https://www.youtube.com/watch?v=Nkh5j2bFbd4
Showing posts with label MHI. Show all posts
Showing posts with label MHI. Show all posts
Wednesday, December 23, 2020
6175) AKTIVITI | TOQQI DI RANCANGAN MALAYSIA HARI INI, TV3 - PPIM - 23/12/2020
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersiaran di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 yang membincangkan topik daging import dan pemalsuan logo Halal.
Tuesday, December 22, 2020
6174) PROMO | SAKSIKAN TOQQI DI MALAYSIA HARI INI, 23 DISEMBER, TV3 - PPIM - 22/12/2020
Saksikan perkongsikan #LIVE menarik di Malaysia Hari Ini bersama Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia) mengenai topik:
Daging Import | Pemalsuan Logo Halal
Hari : Rabu
Tarikh : 23 Disember 2020
Jam : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi
#PPIM #PerjuanganBersamaDemiPengguna #kitajagakita #PPIMMembelaHakDanMaruah #MHI #mhitv3 #MalaysiaHariIni #TV3
Monday, September 23, 2019
4305) BEKAS PESALAH DIBERI PELUANG KEDUA | MHI - TV3 - 22/09/2019
Malaysia Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa, kesihatan serta isu-isu viral untuk menjana pemikiran masyarakat.
#MalaysiaHariIni
#MHI
Artikel oleh: TV3MALAYSIA Official
BEKAS PESALAH DIBERI PELUANG KEDUA | MHI
Thursday, April 27, 2017
3667) Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya - MHI - 27/04/2017
27/4/2017 – Malaysia Hari Ini (MHI) - Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemuramah oleh MHI berkenaan topik Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya.
Manusia kini semakin berpendidikan berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada tahun 90-an. Telah banyak kempen-kenpen kesedaran bahayanya skim cepat kaya ini, namun masih ramai lagi yang terpedaya. Apakah puncanya?
Salah satunya adalah mereka mengambil jalan mudah dan cepat untuk memperolehi wang. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku walaupun telah banyak kes-kes penipuan terjadi di Malaysia.
Penipuan ini terjadi bukan dikalangan bangsa melayu sahaja. Malah, bangsa-bangsa lain juga ada yang terpedaya dengan skim cepat kaya ini.
Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih prihatin dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana skim terutamanya skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa.
Monday, April 3, 2017
3586)WUJUDKAN MEKANISMA PENETAPAN HARGA MINYAK – MALAYSIA HARI INI – 3/4/2017
3 April 2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan ditemuramah berkenaan Penetapan Harga Syiling Petrol dan Diesel Secara Mingguan di Malaysia Hari Ini @ TV3 pagi tadi.
Kini, antara mekanisma yang digunakan oleh Malaysia adalah “Automatic Pricing Mechanism” (APM) dimana kebanyakkan negara-negara luar telah pun menggunakan sistem ini.
Dari sudut PPIM, PPIM melihat bahawa mekanisma baru ini adalah yang baik. Namun, ia juga mempunyai kesan negatif nya tersendiri. Bedasarkan aduan-aduan yang dibuat oleh pemilik stesen minyak adalah mereka terpaksa menanggung beban dan ada juga terpaksa meminjam Ahlong untuk terus bertahan. Ini adalah kerana margin yang diperolehi oleh pengusaha-pengusaha adalah rendah. Oleh itu, mungkin perlu ada bantuan ataupun kerjasama yang lebih dari diantara syarikat-syarikat pengusaha minyak itu sendiri.
Syarikat minyak tidak perlu mempunyai sikap “Kiasu” dimana mereka mengaut keuntungan hanya untuk kumpulan mereka sahaja. Sikap ini perlu diubah supaya industri lebih sihat. Syarikat minyak perlu mengawal margin penjualan minyak kerana jika tiada pengawasan yang betul, ia mampu membunuh pengusaha-pengusaha stesen minyak yang kecil atau diluar bandar. Untuk menyelamatkan keadaan ini, syarikat minyak perlu mengekalkan margin supaya syarikat minyak kecil boleh bertahan dalam industri ini.
Seorang pengusaha stesen minyak, Puan Zati Abdullah mengatakan bahawa impaknya sangat besar kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak kerana penurunan harga yang mendadak telah mengakibatkan pengusaha-pengusaha menanggung jumlah kerugian yang banyak.
Harapan PPIM agar syarikat minyak tertentu dapat lebih bertanggungjawab dalam menjaga pengusaha-pengusaha stesen minyak dibawah mereka supaya industri ini lebih berkembang maju.


Wednesday, March 8, 2017
3540) Temubual MHI@TV3 Topik : Kepenggunaan Skim Pelaburan Tipu bersama mangsa/pengadu PPIM Puan Siti raziah binti salman - 8/3/2017

8 Mac 2017 - Hari ini, rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) menjemput Toqqi dalam rancangannya yang bertajuk Skim Pelaburan Tipu bersama pengadu PPIM, Puan Siti Raziah Binti Salman.
Disini, PPIM menasihatkan agar pengguna diluar sana hendaklah lebih berhati-hati dengan Skim Pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pelaburan.
Siasat terlebih dahulu latar belakang syarikat dan pelaburan yang ingin dilakukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Tuesday, January 10, 2017
Friday, December 16, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(463)
-
▼
November
(21)
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(21)





















