Selangor. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette

BAJU SEPASANG, 2 BALANG KUIH SAMBUT AIDILFITRI


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL