Showing posts with label PRODUK MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label PRODUK MUSLIM. Show all posts

Tuesday, June 3, 2025

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE AL-ULUM iMART & CAFE - PPIM - 01/06/2025

1 Jun 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan lawatan ke Al-Ulum iMart & Cafe bertempat di Kajang, Selangor.

Al-Ulum merupakan peneraju produk terunggul Halalan Toyyiban, 100% Halal yang diasaskan oleh Ustaz Maulana Jalaluddin Al Hafiz Abdul Rahman.

Saturday, December 26, 2020

6185) TERTIPU?! KENA GAME DENGAN PRODUK 'MUSLIM'. SIAP ADA TULISAN JAWI LAGI! - TV.PPIM - 25/12/2020


Mudahnya kita tertipu selama ni!

Korang boleh bezakan tak antara produk Muslim dengan produk bukan Muslim, berdasarkan logo produk sahaja?

Kadang-kadang kita sendiri pun tertipu dengan logo. Ada tulisan jawi, lepas tu siap guna nama Islamik lagi, tapi rupa-rupanya produk keluaran bukan Muslim! 🤣🤣🤣

Kali ni, PPIM ‘test’ orang kita sendiri! Tahu ke tidak mereka ni nak bezakan antara produk keluaran Muslim dengan yang bukan berdasarkan logo saja. Ada yang sampai terkebil-kebil tak boleh nak jawab. Huhuhu!

Apa lagi?! Jom teka sekali sambil layan gelagat mereka dalam video kali ini!


"Mari Berjuang Bersama Kami!"
.
Mari bersama kami memperjuangkan golongan tertindas: https://sumbangan.ppim.org.my/
dan LIKE page https://www.facebook.com/ppim.official
.
Sumbangan daripada anda akan membolehkan kami membantu lebih ramai mereka yang terjejas.
.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 013-2262 444 atau 019-359 1000 dan dapatkan pelbagai info kami di laman web PPIM: https://www.ppim.org.my/
.

#PPIM#Advokasi#PenggunaMuslim#BMF#ProdukMuslim#TVPPIM#PerjuanganBersamaDemiPengguna#PPIMMembelaHakDanMaruah


Artikel oleh: TV.PPIM

TERTIPU?! KENA GAME DENGAN PRODUK 'MUSLIM'. SIAP ADA TULISAN JAWI LAGI!

https://www.youtube.com/watch?v=5Dt2kIq5n7I

Saturday, November 23, 2019

5516) AKTIVITI | PERASMIAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PEMBEKALAN PRODUK KE PASAR MINI LESONG MART 2020 - PPIM - 23/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi hari ini merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Pembekalan Produk ke Pasar Mini Lesong Mart 2020 anjuran Lesong Mart di Kelab Darul Ehsan.

Barangan keluaran pengusaha Muslim kini menjadi keutamaan bagi pengguna Islam khususnya di Malaysia. Kewujudan dan campuran pelbagai barangan daripada pengusaha bukan Muslim dan pengusaha Muslim di satu ruang jualan menjadi keraguan kepada kebanyakan pengguna Islam yang amat menitik beratkan kesucian dan halalnya sesuatu produk. 

Justeru itu, Pasar Mini Lesong Mart mengambil satu langkah kehadapan dengan mengumpulkan dan mempromosikan 300 pengusaha Muslim dan produk keluaran Muslim pada satu ruang jualan. Inisiatif ini diambil bagi memudahkan pengguna Islam mendapatkan produk halalan toyyiban. 




Friday, August 2, 2019

5123) NASI LEMAK KOPI O BERSAMA TOQQI - PPIM - 02/08/2019

Sesi "Nasi Lemak Kopi O" hari ini meriah dengan pengenalan kepada banyak produk yang diusahakan oleh peniaga Muslim.

Turut hadir Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato Rahim Osman dari Yayasan Peneraju Keusahawanan, Ustaz Johari Morad dari GISB, dan ramai lagi penggiat industri yang sama-sama menyokong usahawan yang membayar zakat. 

Semoga semua usahawan Muslim akan terus berjaya dan menawan sektor perniagaan masing-masing.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL