Showing posts with label PERASMIAN. Show all posts
Showing posts with label PERASMIAN. Show all posts

Tuesday, April 21, 2026

AKTIVITI | PERASMIAN BIG BOS CAFE & MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BIGBOS FAMILY 188 - PPIM - 18/04/2026

18 April 2026 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah menghadiri jemputan untuk merasmikan pembukaan Big Bos Cafe serta majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bigbos Family 188 yang berlangsung di Taman Setia, Rawang, Selangor.

Friday, August 22, 2025

AKTIVITI | AVOCAKE PUKIS & DELIGHT BY ELEGANCE GROUP LANCAR PRODUK HILIRAN TERBAHARU BERASASKAN SANTAN - PPIM - 22/08/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Terbaharu Avocake Pukis & Delight dari syarikat Elegance Global Trading Sdn Bhd bertempat di UTC Angsana Seremban, Ruang Legar Lobby, Plaza Ampangan, Seremban.

Majlis ini menyaksikan pelancaran produk hiliran inovatif berasaskan santan, sebagai sebahagian daripada usaha Avocake Pukis & Delight untuk memperkenalkan pilihan hidangan moden, enak dan mesra pelanggan kepada masyarakat.

Avocake Pukis & Delight diterajui oleh Pengarah Urusan, Dr. Shamsiah Yaakob. Mini kafe ini menawarkan hidangan tradisional dari Kota Baru, Jogjakarta, Indonesia, serta pelbagai pilihan minuman berasaskan buah avocado yang dipelbagaikan.

Saturday, October 12, 2024

AKTIVITI | WELLNESS CONFERENCE BERSAMA THE KL SKY CLINIC - PPIM - 12/10/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput merasmikan program Wellness Conference anjuran The KL Sky Clinic di MAHSA Avenue International College, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan perkongsian pandangan terkini dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan yang disampaikan oleh Dr Roland Victor dan Dr Shashi Kumar.

Wednesday, September 18, 2024

16092024 SAMBUTAN MAULIDUL RASUL, HARI MALAYSIA & MAJLIS PERASMIAN PERSATUAN PENDUDUK - AATV RAKYAT NEWS - 16/09/2024

 

16 September 2024

• Sambutan Maulidul Rasul & Hari Malaysia serta Majlis Perasmian Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs Fasa 2, Kajang.

#harimalaysia #maulidurrasul #persatuanpenduduk #tamankoperasicuepacs #kajang #parlimenbangi #syahredzanjohan #nadzimjohan #toqqi_ppim #PPIM #Podcast #DemiRakyat #SembangKopiAA #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #isusemasa #beritasemasa #aatvnews #aatvmedia #informasiurban

Sumber: AATV Rakyat News

16092024 SAMBUTAN MAULIDUL RASUL, HARI MALAYSIA & MAJLIS PERASMIAN PERSATUAN PENDUDUK

https://www.youtube.com/watch?v=B_lzqZ8iuxg&t=184s

AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOPERASI CUEPACS FASA 2 MERIAH DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & HARI MALAYSIA - AATV NEWS - 16/09/2024

 

KAJANG, 16 September 2024 – Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs Fasa 2 telah dilancarkan dengan penuh gemilang pagi tadi oleh YB Syahrezan bin Johan dalam sebuah majlis yang turut diserikan dengan sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia.

Acara tersebut berlangsung di perkarangan Surau Nurul Iman dan dihadiri oleh lebih 300 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Majlis perasmian ini turut menerima kehadiran figura terkenal, Dato’ Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada komuniti setempat apabila beliau memuji usaha penduduk dalam membentuk persatuan yang kukuh dan aktif.

Menurut Toqqi, persatuan ini boleh dijadikan contoh kepada kawasan lain kerana kekuatan perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduknya.

Turut memeriahkan majlis ialah beberapa pemimpin masyarakat termasuk Prof. Dr. Ridhuan Tee. Kehadiran tokoh-tokoh masyarakat ini menunjukkan sokongan padu terhadap usaha penduduk setempat dalam membina kesatuan yang harmoni dan komited terhadap kesejahteraan komuniti.

Pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan majlis, termasuk persembahan silat gayung, pertandingan mewarna, dan peragaan pakaian unik.

Majlis juga diserikan dengan ceramah agama yang disampaikan di Surau Nurul Iman sebelum diikuti dengan persembahan nasyid Qasidah sebagai acara penutup yang penuh bermakna.

Encik Sapawi, Pengerusi Persatuan Penduduk yang baru dilantik, menjelaskan bahawa persatuan ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 2004, namun aktiviti persatuan terhenti buat beberapa waktu.

Oleh itu, beliau bersama beberapa penduduk lain mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula persatuan tersebut. Kini, dengan persatuan yang telah diluluskan secara rasmi dan mempunyai akaun bank sendiri, penduduk bersedia untuk bergerak lebih aktif demi kebajikan dan keharmonian komuniti.

Majlis ini tidak hanya mencerminkan semangat kejiranan yang tinggi, tetapi juga memperlihatkan usaha kolektif dalam memperkukuhkan perpaduan dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan penduduk setempat.

Kombinasi perasmian persatuan, sambutan Maulidur Rasul, dan Hari Malaysia menjadikan acara ini sebagai platform terbaik untuk mempererat hubungan sesama jiran serta menzahirkan rasa cinta terhadap agama dan negara.

Artikel oleh: AATV News

AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOPERASI CUEPACS FASA 2 MERIAH DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & HARI MALAYSIA

https://aatvnews.com/?p=11923

Tuesday, May 7, 2024

PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA - KPDN - 05/05/2024

 

SELANGOR, 5 MEI 2024, AHAD - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah hadir merasmikan rangkaian Richiamo Mart pertama di Malaysia yang bertempat di Plaza Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain daripada majlis perasmian, Kumpulan Richiamo melalui Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo yang dihadiri oleh para tetamu kehormat dan juga media.

Perasmian hari ini seiring dengan usaha KPDN untuk membantu memasarkan produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta barangan buatan Malaysia untuk dikenali pengguna dan seterusnya mendapat peluang untuk dipasarkan dalam rangkaian peruncitan di Malaysia.

#KPDN #MalaysiaMADANI #PMKS

Sumber: KPDN

PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=_ArdlbdCrNY

Monday, February 26, 2024

AKTIVITI | MAJLIS BACAAN YAASIN,DAN PERASMIAN PEMBUKAAN GELANGGANG SILAT RANDAI MINANG KABAU - PPIM - 24/02/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi merasmikan Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Randai Minang Kabau yang julung kalinya dibangkitkan semula di Kampung Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Turut hadir, Pertubuhan Pergerakan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA).

Saturday, January 4, 2020

5628) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN EKATALOG OASIS HALAL MART - PPIM - 04/01/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@ toqqi hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Ekatalog Oasis Halal Mart di Wisma MAIS, Shah Alam. 

Thursday, January 2, 2020

5616) AKTIVITI | JEMPUTAN PERASMIAN PELANCARAN BIZ ONLINE & DELIVERY SERTA PERASMIAN KEMPEN BMF 2020 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN - PPIM - 01/01/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput bagi merasmikan Majlis Pelancaran Biz Online & Delivery Pasaraya Angkasa Halal Hub Serta Perasmian Kempen BMF 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan.  


Saturday, November 30, 2019

5549) AKTIVITI | KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT & KARNIVAL USAHAWAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 - PPIM - 30/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat & Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit (TTS) ATM Malaysia di Puteri Central Park, Rawang.

Terdapat pelbagai booth jualan dan aktiviti yang diadakan sepanjang karnival tersebut seperti senam robik, pertunjukan seni bela diri, pertandingan karaoke, biker & motor show dan banyak lagi.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL