Showing posts with label PELAMPAU AGAMA. Show all posts
Showing posts with label PELAMPAU AGAMA. Show all posts

Tuesday, May 9, 2023

UMAT ISLAM INDIA DITINDAS, DIBUNUH DAN DISEKSA DENGAN KEJAM - TV PERTIWI - 06/05/2023

 

Gerakan Hindutva oleh golongan pelampau Hindu di India didakwa sudah mula memasuki negara dengan secara halus dan jika tidak dikawal ia mampu mencetuskan pergaduhan mega antara penganut hindu India di negara ini dan agama lain di negara ini.

 

Sumber: TV PERTIWI 

UMAT ISLAM INDIA DITINDAS, DIBUNUH DAN DISEKSA DENGAN KEJAM

https://www.youtube.com/watch?v=MoVEuGmMhug

NGO ISLAM GESA KERAJAAN INDIA HENTIKAN SERANGAN KE ATAS MUSLIM - TV PERTIWI - 08/05/2023

 

BANGI, Isnin –   Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara  Islam di India oleh fanatik penganut Hindu.

Golongan fanatik berkenaan dikenali sebagai Hindutva yang sering menyebabkan puluhan ribu umat Islam di negara itu  sering mengalami kecederaan malah terkorban dengan keadaan yang amat sadis.

Ekoran itu,  Pengerusi  Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hisyamuddin menyatakan bahayanya serangan ideologi Hindutva ini jika tidak dikawal ia boleh mencetuskan sentimen kepada umat Islam di negara ini.  

“Bahayanya,  apabila dibiarkan apa yang berlaku di India itu, mungkin akan menaikkan sentimen orang Islam di sini, jadi elok ada satu perayaan yang harmoni, jadi tidak harmoni  kerana mereka mengambil apa yang berlaku di India, jadi kerajaan India perlu berfikir tentang hal ini.”

Dalam pada itu katanya, terdapat sumber menyatakan bahawa dakyah Hindutva ini sudah mula memasuki negara ini secara halus.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi mesyuarat tergempar berhubung penubuhan jawatankuasa bagi menangani penindasan orang India ke atas orang Islam di India yang diadakan pada Ahad.

Maka dengan itu, pihaknya kini mula menubuhkan sebuah jawatankuasa yang melibatkan pelbagai gabungan NGO Islam di seluruh negara dalam memastikan isu sensitif yang berlaku di India tidak melimpah ke negara lain termasuk mengganggu gugat keharmonian antara kaum di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula menyifatkan insiden serangan oleh dakyah hindutva  adalah satu perkara yang tidak masuk akal  hak lantas  menggesa kerajaan India di sana untuk segera menghentikan dan mempelajari semula norma kemanusian yang sebetulnya.

”Tidak masuk akal, ini satu benda pencerobohan peringkat yang tidak terfikir, di zaman ini, jadi benda-benda seperti ini, akhirnya, akan mendorong kepada pertelingkahan, jadi kita harap itu tidak terjadi kerana, bila jadi esok dia jadi huru-haralah, jadi kita harap kerajaan India, perlu belajar, supaya dapat hidup dalam dunia ini, sebagai manusia.”

Tambah beliau, usaha mengekang keganasan oleh pelampau hindu di India ini bukannya menjerumuskan kepada sentimen rasis tapi ia adalah satu bentuk tindakan bagi membantu saudara muslim di India yang kini parah dilanda serangan yang sadis.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media tergempar Sidang Tergempar NGO Islam : Isu Penindasan Umat Islam India di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Kuala Lumpur Hari ini.

Turut hadir gabungan-gabungan besar NGO antaranya PEMBELA, ISR, MAMPIR, PERKID, Pertubuhan Sufi Antarabangsa, DPMM.

Juga, Amal2u, Kebajikan Sinar Bakti, Brothers in Islam, Zaaba,  Malaysia-Pakistan Business Council, ARG, Selempang Merah, Yayasan Kasih Tauhid.

Hadir bersama figura berpengaruh umat Islam Ustaz Wadi Anuar yang akan platform di atas kapasiti sebagai pempengaruh.

Terdahulu, sewaktu Perdana Menteri Narendra Modi mula memegang tampuk pimpinan di India, nasib muslim di sana tidak lagi aman dan sering mengalami  serangan yang sadis  termasuk ditahan, diseksa  dan dibunuh dengan kejam pada setiap hari di negara berkenaan.


Artikel oleh: TV PERTIWI

NGO ISLAM GESA KERAJAAN INDIA HENTIKAN SERANGAN KE ATAS MUSLIM 

https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/ngo-islam-gesa-kerajaan-india-hentikan-serangan-ke-atas-muslim/

TVPPIM | TOQQI BERI AMARAN... - TVPPIM - 09/05/2023

 

Sumber: TVPPIM

TVPPIM | TOQQI BERI AMARAN...


Monday, May 8, 2023

SEMUA PIHAK PERLU DESAK KERAJAAN INDIA HENTI KEGANASAN TERHADAP UMAT ISLAM - UTUSAN MALAYSIA - 07/05/2023

 

PETALING JAYA: Semua pihak perlu mendesak kerajaan India menghentikan pembunuhan terancang besar-besaran ke atas etnik minoriti Islam yang kini berlaku di negara itu.Malah, pihak berkuasa negara ini turut digesa menyia­sat hubung kait kumpulan pe­lampau agama di India yang ekstremis dengan beberapa in­dividu serta organisasi yang ber­tapak di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Pertu­buhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keganasan yang dilakukan pelampau agama di India ke atas umat Islam negara itu kini semakin parah apabila kerajaan India didakwa turut bersekongkol dalam kempen pembunuhan terhadap umat Islam di sana.

Malah, beliau menyatakan kekhuatiran ideologi pelampau agama di negara itu dipercayai dieskport dan berkembang biak di negara ini melalui individu mahupun organisasi tertentu.

“Kita tidak mahu gerakan ekstrem ini berakar umbi di tanah air. Sebelum ini komuniti antarabangsa sering meletakkan label buruk terhadap Islam sebagai ekstremis dan pengganas. Tapi, di manakah suara yang mengkritik pengganas dan ekstremis agama di India yang kini membunuh umat Islam negara itu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian da­lam program Sidang Tergempar NGO Islam berhubung penindasan umat Islam India, yang turut disertai Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pem­bela), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pertubuhan Sufi Antarabangsa, wakil Dewan Perniagaan Malaysia-Pakistan (MBPC) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) serta Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM).

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, memang terdapat rangkaian pengganas dan ekstremis di India dengan pihak tertentu di Malaysia, dibuktikan melalui kes rampasan beribu-ribu pucuk mesingan dan senjata api yang diseludup ke Pulau Pinang melalui kontena kapal.

Pada 1990, katanya, polis te­lah memintas dan merampas sebuah kapal dipenuhi ribuan senjata api di negara ini.

“Senjata api ini diseludup oleh pengganas militan Tamil Eelam (LTTE) ke negara, tapi menggunakan rangkaian di Malaysia sebagai transit pengumpulannya. Senjata yang dirampas termasuk dari jenis mesingan berat,” katanya.

Mengulas rampasan itu, Nadzim berkata, ia isyarat bahawa Malaysia berada dalam radar kumpulan pengganas dan ekstremis agama dari India yang menjadikan Malaysia sebagai transit mengedarkan senjata api.

“Justeru, pihak polis perlu benar-benar serius menyiasat dan memintas sebarang rangkaian dari pengganas dan pelampau agama di India ini yang menggunakan wakil tempatan di tanah air,” katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

SEMUA PIHAK PERLU DESAK KERAJAAN INDIA HENTI KEGANASAN TERHADAP UMAT ISLAM

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/desak-kerajaan-india-henti-bunuh-umat-islam/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL