Showing posts with label PEMBINAAN KUIL HARAM. Show all posts
Showing posts with label PEMBINAAN KUIL HARAM. Show all posts

Monday, February 19, 2024

KUIL LEBIH BANYAK DARIPADA MASJID DAN ADA YANG DIBINA SECARA HARAM - TV PERTIWI - 18/02/2024

 

Prof Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan pertambahan kuil haram di negara ini angkara restu pemimpin politik.

Sumber: TV Pertiwi

KUIL LEBIH BANYAK DARIPADA MASJID DAN ADA YANG DIBINA SECARA HARAM

https://www.youtube.com/watch?v=odODR8v57Qk

PEMBINAAN RUMAH IBADAT PERLU IKUT SALURAN UNDANG-UNDANG - PPIM - HARAKAHDAILY - 19/02/2024

 

KAJANG: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah pembinaan kuil secara haram yang dikatakan bakal dibina di kawasan Tanah Lot 12101 Mukim Cheras, di sini.
Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan berkata pihaknya tiada sebarang masalah dengan pembinaan rumah ibadat agama lain di negara ini, tetapi ia perlu mengikut saluran undang-undang.
“Pihak kami tidak pernah menghalang agama lain untuk diamalkan di negara ini tetapi ia tidak sehingga mengambil kesempatan untuk membelakangi hak rakyat tempatan yang berbilang kaum di negara ini,” katanya.
Beliau yang dikenali dengan nama Toqqi berkata demikian dalam Sidang Media Bantah Bina Kuil 2.0 di Tanah Lot 12101 Mukim Cheras di balai raya bersebelahan Surau Al-Falah Kg. Bukit Dukong semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Menurut Ridhuan, pembinaan kuil haram tersebut boleh mengancam keselamatan rakyat negara ini.
Beliau juga mendakwa isu pembinaan kuil haram ini berpunca daripada sifat sesetengah ahli politik yang membela projek sebegini.
“Jadi, sudah-sudahlah bermain politik dalam isu-isu sebegini kerana ini merupakan perkara yang amat sensitif,” ujarnya.
Beliau menegaskan tidak ada sebarang masalah bagi bukan Islam untuk membina rumah ibadat masing-masing tetapi perlu berpada-pada dan mengikut saluran undang-undang yang betul.
“Diharapkan rakyat tempatan berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dalam menghadapi isu-isu sebegini,” katanya.

Artikel oleh: Harakahdaily

PEMBINAAN RUMAH IBADAT PERLU IKUT SALURAN UNDANG-UNDANG

https://www.facebook.com/harakahdailyHD/posts/pfbid02JA6tmGumpqj6Wtk7y3beS1wWvSdGGnsuF2knuHu2FZnUCr1NKoJySpHGBgKJmY72l

SIDANG MEDIA TERGEMPAR MENGENAI ISU PEMBINAAN KUIL HARAM DI TAMAN KOPERASI CUEPACS BATU 12 KAJANG - AA TV NEWS - 18/02/2024

 

17 Februari 2024 :

• Sidang Media tergempar oleh PPIM mengenai Isu pembinaan kuil HARAM di Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 Kajang.

• Harap MB Selangor turun padang dengar permasalahan rakyat !!!...

#toqqi #toqqi_ppim #nadzimjohan #ppim #kuilharam #aatvnews #aatvmedia #InformasiUrban

Sumber: AA TV News

SIDANG MEDIA TERGEMPAR MENGENAI ISU PEMBINAAN KUIL HARAM DI TAMAN KOPERASI CUEPACS BATU 12 KAJANG

https://www.youtube.com/watch?v=qYZ17kEe5b4

PPIM TUBUH TASK FORCE TANGANI KES KUIL HARAM - SINAR HARIAN - 17/02/2024

 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan task force bagi memberi tumpuan kepada kes kuil haram selepas menerima banyak aduan berkaitan isu berkenaan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, jawatankuasa itu akan berperanan mengurus kaedah bagi menangani pembinaan kuil yang tidak diluluskan.

Menurutnya, masyarakat perlu diberikan penerangan jelas supaya pembinaan rumah ibadat itu mengikut prosedur ditetapkan dan tidak dilakukan secara 'bypass' yang boleh menimbulkan masalah pada masa akan datang.

"PPIM bina task force ini kerana terima banyak aduan, tak mahu ada aduan baru mahu bertindak.

"Ada prosedur pembinaan kuil yang perlu dipatuhi jadi perlu kuat kuasa pematuhan tersebut dan

perlu ada pemantauan dilakukan," katanya pada sidang akhbar di pejabat PPIM pada Sabtu.

“

Beliau menjelaskan, terdapat kes kuil dibina atas tanah orang selain didirikan di lokasi tidak bersesuaian yang mengundang masalah kacau ganggu.

"Ada kes tanah persendirian hak milik orang dibina kuil dan ada juga di tengah jalan.

"Isu ini mungkin disebabkan kelalaian penguatkuasaan, menjadi punca lambakan pembinaan kuil haram, " katanya.

Ujarnya, isu tersebut perlu ditangani dengan betul dan dilakukan pemutihan bagi pengumpulan maklumat serta urus tadbir tersusun.

"Task force ini ke arah kumpul maklumat dan saluran rujukan terhadap aduan rakyat.

"Ada sesetengah kes, aduan dibuat tidak mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa.

"Kita mahu tahu jumlah kuil di Kuala Lumpur, sukar untuk sahkan sebab tak ada data.

"Harap dengan adanya task force ni, isu ni dilihat secara jelas tanpa prejudis kerana tidak mahu ada masalah pada kemudian hari," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM TUBUH TASK FORCE TANGANI KES KUIL HARAM

https://www.sinarharian.com.my/article/650078/berita/nasional/ppim-tubuh-task-force-tangani-kes-kuil-haram

Saturday, February 17, 2024

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL