Showing posts with label TV PERTIWI. Show all posts
Showing posts with label TV PERTIWI. Show all posts

Thursday, September 12, 2024

PERKID DAKWA TERESA TIDAK MATANG, CEPAT MELATAH JADI AHLI PARLIMEN - TV PERTIWI - 11/09/2024

 

Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID) menggesa Teresa Kok tidak cepat melatah berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal di Malaysia.

Presidennya, Masridzi Sat berkata selaku pemimpin dalam kerajaan campuran, Setiausaha Publisiti DAP itu seharusnya faham hala tuju kerajaan. 

“Tidak perlu melatah kerana Teresa adalah komuniti yang berada dalam kerajaan maka sudah tentu beliau boleh membuat perbincangan tertutup dengan mana-mana agensi berkaitan.

“Beliau sebagai pemimpin parti dalam komponen kerajaan seharusnya mengambil tahu mengapa dibuat cadangan begitu. Ambil tahu jangan melatah dahulu. 

“Itu menunjukkan beliau tidak matang menjadi ahli parlimen. Beri saya jadi ahli parlimen jika beliau tidak tahu buat kerja,” katanya.

Masridzi berkata demikian dalam satu sidang media di Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata selalu bekas menteri yang pernah berada dalam kerajaan, Teresa seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. 

“Kerajaan sekarang ini bukan kuat mana. Kerajaan sudahlah lemah dan rapuh. Mahu lingkup lagi cepat?

“Tengok kerajaan 22 bulan dahulu kerana kebodohan mereka. Apa jadi? 22 bulan lingkup kerana mulut celupar mengancam dan menyakitkan hati orang Islam.

“Rakyat sudah berikan undi, jangan berlagak pula. Pengundi itu bukan semua Cina. Pengundi Melayu pun berapa ramai undi beliau,” katanya. 

Artikel oleh: TV Pertiwi

PERKID DAKWA TERESA TIDAK MATANG, CEPAT MELATAH JADI AHLI PARLIMEN

https://tvpertiwi.com/2024/09/11/perkid-dakwa-teresa-tidak-matang-cepat-melatah-jadi-ahli-parlimen/

PPIM KESAL TERESA KOK TIDAK FAHAM ISLAM TAPI MAHU JADI USTAZAH - TV PERTIWI - 12/09/2024


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok yang dilihat sengaja mencampuri urusan umat Islam.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata Teresa tidak mempunyai pengetahuan tentang agama Islam dan tidak layak mengulas industri halal negara.

“Teresa tidak faham Islam dan kemudian beliau mahu menjadi ustazah. Mana tahu kita doakan beliau terbuka pintu hati.

“Kita pelik bagaimana wakil rakyat yang tidak ada sebab, mengatakan perkara ini memalukan negara. Saya tidak nampak sebab itu pun.

“Kalau semua orang tidak nampak sebab, beliau ini tidak bijak atau pun ada hasrat yang tidak betul,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim mengulas kenyataan Teresa yang mendakwa cadangan mewajibkan pensijilan halal sesuatu yang menyusahkan dan memalukan negara.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh semalam memberi keterangan kepada pihak polis susulan kenyataannya mengundang rasa kurang senang sebahagian umat Islam.

Mengulas mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal oleh Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Nadzim berkata ia masih di peringkat cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, kenyataan Teresa sangat naif melambangkan pengetahuan dangkal Naib Pengerusi DAP itu terhadap industri halal dalam negara.

“Beliau membawa satu cerminan orang-orang dalam kumpulannya sebab apa yang disuarakannya tidak masuk akal. Tidak masuk akal sebab tiada paksaan.

“Menteri baru sebut. Kalau mahu ikut, tiada paksaan. Kalau tidak mahu gunakan forum yang betul. Hari ini beliau sudah mencetuskan keadaan lebih buruk.

“Kita perlu mendidik wakil rakyat ini supaya faham. Kalau orang lain tidak faham boleh dimaafkan tetapi wakil rakyat perlu bijak,” katanya.

Artikel oleh: TV Pertiwi

PPIM KESAL TERESA KOK TIDAK FAHAM ISLAM TAPI MAHU JADI USTAZAH

https://tvpertiwi.com/2024/09/11/ppim-kesal-teresa-kok-tidak-faham-islam-tapi-mahu-jadi-ustazah/

Thursday, April 25, 2024

PERTIWI TRENDING | ‘BOIKOT’, BANGKIT USAHAWAN BUMIPUTERA! - TV PERTIWI - 23/04/2024


Ikuti perbincangan menarik bersama Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

#PertiwiTrending #TvPertiwi

Sumber: TV Pertiwi

PERTIWI TRENDING | ‘BOIKOT’, BANGKIT USAHAWAN BUMIPUTERA!

https://www.youtube.com/watch?v=hfhJOUEQ7l4

Monday, February 19, 2024

KUIL LEBIH BANYAK DARIPADA MASJID DAN ADA YANG DIBINA SECARA HARAM - TV PERTIWI - 18/02/2024

 

Prof Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan pertambahan kuil haram di negara ini angkara restu pemimpin politik.

Sumber: TV Pertiwi

KUIL LEBIH BANYAK DARIPADA MASJID DAN ADA YANG DIBINA SECARA HARAM

https://www.youtube.com/watch?v=odODR8v57Qk

Saturday, December 23, 2023

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM - TV PERTIWI - 23/12/2023

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur bagi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu semasa.

Antara wakil NGO yang dilihat hadir pagi ini adalah Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan P4lestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni, Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Perhimpunan yang diadakan hari ini bermatlamat mempertahankan kesucian agama Islam, menjunjung kedaulatan tanah Melayu, memelihara kedaulatan Perlembagaan serta memelihara daripada ancaman liberalisme dan pluralisme.

12 wakil NGO Melayu dijangka akan berucap hari ini dengan diakhiri satu deklarasi dan memorandum pemerkasaan undang-undang syariah.

Artikel oleh: TV Pertiwi (Facebook)

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM

https://www.facebook.com/tvpertiwi/posts/pfbid0rnTrQTF2ErxAiK2iD7QQ24HU9HFU8R7ZneAqoqExacW1TCNdiogCFivaHPbaKJQul

Friday, December 1, 2023

21 HARI CUKUP LATIH DIRI BOIKOT PRODUK Isr43l - TV PERTIWI - 29/11/2023

 

#TvPertiwi #P4lestin #Isr4elCuak

Pakar Motivasi, Dr Azuraida Shahadan mendakwa, masih belum terlambat bagi umat Islam untuk melakukan boikot terhadap produk berkaitan Isr43l.

Azuraida berkata, terdapat kaedah tertentu yang mampu diamalkan jika masyarakat serius mahu merencatkan sumbangan kepada Z10nis.

“Kalau hendak istiqamah, kita memerlukan 21 hari untuk membentuk tabiat tertentu. “Kalau kita biasa minum Coca-Cola, cuba berhenti untuk tempoh 21 hari jangan minum dan jangan sentuh,” katanya.

Sumber: TV Pertiwi

21 HARI CUKUP LATIH DIRI BOIKOT PRODUK Isr43l

https://www.youtube.com/watch?v=fUgmvC40yrU

Thursday, November 30, 2023

PPIM SERU TERUSKAN BOIKOT PRODUK BERKAITAN 15r4el WALAU GENCATAN SENJATA - TV PERTIWI - 29/11/2023

 

PPIM menyeru NGO seluruh negara bersatu bagi membentuk jawatankuasa kerja menyelaras usaha boikot produk berkaitan Israel secara besar-besaran.

Sumber: TV Pertiwi

PPIM SERU TERUSKAN BOIKOT PRODUK BERKAITAN 15r4el WALAU GENCATAN SENJATA

https://www.youtube.com/watch?v=LSLUEmZ0lAw

Wednesday, November 15, 2023

TOLAK SINAI, HIDUP MATI BIAR DI GAZA! - TV PERTIWI - 15/11/2023

 

Pertubuhan Kesenian P4lestin Malaysia menegaskan penduduk di negara itu sama sekali tidak akan meninggalkan G4z4 sebagaimana cadangan penyelesaian dua negara.

Sumber: TV Pertiwi

TOLAK SINAI, HIDUP MATI BIAR DI GAZA!

https://www.youtube.com/watch?v=45n1N0bqg9c

Wednesday, August 30, 2023

PPIM AKAN BENTUK LAPORAN POLIS TERHADAP GOLONGAN YANG MENENTANG MODUL HADIS 40 IMAM NAWAWI - TV PERTIWI - 29/08/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kesemua kenyataan media yang dibuat mengenai isu pelaksanaan Modul Hadis 40 yang dikatakan semakin melampau sejak akhir-akhir ini.

Sumber:; TV Pertiwi

PPIM AKAN BENTUK LAPORAN POLIS TERHADAP GOLONGAN YANG MENENTANG MODUL HADIS 40 IMAM NAWAWI

https://www.youtube.com/watch?v=o6j1yzObZhI

Saturday, August 26, 2023

TINDAKAN MCCBCHST KECAM MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI BIADAB - TV PERTIWI - 25/08/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan mana-mana pertubuhan bukan Islam supaya tidak masuk campur urusan umat Islam di negara ini.

Sumber: TV Pertiwi

TINDAKAN MCCBCHST KECAM MODUL PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI BIADAB

https://www.youtube.com/watch?v=rnyfS2mkgPw&t=1s

Tuesday, May 9, 2023

UMAT ISLAM INDIA DITINDAS, DIBUNUH DAN DISEKSA DENGAN KEJAM - TV PERTIWI - 06/05/2023

 

Gerakan Hindutva oleh golongan pelampau Hindu di India didakwa sudah mula memasuki negara dengan secara halus dan jika tidak dikawal ia mampu mencetuskan pergaduhan mega antara penganut hindu India di negara ini dan agama lain di negara ini.

 

Sumber: TV PERTIWI 

UMAT ISLAM INDIA DITINDAS, DIBUNUH DAN DISEKSA DENGAN KEJAM

https://www.youtube.com/watch?v=MoVEuGmMhug

NGO ISLAM GESA KERAJAAN INDIA HENTIKAN SERANGAN KE ATAS MUSLIM - TV PERTIWI - 08/05/2023

 

BANGI, Isnin –   Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara  Islam di India oleh fanatik penganut Hindu.

Golongan fanatik berkenaan dikenali sebagai Hindutva yang sering menyebabkan puluhan ribu umat Islam di negara itu  sering mengalami kecederaan malah terkorban dengan keadaan yang amat sadis.

Ekoran itu,  Pengerusi  Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hisyamuddin menyatakan bahayanya serangan ideologi Hindutva ini jika tidak dikawal ia boleh mencetuskan sentimen kepada umat Islam di negara ini.  

“Bahayanya,  apabila dibiarkan apa yang berlaku di India itu, mungkin akan menaikkan sentimen orang Islam di sini, jadi elok ada satu perayaan yang harmoni, jadi tidak harmoni  kerana mereka mengambil apa yang berlaku di India, jadi kerajaan India perlu berfikir tentang hal ini.”

Dalam pada itu katanya, terdapat sumber menyatakan bahawa dakyah Hindutva ini sudah mula memasuki negara ini secara halus.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi mesyuarat tergempar berhubung penubuhan jawatankuasa bagi menangani penindasan orang India ke atas orang Islam di India yang diadakan pada Ahad.

Maka dengan itu, pihaknya kini mula menubuhkan sebuah jawatankuasa yang melibatkan pelbagai gabungan NGO Islam di seluruh negara dalam memastikan isu sensitif yang berlaku di India tidak melimpah ke negara lain termasuk mengganggu gugat keharmonian antara kaum di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula menyifatkan insiden serangan oleh dakyah hindutva  adalah satu perkara yang tidak masuk akal  hak lantas  menggesa kerajaan India di sana untuk segera menghentikan dan mempelajari semula norma kemanusian yang sebetulnya.

”Tidak masuk akal, ini satu benda pencerobohan peringkat yang tidak terfikir, di zaman ini, jadi benda-benda seperti ini, akhirnya, akan mendorong kepada pertelingkahan, jadi kita harap itu tidak terjadi kerana, bila jadi esok dia jadi huru-haralah, jadi kita harap kerajaan India, perlu belajar, supaya dapat hidup dalam dunia ini, sebagai manusia.”

Tambah beliau, usaha mengekang keganasan oleh pelampau hindu di India ini bukannya menjerumuskan kepada sentimen rasis tapi ia adalah satu bentuk tindakan bagi membantu saudara muslim di India yang kini parah dilanda serangan yang sadis.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media tergempar Sidang Tergempar NGO Islam : Isu Penindasan Umat Islam India di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Kuala Lumpur Hari ini.

Turut hadir gabungan-gabungan besar NGO antaranya PEMBELA, ISR, MAMPIR, PERKID, Pertubuhan Sufi Antarabangsa, DPMM.

Juga, Amal2u, Kebajikan Sinar Bakti, Brothers in Islam, Zaaba,  Malaysia-Pakistan Business Council, ARG, Selempang Merah, Yayasan Kasih Tauhid.

Hadir bersama figura berpengaruh umat Islam Ustaz Wadi Anuar yang akan platform di atas kapasiti sebagai pempengaruh.

Terdahulu, sewaktu Perdana Menteri Narendra Modi mula memegang tampuk pimpinan di India, nasib muslim di sana tidak lagi aman dan sering mengalami  serangan yang sadis  termasuk ditahan, diseksa  dan dibunuh dengan kejam pada setiap hari di negara berkenaan.


Artikel oleh: TV PERTIWI

NGO ISLAM GESA KERAJAAN INDIA HENTIKAN SERANGAN KE ATAS MUSLIM 

https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/ngo-islam-gesa-kerajaan-india-hentikan-serangan-ke-atas-muslim/

Friday, March 31, 2023

CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM, PPIM GESA KDN, JAKIM BERTINDAK - TV PERTIWI - 29/03/2023

 

BANGI, Rabu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai `along’ yang bertindak menghina agama islam.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, memohon Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyegerakan dan membuat siasatan itu dengan secara serius.

“Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.

“Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.“Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya.

Turut hadir bersama, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Nadzim juga berharap agar pihak kerjaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ceti haram ini yang semakin hari naik daun beroperasi secara dalam talian.

Tambahnya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hendaklah lebih peka terhadap isu yang semakin parah kerana ini melibatikan keselamatan dan juga data peribada para pengguna.

“Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.

“Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, terdapat daripada sesetengah along ini tidak mempunyai perasaan takut dan gentir akan kepada pihak berkuasa, malah mereka mencabar untuk melakukan laporan pihak polis.

“Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.

“Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,” katanya.

Artikel oleh: TV Pertiwi

CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM, PPIM GESA KDN, JAKIM BERTINDAK

https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ceti-haram-hina-agama-islam-ppim-gesa-kdn-jakim-bertindak/

Wednesday, March 15, 2023

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN - TV PERTIWI - 14/03/2023

 

Kuala Lumpur, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas desakan Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) untuk mengesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan.

Ketua PPIM, Nadzim Johan berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma adalah sah di sisi undang-undang negara.

 “Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,”

Menurut kenyataan, PPIM menyifatkan Saifuddin tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan yang mementingkan agenda songsang dan mengenepikan undang-undang negara.

Desakan itu dibuat susulan Saifuddin berpendapat, akta berkenaan masih diperlukan walaupun Pakatan Harapan menjanjikan pemansuhan akta itu jika menjadi kerajaan.

 Madpet turut menyifatkan Saifuddin tidak menghormati hak asasi manusia dan perlu digugurkan daripada jawatan yang disandang.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Nadzim turut mencadangkan sebarang reformasi berkaitan undang-undang negara perlu melalui proses yang betul bukan dengan desakan supaya menteri meletak jawatan.


Artikel oleh: TV Pertiwi

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN

https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ppim-bidas-madpet-desak-menteri-kdn-letak-jawatan/

Thursday, June 24, 2021

5745) SEKILAS PERTIWI | PPIM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KKM SUSULAN KEENGGANAN GUNAKAN IVERMECTIN RAWAT COVID-19 - TV PERTIWI - 23/06/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis semalam terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) susulan keengganan menggunakan Ivermectin sebagai rawatan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang turut dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

PPIM memaklumkan laporan itu dibuat sebagai inisiatif inklusif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan hak kepenggunaan yang dilihat seakan tiada kompromi daripada pihak atasan dalam mempertimbangkan kaedah dan rawatan alternatif sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Artikel oleh: Facebook TV Pertiwi

SEKILAS PERTIWI | PPIM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KKM SUSULAN KEENGGANAN GUNAKAN IVERMECTIN RAWAT COVID-19

https://www.facebook.com/TvPertiwi/posts/2859738307613344

Thursday, December 31, 2020

5222) AKTIVITI | SESI TEMUBUAL TOQQI BERSAMA TV PERTIWI - PPIM - 31/12/2020

Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama TV Pertiwi yang membincangkan isu kartel daging di Malakat Mall, Cyberjaya. 


Monday, November 2, 2020

6053) SEKILAS PERTIWI | GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM - PPIM - TV PERTIWI - 01/11/2020


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan bankrap itu tidak membantu menyelesaikan masalah apatah lagi ketika ekonomi rakyat terjejas buat masa ini.


Artikel oleh: TV Pertiwi

SEKILAS PERTIWI | GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM - PPIM

https://www.facebook.com/TvPertiwi/posts/2690180001235843


Monday, September 21, 2020

5940) JUDI: TAK TULAR, TAK ADA TINDAKAN - TV PERTIWI - 15/09/2020

 


Bongkar Episod 10: Baru-baru ini, negara digemparkan dengan video Asri Hot Burger mengenai perjudian dan rasuah yang berlaku di Sungai Buloh. Apabila sudah tular, baru ada tindakan. Apa dah jadi?


Artikel oleh: TV Pertiwi

JUDI: TAK TULAR, TAK ADA TINDAKAN


Saturday, April 18, 2020

5880) PERTIWI EKSKLUSIF | IMPLIKASI COVID – 19 - TV PERTIWI - 16/04/2020


Bersama: 1. Ir Muhammad Lukman Al-Hakim Muhammad, Ahli Jawatankuasa Pusat Isma Tajuk: Krisis Minyak Dunia 2020 2. Dato’ Nadzim Johan, Presiden PPIM Tajuk: Kenapa masih ingkar PKP? #PutuskanRangkaian #Covid19 #KekalDiRumah #KitaMestiMenang #KitaJagaKita #tvpertiwi #AspirasiMindaBaharu


Artikel oleh: TV Pertiwi

PERTIWI EKSKLUSIF | IMPLIKASI COVID – 19


Tuesday, February 25, 2020

5764) CAKAP SERUPA BIKIN 2.0 | EPISOD 28 | “KERAJAAN BARU APAKAH NASIB MELAYU? “ - TV PERTIWI - 24/02/2020






Tajuk “Kerajaan Baru Apakah Nasib Melayu? “ Panel -Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff Pensyarah Putra Business School -Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pelbagai perkembangan politik yang sukar dijangka. Situasi menjadi makin hangat lagi apabila Perdana Menteri , Tun Mahathir telah meletakkan jawatan dan menyebabkan kabinet dibubar. Adakah kerajaan baru yang dibentuk akan memberi keuntungan bagi nasib bangsa Melayu, atau hanya menjadi ruang ahli politik merebut kuasa dengan rakus? Boleh ditonton secara langsung di webTV www.pertiwi.tv atau di Youtube Tv Pertiwi.

Artikel oleh: TV Pertiwi

CAKAP SERUPA BIKIN 2.0 | EPISOD 28 | “KERAJAAN BARU APAKAH NASIB MELAYU? “


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL