Showing posts with label KPDN. Show all posts
Showing posts with label KPDN. Show all posts

Monday, February 10, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT PENGARAH KPDN - PPIM - 10/02/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNWPKL), Encik Mohd Sabri Seman.

Monday, June 24, 2024

PPIM GESA KPDN AMBIL TINDAKAN PENJUALAN TIKET KONSERT YANG BELUM DAPAT KELULUSAN - BERITA HARIAN - 24/06/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjual tiket konsert yang belum mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, berkata pihaknya menerima aduan mengenai penganjur konsert yang sudah mempromosikan jualan tiket tanpa memohon kebenaran bagi menganjurkan acara itu.

"Bagaimana jual tiket dulu baharu mohon kebenaran untuk anjurkan konsert? Jika tidak lulus, meraung seolah-olah mereka mangsa politik dan sebagainya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nadzim berkata, KPDN juga sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi (KKOM) untuk memastikan pengguna tidak tertipu dalam urusan jual beli tiket konsert atau apa-apa acara hiburan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa.

Katanya, sebelum ini tular di media sosial penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Bruno Mars dikatakan bakal mengadakan persembahan di sini, pada 17 September ini.

Bagaimanapun, katanya, penganjuran konsert itu mendapat bantahan orang ramai kerana tarikh konsert itu adalah sehari selepas Maulidur Rasul, pada 16 September.

"Selain itu, penyanyi itu sebelum ini secara terang turut menyatakan sokongan beliau terhadap Israel ketika membuat persembahan di Israel pada Oktober 2023.

"Tidak hairanlah rakyat Malaysia tidak suka dengan cadangan persembahan itu," katanya.

Susulan itu, Nadzim turut meminta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar untuk memberi pandangan beliau mengenai perkara itu.

Artikel oleh: Berita Harian

PPIM GESA KPDN AMBIL TINDAKAN PENJUALAN TIKET KONSERT YANG BELUM DAPAT KELULUSAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1262679/ppim-gesa-kpdn-ambil-tindakan-penjualan-tiket-konsert-yang-belum

PPIM GESA KPDN AMBIL TINDAKAN JUALAN TIKET KONSERT TANPA KELULUSAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 24/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjual tiket konsert sebelum mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata pihaknya menerima aduan mengenai penganjur konsert yang sudah mempromosikan jualan tiket konsert tanpa memohon kebenaran menganjurkan acara itu.

"Macam mana, jual tiket dulu baharu mohon kebenaran untuk anjurkan konsert. Lepas jika tak lulus, meraung seolah-olah mereka mangsa politik dan sebagainya," katanya.

Nadzim berkata KPDN sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi (KKOM) untuk memastikan pengguna tidak tertipu dalam urusan jual beli tiket konsert atau apa-apa acara hiburan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa.

Sebelum ini tular di media sosial penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Bruno Mars dikatakan bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 17 September depan.

Bagaimanapun penganjuran itu mendapat bantahan orang ramai kerana tarikh konsert yang jatuh sehari selepas Maulid Nabi pada 16 September.

"Selain itu, penyanyi itu sebelum ini secara terang menyatakan sokongan beliau terhadap Israel ketika membuat persembahan di Israel pada Oktober 2023.

"Tidak hairanlah rakyat Malaysia tidak suka dengan cadangan persembahan itu," katanya.

Nadzim juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar untuk memberi pandangan beliau mengenai perkara ini.

Tuesday, May 7, 2024

PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA - KPDN - 05/05/2024

 

SELANGOR, 5 MEI 2024, AHAD - YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah hadir merasmikan rangkaian Richiamo Mart pertama di Malaysia yang bertempat di Plaza Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain daripada majlis perasmian, Kumpulan Richiamo melalui Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara turut menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo yang dihadiri oleh para tetamu kehormat dan juga media.

Perasmian hari ini seiring dengan usaha KPDN untuk membantu memasarkan produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta barangan buatan Malaysia untuk dikenali pengguna dan seterusnya mendapat peluang untuk dipasarkan dalam rangkaian peruncitan di Malaysia.

#KPDN #MalaysiaMADANI #PMKS

Sumber: KPDN

PERASMIAN RANGKAIAN RICHIAMO MART PERTAMA DI MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=_ArdlbdCrNY

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL