Wednesday, March 15, 2023

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN - TV PERTIWI - 14/03/2023

 

Kuala Lumpur, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas desakan Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) untuk mengesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan.

Ketua PPIM, Nadzim Johan berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma adalah sah di sisi undang-undang negara.

 “Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,”

Menurut kenyataan, PPIM menyifatkan Saifuddin tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan yang mementingkan agenda songsang dan mengenepikan undang-undang negara.

Desakan itu dibuat susulan Saifuddin berpendapat, akta berkenaan masih diperlukan walaupun Pakatan Harapan menjanjikan pemansuhan akta itu jika menjadi kerajaan.

 Madpet turut menyifatkan Saifuddin tidak menghormati hak asasi manusia dan perlu digugurkan daripada jawatan yang disandang.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Nadzim turut mencadangkan sebarang reformasi berkaitan undang-undang negara perlu melalui proses yang betul bukan dengan desakan supaya menteri meletak jawatan.


Artikel oleh: TV Pertiwi

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN

https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ppim-bidas-madpet-desak-menteri-kdn-letak-jawatan/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...