Showing posts with label NGO-NGO ISLAM. Show all posts
Showing posts with label NGO-NGO ISLAM. Show all posts

Thursday, January 15, 2026

AKTIVITI | MESYUARAT NGO-NGO ISLAM MALAYSIA: ISU LADANG BABI DAN PERKELAHAN LGBT - PPIM - 15/01/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hadir ke Mesyuarat NGO-NGO Islam Malaysia yang diadakan di Anjung Melayu, Rumah DPMM, Kuala Lumpur.

Mesyuarat membincangkan isu ladang babi yang menimbulkan kebimbangan dari segi masalah alam sekitar, kesihatan awam serta sensitiviti masyarakat Islam yang tinggal berhampiran.

Selain itu, perkelahan LGBT juga dibangkitkan sebagai isu sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai masyarakat Melayu Islam, dan memerlukan tindakan serta kesedaran bersama daripada NGO-NGO Islam dalam usaha memelihara nilai moral dan akhlak masyarakat.

Monday, December 30, 2024

AKTIVITI | NGO-NGO MELAYU ISLAM LAPOR POLIS TERHADAP YB HANNAH YEOH - PPIM - 27/12/2024

Laporan polis terhadap isu saman Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh kepada mantan Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dibuat oleh NGO-NGO Melayu Islam di IPD Dang Wangi.

Saturday, December 23, 2023

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM - TV PERTIWI - 23/12/2023

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur bagi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu semasa.

Antara wakil NGO yang dilihat hadir pagi ini adalah Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan P4lestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni, Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Perhimpunan yang diadakan hari ini bermatlamat mempertahankan kesucian agama Islam, menjunjung kedaulatan tanah Melayu, memelihara kedaulatan Perlembagaan serta memelihara daripada ancaman liberalisme dan pluralisme.

12 wakil NGO Melayu dijangka akan berucap hari ini dengan diakhiri satu deklarasi dan memorandum pemerkasaan undang-undang syariah.

Artikel oleh: TV Pertiwi (Facebook)

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM

https://www.facebook.com/tvpertiwi/posts/pfbid0rnTrQTF2ErxAiK2iD7QQ24HU9HFU8R7ZneAqoqExacW1TCNdiogCFivaHPbaKJQul

Thursday, May 4, 2023

AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PPIM BERSAMA NGO-NGO ISLAM - PPIM - 03/05/2023

PPIM hari ini mengadakan perjumpaan khas bersama NGO-NGO Islam  bagi membincangkan isu penghinaan dan kezaliman pelampau ahli politik India terhadap umat Islam di negara India.

Friday, June 26, 2020

6053) KUNJUNGAN HORMAT NGO-NGO ISLAM KE PEJABAT PERDANA MENTERI - AMINUDDIN YAHAYA - 20/06/2020

Alhamdulillah, Khamis yang lalu, NGO-NGO Islam telah ke pejabat Perdana Menteri untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu-isu semasa berkenaan dengan kepentingan umat Islam. Semoga apa yang disampaikan dan dibincangkan dapat diambil tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan demi masa depan negara yang lebih sejahtera, sesuai dengan status Malaysia sebagai negara Islam. Sesungguhnya, NGO-NGO Islam merupakan 'check and balance' yang sebenar untuk dasar-dasar kerajaan mengenai Islam dan Melayu tanpa elemen-elemen politik kepartian. #MembangunUmatBeragenda


Artikel oleh: Aminuddin Yahaya

KUNJUNGAN HORMAT NGO-NGO ISLAM KE PEJABAT PERDANA MENTERI


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL