Showing posts with label NASI LEMAK KOPI O. Show all posts
Showing posts with label NASI LEMAK KOPI O. Show all posts

Thursday, September 19, 2024

NASI LEMAK KOPI O (2024) | PREMIS TERBENGKALAI UNDANG GEJALA NEGATIF - TV9MALAYSIA - 19/09/2024

 

Topik:

1. Isu: Premis Terbengkalai Undang Gejala Negatif

2. Satu Rumah Satu Keperluan

Sebuah program bual bicara yang mengetengahkan gaya hidup kontemporari serta mengangkat ikon-ikon tempatan yang menarik. Saksikan Nasi Lemak Kopi O musim baharu bersama gabungan hos yang versatil seperti Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi dan dimeriahkan lagi dengan Heliza Helmi, Barr Zaizan, Affizza Azmi, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

#NasiLemakKopiO #NasiLemakKopiO2024

Sumber: TV9MALAYSIA Official (YouTube)

https://www.youtube.com/watch?v=WFgGvYHDDG4

Friday, August 9, 2019

5160) BERKORBAN ATAU TERKORBAN, MEMBONGKAR SINDIKET PENIPUAN - KACA TV - 09/08/2019

Kuala Lumpur, 04 August 2019 (Ahad) - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Akademi Darul Muhibbin menganjurkan sesi Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ Cafe Western Food Keramat.
Sehubungan itu, satu sesi dialog diadakan dengan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan selaku panelis dan Ustaz Ahmad Shadan Alhadrami sebagai moderator mengupas dan menerangkan penipuan yang sering PPIM mendapat aduan dari masyarakat.




Artikel oleh: Kaca TV

BERKORBAN ATAU TERKORBAN, MEMBONGKAR SINDIKET PENIPUAN


5159) MAJLIS NASI LEMAK KOPI O' BERSAMA TOQQI - PPIM - 09/08/2019

Majlis Nasi Lemak Kopi O' dimeriahkan dengan kehadiran rakan2 strategik PPIM dan rakan niaga serta usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan masing-masing.

Aktiviti mingguan ini diharap dapat merapatkan ukhwah sesama umat Islam.

Sementara itu, kami warga PPIM mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini. Bagi yang pulang ke kampung, selamat pergi dan pulang, berhati-hati di jalan raya.

Kepada yang berada di tanah suci, kami mendoakan anda semua mendapat Haji yang Mabrur dan semoga semua urusan dipermudahkan dan kalian sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa. Aamiin...

Selamat Hari Raya Aidiladha 2019.

Monday, August 5, 2019

5129) ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM - SINAR HARIAN - 04/08/2019


KUALA LUMPUR - Aduan kes ah long meningkat selepas musim perayaan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Nadzim berkata, peminjam memohon pertolongan PPIM selepas tidak mampu membuat pembayaran.

Menurutnya, ada kes melibatkan peminjam perlu menjelaskan hutang hingga puluhan ribu ringgit sedangkan pinjaman yang dibuat hanyalah RM1,000.

"Bila ah long tak dibanteras, mereka menjadi semakin garang, menggunakan gangsterisme, ugutan sehingga ada kes libatkan kematian.

"Saya harap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador maklum dengan isu ini dan akan ada usaha membanteras penipuan ah long," katanya sebagai panel pada program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat di sini hari ini.

Pengerusi Akademik Darul Muhibbin, Ahmad Shadan Alhadrami bertindak sebagai moderator dalam sesi dialog yang berlangsung selama dua jam itu bermula jam 9 pagi.

Nadzim berkata, setiap hari PPIM menerima lebih 50 aduan melibatkan kes penipuan dan scam serta pinjaman ah long.

"Kita jangan terpedaya, orang yang nak menipu ini sepuluh langkah ke depan dari kita. Mereka tak bawa kita ke pejabat dan menggunakan nombor telefon palsu.

"Bila semak nombor telefon, ia didaftarkan oleh orang lain. Inilah yang berlaku bila undang-undang diambil mudah dan penipuan terus berlaku," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian 

ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM


5127) SIFAT TAMAK PENGGUNA DITIPU PENIAGA ATAS TALIAN - TV PPIM - 04/08/2019

5126) NASI LEMAK KOPI O @ PZ CAFE WESTERN FOOD KERAMAT - PPIM - 05/08/2019

Telah berlangsung semalam, program "Nasi Lemak Kopi O" di PZ Cafe Western Food Keramat.

Tajuk : BERKORBAN ATAU TERKORBAN 'Membongkar Penipuan & Scammer'.

Moderator : Ustaz Ahmad Bin Shadan Alhadrami (Penasihat Agama Biro Dakwah PPIM).

Panel : Toqqi, Ketua Aktivis PPIM.

Turut serta Jemaah Balai Polis Hulu Klang.


Nasi Lemak / Kopi O disediakan, anjuran :

Akademi Darul Muhibbin
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Zainal Canopy AU3


5125) NASI LEMAK KOPI O DIPUJI PENGGUNA - TV PPIM - 02/08/2019

Friday, March 29, 2019

4862) NASI LEMAK KOPI O BERSAMA TOQQI DI RESTORAN ALI MAJU - SRI RAMPAI - 29/3/19


Majlis silaturrahim mingguan "Nasi Lemak Kopi O" di Restoran Ali Maju, Sri Rampai. Terima kasih kepada Dato' Jawahar Ali, pemilik Restoran Ali Maju menyediakan tempat yang selesa dan makanan yang sedap kepada tetamu-tetamu dan rakan-rakan PPIM yang hadir.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mahu dilapangkan (dimurahkan) baginya rezeki (dalam keberkatan) atau dipanjangkan umur (dalam keberkatan) maka hubungkanlah tali silaturahim,” - Bukhari dan Muslim.







Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.

Friday, March 22, 2019

4850) NASI LEMAK KOPI BERSAMA TOQQI DI ALI CAFE TOMYAM SEAFOOD - PPIM - 22/3/19

Majlis silaturahim mingguan Nasi Lemak Kopi O dan doa selamat diadakan di Restoran Ali Cafe Tomyam, Jalan Pantai Baharu. Jamuan makan ini disertai beberapa rakan & aktivis PPIM serta pemilik Restoran Ali Cafe iaitu Ali Syed Mohamed. Program santai ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan.Turut hadir Setiausaha Agong PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman. 

Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.





























Friday, March 15, 2019

4842) MAJLIS DOA SELAMAT SERTA TAHLIL RINGKAS – PPIM – 15/3/19

Majlis doa selamat dan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Hasbullah di kediaman toqqi. Turut hadir tetamu-tetamu nasi lemak kopi o yang diadakan setiap hari Jumaat.







Friday, March 8, 2019

4835) MAJLIS SILATURAHIM MINGGUAN 'NASI LEMAK KOPI O' DAN BACAAN DOA SELAMAT - PPIM - 8/3/19

Majlis silaturahim mingguan  "Nasi Lemak Kopi O" di kediaman Ketua Aktivis PPIM, toqqi. Turut serta aktivis PPIM dan tetamu yang lain bagi menyempurnakan bacaan doa selamat dan tahlil ringkas.

Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.














PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL