Saturday, November 23, 2019

5516) AKTIVITI | PERASMIAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PEMBEKALAN PRODUK KE PASAR MINI LESONG MART 2020 - PPIM - 23/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi hari ini merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Pembekalan Produk ke Pasar Mini Lesong Mart 2020 anjuran Lesong Mart di Kelab Darul Ehsan.

Barangan keluaran pengusaha Muslim kini menjadi keutamaan bagi pengguna Islam khususnya di Malaysia. Kewujudan dan campuran pelbagai barangan daripada pengusaha bukan Muslim dan pengusaha Muslim di satu ruang jualan menjadi keraguan kepada kebanyakan pengguna Islam yang amat menitik beratkan kesucian dan halalnya sesuatu produk. 

Justeru itu, Pasar Mini Lesong Mart mengambil satu langkah kehadapan dengan mengumpulkan dan mempromosikan 300 pengusaha Muslim dan produk keluaran Muslim pada satu ruang jualan. Inisiatif ini diambil bagi memudahkan pengguna Islam mendapatkan produk halalan toyyiban. 




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...