Monday, June 24, 2024

PPIM GESA KPDN AMBIL TINDAKAN JUALAN TIKET KONSERT TANPA KELULUSAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 24/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjual tiket konsert sebelum mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata pihaknya menerima aduan mengenai penganjur konsert yang sudah mempromosikan jualan tiket konsert tanpa memohon kebenaran menganjurkan acara itu.

"Macam mana, jual tiket dulu baharu mohon kebenaran untuk anjurkan konsert. Lepas jika tak lulus, meraung seolah-olah mereka mangsa politik dan sebagainya," katanya.

Nadzim berkata KPDN sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi (KKOM) untuk memastikan pengguna tidak tertipu dalam urusan jual beli tiket konsert atau apa-apa acara hiburan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa.

Sebelum ini tular di media sosial penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Bruno Mars dikatakan bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 17 September depan.

Bagaimanapun penganjuran itu mendapat bantahan orang ramai kerana tarikh konsert yang jatuh sehari selepas Maulid Nabi pada 16 September.

"Selain itu, penyanyi itu sebelum ini secara terang menyatakan sokongan beliau terhadap Israel ketika membuat persembahan di Israel pada Oktober 2023.

"Tidak hairanlah rakyat Malaysia tidak suka dengan cadangan persembahan itu," katanya.

Nadzim juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar untuk memberi pandangan beliau mengenai perkara ini.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL