Showing posts with label DATUK HISHAMUDDIN HASHIM. Show all posts
Showing posts with label DATUK HISHAMUDDIN HASHIM. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

4302) SKIM PELABURAN KUCING, PPIM MAHU TINDAKAN UNDANG-UNDANG – BERITA HARIAN ONLINE – 11/1/18



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu sebuah syarikat yang menganjurkan program skim pembiakan dan penempatan kucing dikenakan tindakan undang-undang selepas didakwa menipu dan menyebabkan kerugian besar kepada pesertanya.
Keputusan ini dibuat selepas tiada tindakan daripada pemilik syarikat itu untuk melangsaikan bayaran ganti rugi kepada peserta program yang mengadu kepada PPIM.
Antara bentuk tindakan itu termasuk bekerjasama dengan polis untuk menyiasat program berkenaan dan membuat tuntutan sivil kepada pemiliknya.
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata menerusi rundingan tiga penjuru PPIM, pengadu dan pemilik syarikat pada 16 Disember lalu bersetuju akan membayar ganti rugi kepada pengadu.
“Namun sejak pertemuan itu, pemilik syarikat berkenaan gagal dihubungi untuk mendapatkan perkembangan pembayaran berkenaan,
“Beliau juga tidak cuba untuk berhubung dengan PPIM. Kita berasakan beliau tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Rundingan tiga penjuru berkenaan turut disiarkan secara langsung (live) di Facebook dan viral di Youtube.
Difahamkan program mirip sebuah pelaburan yang menawarkan peluang menjana pendapatan dengan menjual anak kucing itu mula mendapat perhatian umum selepas tular di sosial media beberapa bulan lalu.
Peserta program berkenaan mendakwa ditipu selepas tidak mendapat keuntungan penjualan anak kucing, selain berlakunya pengabaian kebajikan haiwan berkenaan hingga dijangkiti penyakit dan mati.
Hishamuddin berkata, pengadu mendakwa tiada veterinar bertauliah di syarikat berkenaan untuk merawat dan melakukan pembedahan di kedai haiwan kesayangan itu.
“PPIM sudah merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana ada pengadu mendakwa aktiviti rawatan dan pembedahan haiwan berkenaan tidak dilakukan oleh veterinar.
“Pengadu mengesyaki banyak kucing sakit dan mati akibat diabaikan oleh pemilik kedai haiwan berkenaan,” katanya.
Katanya, PPIM menerima kira-kira 85 aduan dengan anggaran nilai kerugian kasar mencecah hampir RM2 juta.

Artikel Oleh : Berita Harian
SKIM PELABURAN KUCING, PPIM MAHU TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Wednesday, October 11, 2017

4171) LEBIH 79,000 MANGSA SKIM CEPAT KAYA KONGSIMAKAN GAGAL BUAT ADUAN- HARIAN METRO – 11/10/17



Hanya 600 daripada 80,000 mangsa skim pelaburan KongsiMakan membuat aduan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini. Peguam, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, PPIM mengumpul maklumat mengenai mangsa untuk mendapatkan gambaran mengenai taktik licik penganjur skim.
Katanya, menerusi jawatankuasa berkenaan, lebih ramai pengadu digesa tampil untuk membuat aduan kerana ia membabitkan sejumlah besar wang dan mangsa yang ramai.
“Mereka boleh datang membuat aduan kepada kita tidak kira sama ada ahli PPIM atau tidak. Yang penting, kita kumpul maklumat sebanyak mungkin dan kita akan periksa terlebih dulu. “Dalam kes seperti ini, kita perlu beri tekanan menerusi peguam pemerhati semasa perbicaraan untuk membantu pendakwaan.
Maklumat yang kita ada nanti akan membantu peguam dalam kes ini,” katanya kepada Harian Metro. Hishamuddin berkata, disebabkan jumlah pengadu ramai, mungkin ia mengambil masa untuk melengkapkan siasatan kerana membabitkan soal aset dan sebagainya. Katanya, berdasarkan maklumat awal, penganjur skim dikatakan menjalani hidup mewah dan ia juga menjadi elemen siasatan pihak berwajib selepas ini.
“Kalau ia membabitkan aset yang banyak, pihak berwajib juga boleh meminta Bank Negara menyita semua aset sementara siasatan dilakukan secara menyeluruh,” katanya. Akhbar ini semalam melaporkan, semua ahli lembaga pengarah skim berkenaan mempunyai gelaran Datuk Seri, Datuk Paduka dan Datuk palsu yang dijadikan umpan untuk memperdaya mangsa. Bukan itu saja, ada diantara mereka turut menggunakan gelaran ayahanda sebagai modal menarik minat peserta di seluruh negara.

Friday, August 18, 2017

3996) PUSAT TAHANAN YANG AMAT KOTOR DAN MENJIJIKKAN - PPIM - 18/8/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima jumlah aduan yang banyak daripada pengadu yang pernah ditahan di pusat tahanan yang mengatakan keadaan tempat tahanan tersebut berada dalam keadaan yang amat menyedihkan, memalukan dan dianggap bertentangan dengan ajaran Islam sepertimana Malaysia sebagai negara yang agama rasminya Islam.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan berkata pihaknya banyak menerima aduan mengenai pusat tahanan yang sangat kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat untuk beribadat.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.21.34
“Kita bukan hendak menunding jari atau menuduh siapa-siapa di dalam hal ini, tetapi perkara yang melibatkan isu kebersihan ini sangat penting kerana kita adaalah negara Islam” kata beliau pada sidang media PPIM hari ini.
Tambahan beliau, sikap layanan semasa di pusat tahanan adalah sama rata antara pesalah dan tidak bersalah. “Bukan semua orang di dalam lock up bersalah kerana ada yang ditahan di dalam hanya untuk membantu siasatan sahaja” jelas beliau.
Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa orang yang ditangkap oleh pihak Polis tidak semestinya bersalah dan tidak sepatutnya diletakkan di tempat yang sama dengan orang yang bersalah.
“ Jangan disebabkan undang-undang kita lupa pada kemanusiaan” tegas beliau
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.40
Turut hadir bersama President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin. “Saya pernah ditahan di penjara Israel dan apabila saya masuk ke penjara mereka tidaklah lawa tetapi keadaan di dalam sana amat bersih berbanding dengan penjara tempat kita yang sangat kotor” katanya.
“Kami mengambil berat akan perkara ini, apabila keadaan penjara yang terlalu kotor maka masalah kesihatan boleh terjejas.” Beliau turut menyatakan sekiranya pihak berkuasa memerlukan bantuan dari pihak NGO mengenai perkara tersebut boleh duduk berbincang bersama mereka.
“ Saya pernah ke dalam sana (lock up), keadaan di dalam sana amatlah kotor, berbau busuk dan tidak sesuai untuk dibuat tempat sembahyang.,” kata Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.22.35
“ Orang masuk penjara untuk berubah tetapi bila keluar jadi makin teruk sebab suasana dan layanan yang tidak beperikemanusiaan dan perlu ada satu agensi ditubuhkan yang tugasnya adalah untuk menjaga penjara dan kebersihannya,” Yusuf berkata.
Beliau turut memohon kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Di Dalam Negeri, Ketua Polis Negeri dan Daerah untuk melihat kembali perkara ini.
Di akhir sidang media terbabit, Datuk Nadzim Johan meminta kepada pihak berkenaan untuk memantau perkara ini dengan serius dan mengatakan pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau perkara ini.
WhatsApp Image 2017-08-18 at 15.51.16

Friday, July 28, 2017

3974) PPIM nak jumpa IGP, akui 'merajuk' dengan polis - Malaysia Kini - 28/7/2017

Snapshot(2)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima teguran Ketua Polis Negara, Tan Sri Polis Khalid Abu Bakar berhubung tindakannya menyerbu premis syarikat pajakan kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad baru-baru ini.
Bagaimanapun, ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mahu satu perbincangan diadakan bersama Khalid supaya masalah yang sama membabitkan skim pajakan kereta tidak berulang.
"Saya pun dari keluarga polis, takkanlah saya nak bergaduh dengan polis.
"Cuma kita minta polis kasihanlah dekat kita. Kita ini nak bantu (pemilik kereta) dan mungkin kita boleh adakan satu kaedah di mana kita boleh buat aduan terus kepada pihak tertentu di Bukit Aman.
"Mungkin kita dapat duduk dengan IGP mencari satu kaedah bagi memudahkan semua pihak supaya lain kali tak jadi lagi perkara itu," kata Nadzim kepada Malaysiakini.
Nadzim berkata demikian mengulas kenyataan Khalid kelmarin yang menasihati PPIM supaya mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak di luar batas.
Menurut Khalid, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh PPIM dan syarikat pajakan kereta berkenaan.
'Nak merajuk'
Mengulas lanjut, Nadzim berkata pihaknya telah cuba sebaik mungkin bagi menyelesaikan perkara tersebut namun tetap dianggap salah.
"Kita tak tahu nak buat apa. Buat itu tak betul, buat ini tak betul. Kita nak rehatlah, tak payah buat apa-apa. Kita nak merajuklah kalau begitu," kata Nadzim berseloroh.
Kata Nadzim, PPIM begitu berharap agar agensi yang terlibat turut sama dalam menyelesaikan perkara tersebut.
"Kita buat bukan dapat duit pun bahkan duit penunda kereta ini kita pula yang kena tanggung. Jadi, kita harapkan agensi yang terlibat ini buatlah tindakan segera dan tak perlu tunggu laporan, nak tunggu orang (pemilik kereta) bankrap," tegas Nadzim.
Sebelum ini, PPIM didakwa menceroboh AGR dengan alasan untuk membantu pemilik kereta yang didakwa teraniaya dengan skim pajakan kereta.
Modus operandi syarikat tersebut menggunakan kaedah sambung bayar kenderaan menerusi satu perjanjian yang didakwa tidak menguntungkan pemiliknya.
Pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.
https://www.malaysiakini.com/news/389973

Thursday, July 27, 2017

3972) PPIM perlu patuh undang-undang, kata IGP - Malaysia Kini - 27/7/2017

Snapshot
Ketua Polis Negara Tan Sri Polis Khalid Abu Bakar menasihati Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya mematuhi undang-undang negara dan tidak bertindak di luar batas.
Beliau mengulas tindakan PPIM yang mahu memburu pengusaha skim pajakan kereta di Seri Kembangan atas alasan bagi membela nasib pengguna yang teraniaya.
“Saya nasihatkan semua termasuk PPIM supaya mematuhi undang-undang.
“Kalau kita tak ada kuasa untuk melakukan apa juga tindakan, kita janganlah buat,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru kes tersebut.
Khalid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Menurut Khalid, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh PPIM dan syarikat pajakan kereta berkenaan.
“Sepertimana yang kita umumkan siasatan telah dijalankan oleh satu task force untuk melihat kedua-dua lapran polis dari kedua-dua pihak ataupun semua pihak jadi biarlah kita selesaikan siasatan itu dulu,” katanya.
Sebelum ini, PPIM didakwa menceroboh premis sebuah syarikat di Seri Kembangan dengan alasan bagi membantu pemilik kereta yang didakwa teraniaya dengan skim pajakan kereta.
Modus operandi syarikat tersebut menggunakan kaedah sambung bayar kenderaan menerusi satu perjanjian yang didakwa tidak mendatangkan sebarang nilai kepada pemiliknya.
Pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.
Kekecohan pada 11 Julai lalu itu menjadi viral selepas video aktivis PPIM membantu mangsa mendapatkan semula kereta tersebar luas di media sosial.
Video tersebut memaparkan bagaimana aktivis PPIM berdepan dengan kakitangan syarikat terbabit melibatkan insiden perang mulut, merobohkan pagar premis dan mengambil semula kereta milik mangsa.
https://www.malaysiakini.com/news/389705

3971) SIASAT DALANG - HARIAN METRO - 27/7/2017

harian metro 27.7.2017
Kuala Lumpur - Individu dikenali sebagai Raja Samsul yang didakwa dalang isu penipuan isu pajakan kenderaan kini dalam perhatian polis
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya menjalankan siasatan berdasarkan laporan atas individu terbabit yang didakwa pencetus masalah ramai mangsa dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR).
Menurutnya, polis bertindak mengikut laporan dan meneruskan siasatan jika ada laporan polis berhubung isu pajakan kereta itu.
“ kita akan nilai semula laporan baru yang diterima, manakala polis menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya mengenai siasatan berkaitan pencerobohan dilakukan.
“ Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi isu yang dapat memecahbelahkan keselamatan awam dan berharap kes ini tidak dipanjangkan. Malah, pemilik sudah mendapat kenderaan masing-masing hasil perbincangan kedua-dua pihak,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPK), di sini, semalam.
Asisten komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kajang yang baru bagi mengantikan Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan yang dinaikan pangkat dan bertukar jawatan ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. Mazlan mengingatkan orang ramai supaya memahami terma dan syarat perjanjian sewa beli bagi mengelakkan salah faham.
“ Katanya, mereka perlu memastikan perjanjian menepati undang-undang sedia ada dan tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Isnin lalu, lebih 30 pemilik kenderaan hadir bersama-sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membatalkan kontrak pajakan kenderaan dan mendapatkan semula kenderaan masing-masing selepas perbincangan dengan wakil persatuan  dan wakil syarikat.
Lima kereta diambil semula oleh pemajak dan 53 kunci pendua diserahkan kepada mereka.
Dikatakan kemungkinan wujud skim penipuan membabitkan pemilik AGR terdahulu menyebabkan pemajak terpaksa menangung kerugian didalangi individu dikenali sebagai Raja Samsul.

3970) TAK ADA KUASA JANGAN BUAT, KATA IGP KEPADA PPIM - MALAYSIAN DIGEST - 26/07/2017

Tak Ada Kuasa Jangan Buat Kata IGP Kepada PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diminta untuk mematuhi undang-undang negara, demikian gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau juga turut menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) itu menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.
Beliau mengulas tindakan PPIM yang mahu memburu pengusaha skim pajakan kereta di Seri Kembangan atas alasan bagi membela nasib pengguna yang teraniaya.
“Saya nasihatkan semua termasuk PPIM supaya mematuhi undang-undang.
“Kalau kita tak ada kuasa untuk melakukan apa juga tindakan, kita janganlah buat,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru kes tersebut.
Khalid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Menurut Khalid yang dipetik Malaysiakini, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan polis yang dibuat oleh PPIM dan syarikat pajakan kereta berkenaan.
“Sepertimana yang kita umumkan siasatan telah dijalankan oleh satu task force untuk melihat kedua-dua laporan polis dari kedua-dua pihak ataupun semua pihak jadi biarlah kita selesaikan siasatan itu dulu,” katanya.
Sebelum ini, PPIM didakwa menceroboh premis sebuah syarikat di Seri Kembangan dengan alasan bagi membantu pemilik kereta yang didakwa teraniaya dengan skim pajakan kereta.
Modus operandi syarikat tersebut menggunakan kaedah sambung bayar kenderaan menerusi satu perjanjian yang didakwa tidak mendatangkan sebarang nilai kepada pemiliknya.
Pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.
Kekecohan pada 11 Julai lalu itu menjadi viral selepas video aktivis PPIM membantu mangsa mendapatkan semula kereta tersebar luas di media sosial.
Video tersebut memaparkan bagaimana aktivis PPIM berdepan dengan kakitangan syarikat terbabit melibatkan insiden perang mulut, merobohkan pagar premis dan mengambil semula kereta milik mangsa.

3969) AGR DIBERI TEMPOH SEMINGGU - UTUSAN MALAYSIA - 27/07/2017

utusan malaysia 27.7.2017
AGR diberi tempoh seminggu Jenayah Utusan Online
KUALA LUMPUR 26 Julai – Sya­rikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. diberi tempoh seminggu untuk memulangkan kunci-kunci pemilik kenderaan yang dipajak bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi mangsa.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi (gambar) berkata, syarikat itu telah memberi jaminan terhadap semua pemajak yang terlibat dan tidak akan menuntut sebarang bayaran ganti rugi.
“AGR sudah berjanji untuk membantu semua mang­sa dengan memulangkan semula kunci mereka malah kedua-dua belah pihak juga tidak akan meminta sebarang bayaran ganti rugi.
“Setakat ini, kita masih beri peluang memandangkan terdapat lebih 1,000 kunci dan lokasi kenderaan yang belum diketahui dan sekiranya dalam minggu ini tiada sebarang penyelesaian, laporan polis akan dibuat serta-merta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, AGR telah bersetuju menyerahkan lima buah ken­deraan dan 53 kunci kereta kepada pemajak-pemajak yang terlibat.
Tambah Yusuf, PPIM berharap AGR memberi kerjasama sepenuhnya dan menepati janji yang diberikan sebelum ini.
“Kalau boleh kita ingin menyelesaikan masalah ini dan menutup kes ini dengan segera,” katanya.

3968) SEDIA SIASAT 'RAJA SAMSUL' - METRO ONLINE - 26/07/2017

Sedia siasat Raja Samsul Harian Metro
DAKWAAN mengenai lelaki dikenali sebagai 'Raja Samsul' menjadi dalang penipuan isu pajakan kenderaan antara pemilik dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) akan disiasat polis jika ada laporan mengenainya.
 
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan akan dibuat berdasarkan laporan yang diterima.
"Kita harap isu itu (pajakan kenderaan antara pemilik kenderaan dengan AGR) tidak dipanjangkan lagi berikutan matlamat pemajak untuk dapatkan kenderaan mereka sudah dibincangkan oleh kedua-dua pihak (Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan AGR).
"Bagaimanapun, jika ada laporan mengenai isu ini lagi polis sedia untuk terus menjalankan siasatan ," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.
Asisten Komisioner Ahmad Dzahffir Mohd Yussof dilantik Ketua Polis Daerah Kajang menggantikan Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang.
Menurutnya, kertas siasatan mengenai pencerobohan di stor penyimpanan kenderaan AGR sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau menasihati orang ramai supaya prihatin dengan lokasi penyimpanan kenderaan yang disewa beli dengan syarikat kewangan.
"Menjadi kesalahan mengikut Akta Sewa Beli jika pengguna menyimpan kenderaan di tempat lain selain alamat yang sudah termaktub dalam perjanjian dengan syarikat kewangan berkenaan," katanya.
Isnin lalu, PPIM dan AGR sepakat untuk menyelesaikan isu pajakan kereta dengan memulangkan semua kereta dan kunci pendua kepada pemajak.
Isu itu selesai selepas PPIM berunding lebih tiga jam di pejabat AGR untuk menuntut hak pengguna.
Hasil rundingan, lima kereta dan 53 kunci pendua milik pemajak diserahkan semula selain pemajak dibenarkan membuat pembatalan kontrak.
Ketika perbincangan itu juga timbul nama 'Raja Samsul' yang didakwa sebagai pemilik lama AGR dan dalang penipuan pajakan kereta di syarikat berkenaan.

Tuesday, July 25, 2017

3964) RAJA SAMSUL DICARI - HARIAN METRO - 25/7/2017

harian metro 25.7.2017 2
PPIM, AGR DAPAT JALAN PENYELESAIAN BANTU NASIB PEMILIK KENDERAAN
Pemilik kenderaan boleh membatalkan kontrak pajakan kenderaan yang dibuat dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) sekali gus mendapat semula kenderaan mereka selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan perbincangan bersama syarikat itu, semalam.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, lebih 50 pemilik kenderaan hadir bersama PPIM bagi menuntut semula kenderaan mereka di pejabat AGR di Seri Kembangan.
“Perbincangan ini diadakan secara damai dan pihak AGR menerima baik kehadiran kami. Selepas berbincang, kami menemui jalan penyelesaian di mana pemajak boleh mengambil semula kenderaan dan kunci pendua mereka sebelum dibenarkan untuk membatalkan kontrak.
“Hari ini (semalam), lima kereta diambil semula oleh pemajak dan 53 kunci pendua diserahkan kepada mereka (pemajak),” katanya.
Menurutnya, kemungkinan terdapat skim penipuan yang membabitkan pemilik AGR terdahulu menyebabkan pemajak terpaksa menanggung kerugian.
“Kita diberitahu, Ketua Pegawai Eksekutif AGR Datuk Seri C Kamaleshwaran baru mengambilalih syarikat ini, 1 Mei. Oleh itu, kami akan cuba mencari dalang penipuan yang dikenali sebagai ‘Raja Samsul’ bagi menjelaskan isu kerugian yang ditanggung pemajak,” katanya.
Kamaleshwaran yang ditemui selepas perbincangan itu berkata, dia sedia kerjasama dengan pemajak untuk memberikan maklumat mengenai penyewa bagi menuntut semula kenderaan mereka.
“Ia di luar bidang kuasa saya jika penyewa enggan menyerahkan semula kereta kerana bukan saya yang membatalkan kontrak sebaliknya pemajak.
“Justeru, pemajak boleh membuat laporan mengenai hal itu. Jika pemajak mahu ambil semula kereta, saya tidak dapat menghalang mereka.
“Saya akan serahkan semula kunci dan kenderaan yang ada pada saya hari ini jika si pemajak menuntut hak mereka,” katanya.
Menurutnya, dia akan cuba menghubungi pemilik syarikat lama untuk membantu menyelesaikan masalah yang dilakukan sebelum ini.
“Saya dan PPIM akan bekerjasama untuk mencari Raja Samsul bagi menyelesaikan masalah kenderaan lain yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.
“Kami akan berjumpa dengannya untuk mengambil kereta pajakan termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Sementara itu, pemajak kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Shahirah, 26, berkata, dia berjaya mendapatkan semula Proton Iriz dipajaknya.
“Sudah lama saya mahu mengambil semula kereta ini kerana saya tidak pernah memandunya selepas ia dibeli kerana terus dipajak kepada AGR untuk mendapatkan untung.
“Bagaimanapun, masih ada dua kenderaan milik saya yang tidak ditemui dan saya perlu mencari penyewa selepas batalkan kontrak dengan AGR,” katanya ketika ditemui.
KEMELUT PPIM, AGR SELESAI
Serdang: Polis menutup siasatan isu dakwaan penipuan pajakan kereta yang dikemukakan oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) terhadap Auto Trade Sdn Berhad (AGR) selepas kes itu dirujuk sebagai kes sivil.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan kes itu sudah selesai sebaik perjumpaan diadakan kedua-dua pihak di pejabat AGR di Seri Kembangan di sini, semalam.
“Siasatan kes itu sudah selesai dan ia dirujuk sebagai kes sivil. Pemilik kenderaan kena ambil tindakan sivil terhadap syarikat terbabit.
“Justeru, kami (polis) menutup siasatan kes berkenaan,” katanya.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, pihaknya memantau rapi kes berkenaan termasuk turun padang bagi memastikan perjumpaan kedua-dua pihak yang dijalankan semalam, berjalan lancar.
“Kehadiran kami di lokasi perjumpaan itu bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan perbincangan berjalan lancar.
“Sepanjang perjumpaan itu, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung aduan kegagalan pemilik kereta menuntut semula kereta dipajak kepada AGR seperti didakwa PPIM.

3963) PPIM, AGR CAPAI KATA SEPAKAT - SINAR HARIAN - 25/7/2017

sinar harian 25.7.2017
Seri Kembangan - Perbincangan empat jam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  dan syarikat pajak kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad semalam berhubung dakwaan menganiya pemilik kenderaan itu akhirnya mencapai kata sepakat.
PPIM dan ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad, Datuk Seri C Kamaleshwaran bersetuju bekerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pemajak kereta (mangsa) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, kesepakatan itu bagaimanapun tidak bermaksud isu yang berlaku sudah selesai selagi kesemua mangsa belum mendapatkan kenderaan masing-masing.
"Hubungan baik ini bertujuan memudahkan kerja kedua-dua pihak dan harap mangsa tidak lepas tangan atas kerjasama ini," katanya.
Semalam, PPIM dan beberapa pemilik kereta yang didakwa ditipu oleh AGR Auto Trade Holding Berhad hadir ke ibu pejabat syarikat terbabit untuk menuntut kenderaan mereka.
Rundingan yang diketuai Yusuf pada awalnya berjalan dengan aman kemudian menjadi tegang setelah berlaku beberapa percanggahan pandangan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Aminuddin Megat Alias bersama pegawainya turut hadir ketika perbincangan tersebut berlangsung.
Anggota polis juga berkawal sepanjang proses perbincangan tersebut.
Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dalam usaha menyelesaikan perkara itu, pihak AGR juga bersetuju menyerahkan senarai kereta milik mangsa yang ada dibawah pengurusan mereka.
"Hari ini (semalam) mereka menyerahkan lima kereta dan 53 kunci kepada mangsa. Mangsa telah berjanji sejak awal lagi jika AGR setuju kembalikan kereta, mereka tidak mahu menuntut sebarang ganti rugi.
CARI PENGURUSAN AWAL
Sementara itu, Kamaleshwaran berkata, PPIM diketuai Yusuf datang dengan cara yang baik.
"Kita bersetuju dengan apa maklumat tentang pemajak kereta yang ada disini, saya akan serahkan. Kalau pemajak nak buat laporan polis terpulanglah, kita tidak dapat mengarahkan pembebasan kereta lain kerana ia berada dibawah perjanjian sewa dengan pihak lain.
"Selain itu, kita telah membuat laporan polis minggu lalu terhadap pengurusan lama syarikat ini sebelum diambil alih,"katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah mengambil alih syarikat pajakan ini sejak Mei lalu dan syarikat itu kini dipengerusikan oleh isterinya.
Manakala, Megat Aminuddin ketika dihubungi berkata, kes ini merupakan kes sivil.
"Siasatan telah pun selesai dan perkara ini terpulang kepada pemilik kereta untuk mengambil tindakan atau tidak kerana membabitkan kes sivil," katanya.

3962) PEMAJAK, AGR CAPAI KATA SEPAKAT - UTUSAN MALAYSIA - 25/7/2017

utusan malaysia 25.7.2017
Kuala Lumpur 24 Julai - Pertelingkahan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mewakili pemajak kenderaan dengan syarikat pajak kereta AGR Auto Trade Sdn Bhd berhubung skim pajakan kereta yang didakwa menganiya pemilik kenderaan sejak dilaporkan pada 10 Julai lalu akhirnya mencapai kata sepakat hari ini.
Dalam perbincangan yang bermula pukul 11.30 pagi ini, syarikat pajakan berkenaan bersetuju menyerahkan lima kenderaan dan 53 kunci kereta kepada pemilik.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata. perbincangan selama hampir empat jam itu merupakan satu titik permulaan ke arah penyelesaian berkenaan masalah pajakan kereta.
"Ini adalah satu titik permulaan ke arah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah pemajak (Mangsa) dan mudah-mudahan dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh AGR adalah satu perkara yang menepati janji.
"Mangsa ini dibantu seperti yang dijanjikan dan saya harap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan tohmahan mengenai AGR," katanya dalam sidang akhbar di hadapan syarikat AGR dekat sini hari ini.

3958) PPIM BERJAYA, MANGSA DAPAT SEMULA KERETA - MSTAR - 24/07/2017

PPIM Berjaya Mangsa Dapat Semula Kereta Berita Semasa mStar
PETALING JAYA: Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR) pada pagi Isnin bagi menyelesaikan kemelut antara pemilik kereta dengan syarikat terbabit.
Kata Yusuf, pihak PPIM hadir bagi menemani mangsa untuk mengambil kunci pendua untuk membantu mereka mendapatkan kembali kereta dan bukannya bertujuan untuk melakukan provokasi.
"Harap tidak berlaku pertelingkahan, hanya datang nak berdamai dan ambil kunci," ujarnya.
Ketika rundingan tersebut, Yusuf mencadangkan agar laporan hitam putih dibuat oleh semua pihak yang terlibat untuk rujukan masa akan datang.
"Bila dah bagi pada pemilik kereta, pastikan mereka buat satu laporan dan setiap kereta perlu ada sekurang-kurangnya tiga laporan yang merekodkan kereta sudah dipulangkan.
"Satu laporan daripada tuan (AGR), mangsa dan penyewa. Kalau tuan bersetuju, perkara ini tidak akan berpanjangan," katanya kepada AGR melalui rakaman penstriman langsung di Facebook.
Difahamkan, pihak PPIM sudah diingatkan oleh pihak polis agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika proses rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak.
Terdahulu, isu mengenai perkara ini tercetus apabila 23 pemilik kereta mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.
Mereka tampil bagi menuntut semula kenderaan masing-masing yang ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan kenderaan di Kajang, Selangor.
 Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/24/ppim-berunding/#jpTBssYCoUJOFwoQ.99

3955) PPIM SERBU PEJABAT AGR : KES CAPAI KATA SEPAKAT - SINAR ONLINE - 24/07/2017

PPIM serbu pejabat AGR Kes capai kata sepakat Semasa Sinar Harian
SERI KEMBANGAN - Akhirnya, perbincangan dan pertemuan hampir empat jam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan syarikat pajak kereta, AGR Auto Trade Holding Berhad berhubung dakwaan menganiaya pemilik kenderaan itu akhirnya mencapai kata sepakat.
Dalam perbincangan di pejabat AGR, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi hari ini, syarikat pajakan itu setuju menyerahkan lima buah kenderaan dan 53 kunci kereta kepada pemilik.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi berkata, perbincangan selama hampir empat jam itu merupakan satu titik permulaan ke arah penyelesaian berkenaan masalah pajakan kereta.
 Menurutnya, hari ini PPIM datang dengan cara yang baik untuk berbincang perkara ini.
 
"Ini adalah satu titik permulaan ke arah penyelesaian untuk selesaikan masalah pemajak (mangsa) dan mudah-mudahan dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh AGR adalah satu perkara yang menepati janji.
"Mangsa-mangsa ini dibantu seperti yang dijanjikan dan saya harap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan perkara-perkara mengenai AGR," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima penjelasan dari AGR dan ini adalah satu pendekatan yang bagus.
Katanya, AGR sudah maklum kepada kami bahawa mereka akan memberikan senarai kereta yang ada pada mereka selain akan buat laporan polis sekali lagi mengatakan bila tarikh mereka ambil-alih syarikat tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad, Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, pihaknya tidak menafikan bahawa hari ini PPIM yang diketuai Yusof Azmi datang dengan cara yang baik.
"Kita telah bersetuju dan apa maklumat tentang pemajak kereta yang ada di sini, saya akan serahkan. Kalau pemajak hendak buat laporan polis itu terpulang mereka, kita tidak dapat mengarahkan pembebasan kereta lain kerana ia berada di bawah perjanjian sewa dengan pihak lain.
Jelasnya, pihaknya akan bekerjasama dengan PPIM untuk mencari pihak pengurusan awal syarikat pajakan ini.
"Kita akan cari dan jumpa dengannya untuk dapatkan maklumat lanjut berhubung kereta-kereta lain termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri lain.
"Selain itu, kita juga telah buat laporan polis minggu lalu terhadap pengurusan lama syarikat ini sebelum syarikat ini diambil alih," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan telah mengambil alih syarikat pajakan ini sejak May lalu dan syarikat itu kini dipengerusikan oleh isterinya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi berkata, kes ini merupakan kes sivil.
"Siasatan telah pun selesai dan ini terpulang kepada pemilik kereta untuk ambil tindakan atau tidak kerana ia adalah kes sivil," katanya ringkas.
Terdahulu, dilaporkan  PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi seorang lelaki bergelar Datuk Seri.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa sebarang nilai.
"Pemilik kenderaan dijanjikan kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan," katanya.
Seramai 23 pemilik kenderaan yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan berkumpul di sebuah premis simpanan kereta itu pada 10 Julai lalu, bagi menuntut semula kenderaan mereka yang ditemui di lokasi berkenaan yang diketuai Yusuf.
Berita selanjutnya di http://www.sinarharian.com.my/semasa/ppim-serbu-pejabat-agr-kes-capai-kata-sepakat-1.707798

3953) DI MANA RAJA SAMSUL? - MYMETRO - 24/07/2017

                                                Di mana Raja Samsul METROTV Harian Metro
KEMELUT pemilik kenderaan dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) berhubung isu pajakan kereta diselesaikan secara baik hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

 Bagaimanapun, muncul satu lagi 'watak' dikatakan sebagai pemilik lama AGR yang didakwa punca kepada masalah berkenaan.

 Justeru, PPIM, 'AGR baru' dan pemilik kenderaan meminta Raja Samsul tampil menyelesaikan masalah pembayaran dan pemulangan semula kenderaan yang dipajak kepada syarikat AGR yang diuruskannya sebelum diambil alih oleh pemilik baru.

 Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, pihaknya akan berusaha mencari Raja Samsul bagi membantu pemilik kenderaan yang memajak kenderaan kepada 'AGR lama'.

 Katanya, sebelum Ketua Pegawai Eksekutif AGR Datuk Seri C Kamaleshwaran mengambil alih AGR pada 1 Mei lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Raja Samsul menguruskan syarikat itu.

 "Justeru, banyak penipuan yang berlaku menyebabkan pemajak terpaksa menanggung hutang yang tertunggak dengan bank walaupun penyewa membayar sewa bulanan kepada AGR lama," katanya.

 Menurutnya, AGR sudah memulangkan 5 kenderaan milik pemajak dan 53 kunci pendua kepada pemilik kenderaan hari ini. Kamaleshwaran berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai Raja Samsul pada Jumaat lalu.

 "Kami juga terpaksa tanggung kerugian selepas mengambil alih syarikat ini di mana banyak pemajak meminta semula kereta dan mahu ganti rugi.

 “Ganti rugi tidak dapat diberi tetapi mereka boleh mengambil semula kereta yang ada dengan saya serta kunci pendua," katanya.

 Harian Metro menyiarkan secara langsung pertemuan berkenaan di Facebook (FB) Live Harian Metro. Di penghujung pertemuan, Yusuf memohon maaf jika ada salah silap dan bersalaman serta berpelukan dengan lelaki yang dipanggil 'ayah' dan ‘Datuk’ daripada AGR dan bersalaman dengan Kamaleshwaran sebagai tanda mahu bersama-sama menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

 Sebelum ini, isu pajakan kenderaan itu hangat diperkatakan apabila PPIM terpaksa membantu mendapatkan semula kenderaan pemajak.

 Sementara itu, pemajak kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shahirah, 26, berkata, dia berjaya mendapat semuka kereta Proton Iriz yang dipajaknya.

 "Sudah lama saya mahu mengambil semula kereta ini kerana saya tidak pernah memandunya selepas beli kerana dipajak kepada AGR .

 "Bagaimanapun masih ada dua kenderaan yang tidak dapat ditemui dan saya perlu mencari penyewa selepas batalkan kontrak dengan AGR," katanya.

  Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/247350/di-mana-raja-samsul-metrotv

Monday, July 24, 2017

3952) PPIM jumpa syarikat pajak kereta - Sinar Online - 24/7/2017

Snapshot
SERI KEMBANGAN - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) dan beberapa pemilik kereta yang didakwa ditipu oleh penipuan pajakan kenderaan tiba di ibu pejabat syarikat itu, dekat sini, untuk menuntut pembebasan kenderaan mereka.
Kehadiran kira-kira jam 11.30 pagi tadi diketuai oleh aktivis utama PPIM Yusuf Azmi.
Rundingan yang awalnya berlangsung dengan aman kemudian bertukar sedikit tegang apabila berlaku pelbagai pandangan dan pendapat daripada pihak syarikat pajakan, PPIM dan pemilik kereta.
 Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megar Aminuddin Megat Alias bersama pegawainya turut tiba ketika perbincangan tersebut berlangsung.
Sehingga jam 1 petang, proses perbincangan masih berjalan selain pihak syarikat pajakan yang difahamkan telah menyerahkan borang penamatan kontrak kepada pemilik kereta.
Selain itu, anggota polis turut berkawal sepanjang proses perbincangan tersebut berjalan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ppim-jumpa-syarikat-pajak-kereta-1.707576

Saturday, July 22, 2017

3947) Kerjasama PPIM, ANGKASA Mampu Martabatkan Hak Pengguna - Perak Today - 22/7/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil initiatif untuk berganding bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan menandatangani satu Memorandum Persefahaman antara dua organisasi ini bagi membawa kebaikan dan kemudahan kepada pengguna di Malaysia serta menjalinkan kerjasama baik berkaitan hal ehwal undang-undang koperasi dan ahli-ahli koperasi.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad(ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata pendekatan itu diambil bagi membanteras kes-kes penganiayaan terhadap pengguna yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Malah katanya, PPIM dan ANGKASA turut menyatakan bahawa kerjasama yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi dari segi khidmat nasihat dan sebagainya.
“ANGKASA mempunyai lebih dari 8 juta ahli dan turut menggerakkan koperasi lain dibawah mereka yang dianggarkan lebih 18 ribu keseluruhannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PPIM kerana sudi bekerjasama dengan mereka. “Harapan kami di pihak ANGKASA ialah berharap pihak PPIM dapat memberi kerjasama baik dengan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim turut menerangkan bahawa tujuan utama kerjasama dilaksanakan bersama pihak ANGKASA adalah untuk mewujudkan satu insuran luar biasa untuk koperasi pengguna.
“Ada koperasi yang mempunyai insuran tetapi tidak boleh melawan dengan insuran yang kami akan memperkenalkan kerana terdapat 9 faedah,” jelas beliau lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa PPIM bakal mempunyai koperasinya sendiri dalam masa terdekat ini yang diberi nama Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim turut menyatakan bahawa ahli koperasi PPIM dan ANGKASA turut mempunyai kelebihan lain iaitu mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari segi aspek undang-undang.
“Kita di sini akan membantu ahli-ahli bawah koperasi dengan adanya 25 orang peguam dibawah PPIM,” jelasnya.
Turut hadir bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’Nadzim Johan, bagi mengulas sidang media ini dengan harapan supaya semua pengguna di Malaysia bersama-sama melibatkan diri dan menyokong usaha dua organisasi ini.
“Insyallah kita akan mewujudkan Halal Factory Outlet di dalam masa terdekat ini, dan saya menyeru dan mengajak semua orang di luar sana termasuk ahli koperasi untuk turut serta dan menyokong usaha ini,”katanya di penghujung majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan, hubungi sekretariat di 0136116666 atau 0193591000.

Friday, July 21, 2017

3945) SIDANG MEDIA : KERJASAMA STRATEGIK DIANTARA PPIM DAN ANGKASA DALAM ISU KEPENGGUNAAN DAN UNDANG-UNDANG - PPIM - 21/7/2017

Bagi terus bergerak demi kepentingan para pengguna, satu usaha dilaksanakan gandingan bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Justeru itu, satu Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara dua organisasi ini bagi membawa kebaikan dan kemudahan kepada pengguna di Malaysia serta menjalinkan kerjasama baik berkaitan hal ehwal undang-undang koperasi dan ahli-ahli koperasi.
WhatsApp Image 2017-07-21 at 15.21.44
Mengulas perkara tersebut, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama diantara PPIM dan ANGKASA mampu memartabatkan hak pengguna yang sering ditindas sejak akhir-akhir ini. Beliau turut menyatakan kerjasama yang dilaksanakan mampu memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi dari segi khidmat nasihat dan sebagainya.
Tambahnya lagi, ANGKASA mempunyai lebih dari 8 juta ahli dan turut menggerakkan koperasi lain dibawah mereka yang dianggarkan lebih 18 ribu keseluruhannya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PPIM kerana sudi bekerjasama dengan mereka.
WhatsApp Image 2017-07-21 at 15.21.18
“ Harapan kami di pihak ANGKASA ialah berharap pihak PPIM dapat memberi kerjasama baik dengan kami,” katanya.
“Kita di persatuan mengambil berat mengenai isu kepenggunaan ini,” jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim .
Beliau turut menerangkan bahawa tujuan utama kerjasama dilaksanakan bersama pihak ANGKASA adalah untuk mewujudkan satu insuran luar biasa untuk koperasi pengguna.
WhatsApp Image 2017-07-21 at 15.22.16
“Ada koperasi yang mempunyai insuran tetapi tidak boleh melawan dengan insuran yang kami akan memperkenalkan kerana terdapat 9 faedah,”jelas beliau lagi.
Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa PPIM bakal mempunyai koperasinya sendiri dalam masa terdekat ini yang diberi nama Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin Hashim turut menyatakan bahawa ahli koperasi PPIM dan ANGKASA turut mempunyai kelebihan lain iaitu mendapat khidmat nasihat dan pandangan dari segi aspek undang-undang.
“Kita di sini akan membantu ahli-ahli bawah koperasi dengan adanya 25 orang peguam dibawah PPIM,” jelasnya.
WhatsApp Image 2017-07-21 at 15.21.58
Turut hadir bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, bagi mengulas sidang media ini dengan harapan supaya semua pengguna di Malaysia bersama-sama melibatkan diri dan menyokong usaha dua organisasi ini.
“Insyallah kita akan mewujudkan Halal Factory Outlet di dalam masa terdekat ini, dan saya menyeru dan mengajak semua orang di luar sana termasuk ahli koperasi untuk turut serta dan menyokong usaha ini,”katanya di penghujung majlis yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
WhatsApp Image 2017-07-21 at 15.21.26

3944) PPIM SEDIA SALUR MAKLUMAT BANTU PASUKAN KHAS - UTUSAN MALAYSIA - 21/7/2017

WhatsApp Image 2017-07-21 at 16.02.21
Kuala Lumpur 20 Julai- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan syarikat pajakan kenderaan di Kajang yang dimiliki individu yang bergelar ‘Datuk Kabi’
Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Yusuf Azmi berkata, selain polis dan Suruhjaya Pencegahan Rasuah  (SPRM) , Bank Negara Malaysia (BNM) perlu campur tangan menyiasat harta dimiliki usahawan tersebut.
“ Saya menyokong usaha polis untuk menubuhkan pasukan khas dan berharap siasatan dalam dijalankan secara terperinci sehingga ke akar umbi. Ramai yang mendakwa menjadi magsa syarikat tersebut dan kerugian yang ditanggung bukanlah sedikit.
“ Dia ‘Datuk Kabi’ cuba mengelak dan mendakwa syarikat tersebut dimiliki oleh isterinya. Sekiranya dakwaan tersebut benar, wanita tersebut perlu tampil membantu siasatan ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bahawa polis akan menubuhkan pasukan khas bagi meneliti setiap laporan berhubung kes penipuan yang didakwa melibatkan syarikat pajakan kereta milik ‘Datuk Kabi’.
Muhamad Yusuf berkata, pihaknya telah menerima lebih 200 aduan baharu yang mendakwa ditipu syarikat pajakan kereta, AGR Auto Trade Sdn.Bhd. Melalui skim pajakan kenderaan.
“ Aduan bukan sahaja diterima oleh orang Melayu , namun ada juga mangsa dalam kalangan kaum Cina dan India. PPIM bukan sahaja membantu orang melayu sebaliknya kita menghulurkan bantuan kepada semua pihak tanpa mengira agama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau yakin penubuhan pasukan khas itu dapat mengumpulkan lebih banyak bukti berkaitan kes tersebut.
“ Tidak mustahil selepas ini lebih ramai mangsa yang akan tampil membuat laporan dan mahukan pembelaan. Sekiranya memerlukan maklumat kita boleh membantu kerana PPIM juga mahu pihak bersalah menerima hukuman sewajarnya,” katanya.

Thursday, July 20, 2017

3941) 'Pawn-My-Car' Scheme: Police Set Up Special Probe Team - Bernama - 19/7/2017

WhatsApp Image 2017-07-20 at 15.13.10
KUALA LUMPUR, July 19 (Bernama) -- The police are to set up a special team to look into every police report made by victims who were allegedly cheated by a 'Pawn-My-Car' scheme company in Seri Kembangan, Selangor, said Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
He said the team would comprise Selangor police chief Datuk Mazlan Mansor, Selangor CID chief SAC Fadzil Ahmat, District Police chiefs and investigating officers.
"I will personally chair the special team meeting next Monday," he said at a press conference on the 24th Departmental Review of the Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities here today.
Noor Rashid called on the owners of the vehicles, who were victims, to be patient and to let the police to carry out investigations before proper action was taken.
"We need to examine each agreement signed between the vehicle owner and the company so that a fair decision can be made."
"So, all victims are asked to be patient because the police will take action and ensure that the parties involved will be assisted under the law," he said.
On July 10, about 30 car owners with several Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) activists allegedly broke the company's vehicle store gate locks with the intention of retrieving their vehicles, resulting in a commotion.
PPIM was also reported to have claimed that the police did not take action over the complaints by the victims of the company. Subsequently, an executive of the company also lodged a police report on the same day.
On a different issue, Noor Rashid said the three-day 24th Departmental Review of the Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities which ended today emphasised security issues in border areas including terrorism, firearms trafficking, drug trafficking and cyber crime.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1374171

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL