Showing posts with label SOSMA. Show all posts
Showing posts with label SOSMA. Show all posts

Wednesday, March 15, 2023

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN - UTUSANTV - 14/03/2023

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Saifuddin Nasution tidak perlu tunduk kepada desakan oleh NGO yang mementingkan agenda songsang untuk mengenepikan undang-undang negara.

Tegas Nadzim, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah disisi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara
apa lagi yang kita ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata,adalah menjadi prinsip PPIM menyokong sesiapa sahaja atau mana-mana  pihak yang tegar mempertahankan undang-undang negara.

“Tidak ada salahnya beliau (Saifuddin Nasution) menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah Nadzim, semua pihak perlu melalui proses yang betul jika mahukan perubahan dalam undang-undang negara.

Katanya, desakan agar Saifuddin Nasution meletak jawatan adalah tidak relevan kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai menteri.

Ujar beliau, terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

“Antaranya Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya.

“Bukan semua perlu dipenjara tetapi apa pun, gunakan saluran yang betul untuk lakukan perubahan, bukan mendesak sebegini” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Saifuddin Nasution menegaskan Akta SOSMA masihdiperlukan negara ketika ini.

Rentetan itu, Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin Nasution digugurkan daripada portfolio keselamatan dalam negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan.

“Mendukung Perlembagaan negara dan mengangkat undang-undang sedia ada adalah satu perkara yang terpuji. Kami sokong tindakan Saifuddin,” katanya.


Artikel oleh: UtusanTV

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN

https://utusantv.com/2023/03/14/ppim-bidas-ngo-gesa-saifuddin-nasution-letak-jawatan/

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN - TV PERTIWI - 14/03/2023

 

Kuala Lumpur, Selasa – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas desakan Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) untuk mengesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan.

Ketua PPIM, Nadzim Johan berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma adalah sah di sisi undang-undang negara.

 “Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,”

Menurut kenyataan, PPIM menyifatkan Saifuddin tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan yang mementingkan agenda songsang dan mengenepikan undang-undang negara.

Desakan itu dibuat susulan Saifuddin berpendapat, akta berkenaan masih diperlukan walaupun Pakatan Harapan menjanjikan pemansuhan akta itu jika menjadi kerajaan.

 Madpet turut menyifatkan Saifuddin tidak menghormati hak asasi manusia dan perlu digugurkan daripada jawatan yang disandang.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Nadzim turut mencadangkan sebarang reformasi berkaitan undang-undang negara perlu melalui proses yang betul bukan dengan desakan supaya menteri meletak jawatan.


Artikel oleh: TV Pertiwi

PPIM BIDAS MADPET DESAK MENTERI KDN LETAK JAWATAN

https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ppim-bidas-madpet-desak-menteri-kdn-letak-jawatan/

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN - THE MERDEKA TIMES - 15/03/2023

 

  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.
  • Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta SOSMA.
  • “Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Negara Malaysia negara berperlembagaan dan berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta SOSMA.

“Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata adalah menjadi prinsip PPIM menyokong sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang tegar mempertahankan undang-undang negara.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta SOSMA masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah Nadzim, jika mana-mana pihak mahukan perubahan dalam undang-undang negara, mereka harus melalui proses yang betul.

“Bukan cara kita paksa atau desak menteri letak jawatan, jika nak perubahan, gunakan saluran yang betul, apa guna desak menteri letak jawatan kerana beliau menjalankan tugas,” katanya.

Nadzim berkata terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

“Antaranya Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya. Bukan semua perlu dipenjara tetapi apa pun, gunakan saluran yang betul untuk lakukan perubahan, bukan mendesak sebegini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Saifuddin menegaskan undang-undang itu diperlukan negara.

Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin digugurkan daripada portfolio Keselamatan Dalam Negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan.

“Mendukung Perlembagaan negara dan mengangkat undang-undang sedia ada adalah satu perkara yang terpuji. Kami sokong tindakan Saifuddin,” kata Toqqi.

Sumber: Samudera


Artikel oleh: The Merdeka Times

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/ppim-bidas-ngo-gesa-saifuddin-nasution-letak-jawatan/

PPIM BIDAS NGO GESA MENTERI LETAK JAWATAN - SAMUDERA.MY - 14/03/2023

 

Negara Malaysia negara berperlembagaan dan berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta SOSMA.

“Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata adalah menjadi prinsip PPIM menyokong sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang tegar mempertahankan undang-undang negara.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta SOSMA masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah Nadzim, jika mana-mana pihak mahukan perubahan dalam undang-undang negara, mereka harus melalui proses yang betul.

"Bukan cara kita paksa atau desak menteri letak jawatan, jika nak perubahan, gunakan saluran yang betul, apa guna desak menteri letak jawatan kerana beliau menjalankan tugas,” katanya.

Nadzim berkata terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

“Antaranya Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya. Bukan semua perlu dipenjara tetapi apa pun, gunakan saluran yang betul untuk lakukan perubahan, bukan mendesak sebegini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Saifuddin menegaskan undang-undang itu diperlukan negara.

Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin digugurkan daripada portfolio Keselamatan Dalam Negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan.

“Mendukung Perlembagaan negara dan mengangkat undang-undang sedia ada adalah satu perkara yang terpuji. Kami sokong tindakan Saifuddin,” kata Toqqi.

Artikel oleh: Samudera.my

PPIM BIDAS NGO GESA MENTERI LETAK JAWATAN

https://www.samudera.my/ppim-bidas-ngo-gesa-menteri-letak-jawatan/

SAIFUDDIN TAK PERLU TUNDUK DESAKAN KUMPULAN PENTINGKAN AGENDA SONGSANG - MALAYSIA GAZETTE - 15/03/2023

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma.

Ketuanya Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, Saifuddin Nasution tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang.

Katanya, Malaysia merupakan negara berpelembagaan dan Sosma adalah sah disisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

”Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada.

“Tidak ada salahnya beliau (Saifuddin Nasution) menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Nadzim, jika mana-mana pihak mahukan perubahan dalam undang-undang negara, mereka harus melalui proses yang betul.

“Bukan cara kita paksa atau desak menteri letak jawatan…jika nak perubahan, gunakan saluran yang betul…apa guna desak menteri letak jawatan kerana beliau menjalankan tugas,” ujarnya.

Katanya lagi, terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang antaranya adalah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya.

Malah, jelas beliau, bukan semua perlu dipenjara tetapi, perlu menggunakan saluran betul untuk melakukan perubahan dan cara mendesak menteri meletakkan jawatan.

Sebelum ini media melaporkan, Saifuddin dipetik berkata, undang-undang itu diperlukan dalam negara dan Pakatan Harapan (PH) pernah menjanjikan pemansuhan Sosma dalam manifesto pilihan rayanya.

Bagaimanapun, Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin digugurkan daripada portfolio keselamatan dalam negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan. 

Artikel oleh: Malaysia Gazette

SAIFUDDIN TAK PERLU TUNDUK DESAKAN KUMPULAN PENTINGKAN AGENDA SONGSANG

https://malaysiagazette.com/2023/03/14/saifuddin-tak-perlu-tunduk-desakan-kumpulan-pentingkan-agenda-songsang/

Tuesday, March 14, 2023

PPIM BIDAS NGO GESA MENTERI LETAK JAWATAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 14/03/2023

Negara Malaysia negara berpelembagaan dan berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.

Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma adalah sah disisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta Sosma.

"Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata adalah menjadi prinsip PPIM menyokong sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang tegar mempertahankan undang-undang negara.

"Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada," katanya.

Tambah Nadzim, jika mana-mana pihak mahukan perubahan dalam undang-undang negara, mereka harus melalui proses yang betul.

"Bukan cara kita paksa atau desak menteri letak jawatan, jika nak perubahan, gunakan saluran yang betul, apa guna desak menteri letak jawatan kerana beliau menjalankan tugas," katanya.

Nadzim berkata terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

"Antaranya Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya. Bukan semua perlu dipenjara tetapi apa pun, gunakan saluran yang betul untuk lakukan perubahan, bukan mendesak sebegini" katanya.

Sebelum ini media melaporkan Saifuddin menegaskan undang-undang itu diperlukan negara.

Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin digugurkan daripada portfolio keselamatan dalam negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan.

"Mendukung Perlembagaan negara dan mengangkat undang-undang sedia ada adalah satu perkara yang terpuji. Kami sokong tindakan Saifuddin," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL