Showing posts with label KUNJUNGAN HORMAT. Show all posts
Showing posts with label KUNJUNGAN HORMAT. Show all posts

Thursday, May 7, 2026

AKTIVITI | SESI KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT SETIAUSAHA SULIT KANAN YB HANNAH YEOH - PPIM - 07/05/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat bersama Tuan Nor Miswary, Setiausaha Sulit kepada YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu kebajikan pengguna dan pembangunan komuniti, khususnya di kawasan Wilayah Persekutuan.

Tuesday, February 24, 2026

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ATAS DUTA BESAR PALESTIN - PPIM - 24/02/2026

Kunjungan Hormat Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ke atas Duta Besar Palestin ke Malaysia, TYT Jehad Fouad Mabrouk Alqedra di Kedutaan Palestin, Kuala Lumpur.

Friday, February 20, 2026

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ATAS KETUA PENGARAH JPPM - PPIM - 20/02/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Dato' Mohd Zulfikar Ahmad.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan perkara-perkara berkaitan tadbir urus pertubuhan dan isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan pengguna serta organisasi masyarakat sivil.

Thursday, January 22, 2026

KEMENTERIAN KOMUNIKASI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM - KEMENTERIAN KOMUNIKASI - 20/01/2026

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim Mohamed hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di Menara Komunikasi.

#KementerianKomunikasi #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #TaatSetia

Tuesday, November 18, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PENGERUSI BERNAMA - PPIM - 18/11/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama delegasi PPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chui Wai di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur .

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan sebagai rakan media serta meneroka kerjasama strategik dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan demi manfaat masyarakat.

Monday, August 25, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN - PPIM - 21/08/2025

21 Ogos 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Datin Paduka Rahilah Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Wednesday, April 30, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KEPADA PENGARAH JAWI - PPIM - 29/04/2025

Kunjungan hormat Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Hanifuddin Roslan.

Thursday, February 20, 2025

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) - POLIS KL - 18/02/2025

 

𝑷𝒐𝒍𝒊𝒔𝑲𝑳, 18 Februari 2025 - YDH CP Dato' Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Polis Kuala Lumpur, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), YBhg. Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi, di Bilik Kunjungan Hormat, Tingkat 12, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YDH DCP Dato' Azry Akmar bin Dato’ Hj. Ayob, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; YDH SAC Ravindar Singh a/l Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur; YDH ACP Kamarulzaman bin Md Alib, Timbalan Ketua Cawangan Khas (Risikan / Operasi) Polis Kuala Lumpur; YDH ACP Fauzi bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan / Operasi) Polis Kuala Lumpur; dan YDH Supt. Nor Huda binti Salam, Pegawai Turus Perkhidmatan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur.

Dari pihak PPIM, kunjungan ini turut disertai oleh YBhg. Puan Gulab Jan, Pegawai PPIM; serta barisan peguam PPIM, YBhg. Peguam Nadia Abd Aziz, YBhg. Peguam Shahrin Satheer, dan YBhg. Peguam Jeff Jufliz Faiza.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin hubungan baik serta mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

#jomlikefbPolisKL #kunjunganhormat #18febuari2025

Artikel oleh: Polis KL (Facebook)

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

https://www.facebook.com/share/p/161RCHuCXG

Tuesday, February 18, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ATAS TIMBALAN KSU (DASAR DAN ANTARABANGSA) KESUMA - PPIM - 17/02/2025

17 Februari 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YBhg Dato' Hajah Norison Ramli di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

Monday, February 10, 2025

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT PENGARAH KPDN - PPIM - 10/02/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNWPKL), Encik Mohd Sabri Seman.

Tuesday, October 22, 2024

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT TUAN GURU HJ ZULKIFLI MOHD SUHAIMI KE PPIM - PPIM - 22/10/2024

 Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Guru Hj Zulkifli Mohd Suhaimi, seorang tokoh agama yang juga merupakan Penasihat Jabatan Mufti Kedah.

Pertemuan ini memperkukuh hubungan dalam usaha memperkasa ummah serta menyentuh isu-isu semasa dari perspektif Islam dan memberikan panduan serta nasihat bagaimana untuk menghadapi cabaran dalam dunia moden tanpa meninggalkan prinsip-prinsip agama.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL