Monday, November 25, 2019

5521) ORANG MELAYU DIHINA MELAMPAUI BATAS – PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 23/11/2019


KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini dihina melampaui batas menerusi pelbagai bentuk, kata Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Justeru itu orang Melayu, katanya, perlu berubah bagi memastikan taraf lebih tinggi agar tidak lagi dihina sesuka hati.
“Orang-orang bukan Islam hina kita luar biasa tak akan kita nak terus dihina jadi kita kena berubah,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembekalan Produk Ke Pasar Mini Lesong Mart 2020.
Apa yang perlu dilakukan, khususnya dalam kalangan peniaga Melayu, adalah membantu antara satu sama lain agar dapat mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik.
Jelasnya, kesepaduan dan saling bantu-membantu kaum Melayu baru-baru ini terbukti dapat dilakukan apabila kempen beli barangan Muslim dahulu atau Buy Muslim First (BMF).
“Walaupun banyak isu sebelum ini, namun alhamdulillah ia (BMF) membawa impak luar biasa kepada produk Melayu,” tambahnya.
Pada majlis itu, Pasar Mini Lesong Mart menandatangani MoU dengan beberapa pengeluar produk Muslim bagi membekalkan produk mereka di pasaraya tersebut pada tahun depan. -MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette 
ORANG MELAYU DIHINA MELAMPAUI BATAS – PPIM

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL