Showing posts with label HIMPUNAN. Show all posts
Showing posts with label HIMPUNAN. Show all posts

Monday, March 24, 2025

AKTIVITI | HIMPUNAN PARTI POLITIK SE-MALAYSIA BERSAMA NGO BERSOLIDARITI UNTUK GAZA, PALESTIN - PPIM - 23/03/2025

23 Mac 2025 - Ketua Aktivis PPIM, nadzim johan@toqqi menghadiri ke Himpunan Parti Politik Se-Malaysia Bersama NGO Bersolidariti Untuk Gaza, Palestin anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dewan Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor.

Saturday, December 23, 2023

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM - TV PERTIWI - 23/12/2023

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur bagi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu semasa.

Antara wakil NGO yang dilihat hadir pagi ini adalah Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan P4lestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni, Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Perhimpunan yang diadakan hari ini bermatlamat mempertahankan kesucian agama Islam, menjunjung kedaulatan tanah Melayu, memelihara kedaulatan Perlembagaan serta memelihara daripada ancaman liberalisme dan pluralisme.

12 wakil NGO Melayu dijangka akan berucap hari ini dengan diakhiri satu deklarasi dan memorandum pemerkasaan undang-undang syariah.

Artikel oleh: TV Pertiwi (Facebook)

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM

https://www.facebook.com/tvpertiwi/posts/pfbid0rnTrQTF2ErxAiK2iD7QQ24HU9HFU8R7ZneAqoqExacW1TCNdiogCFivaHPbaKJQul

Monday, December 30, 2013

1070) UTUSAN MALAYSIA 30/12/2013 Guling Kerajaan: Persatuan teksi, PPIM mahu polis bertegas







KUALA LUMPUR 30 Dis - Himpunan Guling Kerajaan anjuran kumpulan pro-pembangkang yang dijadual berlangsung menjelang ambang Tahun Baharu 2014 pada 31 Disember nanti terus mendapat tentangan keras.

Terbaharu, Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (Gubungan) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendesak agar polis mengambil tindakan keras terhadap kumpulan terbabit yang didakwa mampu menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Timbalan Presiden Gabungan, Datuk Mohd. Alias Abdul berkata, perhimpunan haram itu dikhuatiri menjejaskan mata pencarian lebih 25,000 pemandu teksi di Lembah Kelang.

"Bantahan dan protes ini adalah kerana himpunan haram akan menyebabkan lalu lintas tersekat dan mengakibatkan huru hara sekaligus menjejaskan perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur.

"Himpunan ini akan menyebabkan para pemandu teksi enggan ke tempat terbabit menyebabkan pendapatan pemandu teksi terjejas," tegas Mohd. Alias.

Beliau berkata, himpunan itu yang diadakan serentak dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2014 boleh menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.

"Tindakan mereka pastinya menjejaskan imej negara. Kita sayangkan negara kita, kita mahukan keamanan dan kita benci tindakan ganas seperti ini," jelas Mohd. Alias.

Sementara itu, Aktivis Pengguna PPIM, Mohd. Mustafa Hamzah berkata, sejarah perhimpunan haram yang dilakukan oleh kumpulan yang sama menunjukkan ia tidak pernah berakhir dengan aman.

"Pelbagai kekecohan berlaku setiap kali perhimpunan haram berlangsung. Peniaga-peniaga kecil terjejas.

"Penganjur perhimpunan haram ini sepatutnya memikirkan hak-hak asasi kumpulan yang terjejas akibat tindakan mereka," tegas Mohd. Mustafa.

Kedua-dua NGO terbabit mengesa agar penganjur menggunakan sistem demokrasi melalui pilihan raya dalam meraih kuasa dan bukannya mengunakan demonstrasi haram untuk mengulingkan kerajaan sedia ada. - UTUSAN ONLINE.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL