Artikel oleh: Sin Chew Daily
PERARAKAN HARI WANITA TAMPIL INDIVIDU LGBT MENGHINA ISLAM - PPIM: TIDAK TERIMA TINDAKAN MELAMPAUI BATAS
PERARAKAN HARI WANITA TAMPIL INDIVIDU LGBT MENGHINA ISLAM - PPIM: TIDAK TERIMA TINDAKAN MELAMPAUI BATAS
(Kuala Lumpur, 12hb) Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama beberapa NGO Melayu menggesa Jabatan Agama Islam, Institusi Diraja Melayu dan pihak polis mengambil tindakan terhadap kumpulan LGBT serta individu yang didakwa menghina Al-Quran semasa perarakan Hari Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau berkata mereka berasa bimbang kerana pihak berkaitan masih belum mengambil sebarang tindakan dalam beberapa hari ini, dan khuatir idea atau tuntutan kumpulan tersebut akan terus tersebar.
Apabila ditanya sama ada tindakan yang dimaksudkan termasuk siasatan dan penahanan, beliau menjawab: “Sudah tentu.”
Dalam sidang media di ibu pejabat PPIM hari ini, beliau menyatakan bahawa masyarakat perlu membezakan antara tingkah laku normal dan tingkah laku yang melampaui batas. Jika sesuatu perbuatan sudah melebihi had yang boleh diterima masyarakat, ia tidak sepatutnya dipromosikan sebagai satu gerakan sosial.
“Jika keadaan ini berterusan, ia mungkin mencetuskan konflik dalam masyarakat pada masa hadapan.”
NEGARAWATI: Perarakan Hari Wanita Telah “Dicemari”
Pengerusi organisasi NEGARAWATI, Bibi Sunita berkata beliau terkejut dengan Perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur tahun ini kerana acara tersebut telah “dicemari”.
Menurut beliau, perarakan kali ini berbeza daripada sebelumnya kerana terdapat tindakan provokatif yang jelas, termasuk satu gambar wanita bertudung yang dicap dengan perkataan “Halal”.
Beliau mempersoalkan mengapa pihak penganjur dan Parti Sosialis melakukan tindakan provokatif sedemikian.
Beliau juga berkata terdapat individu dalam perarakan itu yang memetik ayat Al-Quran tetapi mentafsirkannya sendiri, yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Islam.
Menurutnya lagi, acara Hari Wanita tersebut telah digunakan sebagai platform untuk mempromosikan agenda LGBT, termasuk tuntutan yang dibawa dalam perarakan tersebut.
Beliau mengumumkan bahawa pada hari Ahad ini (15hb), seramai 250 wanita akan menyertai program bacaan Al-Quran di Kuala Lumpur serta melancarkan petisyen bagi menyatakan bantahan.
Beliau turut memberi amaran bahawa jika isu ini tidak dipandang serius, kejadian serupa akan terus berlaku.
Antara yang turut hadir ialah wakil pelbagai organisasi termasuk pertubuhan NGO Melayu, PERKID, pertubuhan kebajikan Islam, persatuan silat Melayu dan beberapa wakil NGO lain.
Artikel oleh: Sin Chew Daily
PERARAKAN HARI WANITA MUNCUL INDIVIDU LGBT MENGHINA ISLAM — PPIM: TIDAK TERIMA PERBUATAN MELAMPAUI BATAS
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan polis terhadap aktivis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laporan polis tersebut akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
Menurutnya, tindakan segelintir peserta perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu mempamerkan sepanduk menggalakkan gaya hidup songsang seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam.
‘Ini kerana sepanduk dibawa mereka mempamerkan hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.
“Rakyat Malaysia perlu faham bahawa kita berada di sini dan tertakluk kepada Perlembagaan negara dan tidak sepatutnya kita hanya berdiam diri,” katanya dalam sidang akhbar Siapa dalang perhimpunan LGBTSementara itu, Pengerusi Pers di Malaysia, di Ibu pejabat PPIM hari ini.
Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan mendakwa, sehingga kini masih tiada suara desakan atau bantahan daripada kementerian berkaitan ketika perlembagaan negara dan agama Malaysia dihina.
Katanya, perhimpunan yang berlangsung berhampiran kompleks Sogo itu seolah-olah mencabar sensitiviti masyarakat Islam apabila sepanduk yang mempamer hubungan sejenis sesama wanita itu ditunjukkan di khalayak ramai seolah-olah ingin mempromosikan gaya hidup songsang.
“Di manakah peranan dan suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)?
“Mengapa tiada tindakan tegas atau kenyataan rasmi dikeluarkan bagi menegur perbuatan yang jelas menghina perlembagaan negara dan menyalahi nilai agama Islam ini?
“Tindakan segelintir peserta perhimpunan itu bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah berpotensi menjejaskan sensitiviti masyarakat Islam secara keseluruhan,” katanya.
Tambah Bibi Sunita, ironinya, perarakan itu diadakan atas nama sambutan Hari Wanita Antarabangsa, yang sepatutnya memperjuangkan maruah dan kesejahteraan wanita, bukannya mencetuskan kontroversi.
Katanya, pihak polis sepatutnya membuat semakan terhadap sepanduk yang dibawa ke perhimpunan berkenaan.
“Sepanduk itu jelas menghina ayat al-Quran, namun tiada tindakan segera diambil untuk menegur perbuatan tersebut.
“Perbuatan menterjemah dan menafsir sendiri ajaran agama demi memperjuangkan sesuatu yang jelas salah adalah tidak wajar dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat,” katanya. – UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA PROMOSI LGBT
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu di sebuah kompleks beli-belah di sini yang didakwa menghina Islam apabila poster dalam acara itu dikatakan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Himpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik berarak bersama lebih 150 orang peserta hadir dengan memakai pakaian hitam sebagai simbol solidariti terhadap isu hak wanita dan keadilan sosial.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata hingga kini tiada ulasan berkenaan segelintir gelagat peserta perhimpunan itu.
"Tiada komen dan permohonan maaf daripada penganjur terhadap perhimpunan yang dilaksanakan.
"Pelbagai sepanduk yang dinaikkan berunsur tidak sopan, menghina agama kita dan meletakkan pentafsiran kitab suci al-Quran yang telah disalah tafsirkan dengan sebegitu teruk sekali.
"Ini dilakukan oleh golongan yang menyokong dan mempromosikan LGBT, malah menganggap diri mereka sebagai minoriti di negara ini," katanya dalam sidang media, hari ini.
Nadzim meluahkan rasa kecewa apabila perhimpunan berkenaan dijaga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun tiada tindakan diambil ketika itu.
Dalam pada itu, Nadzim menyeru supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Institusi Raja Berperlembagaan dan PDRM untuk bertindak serta menjalankan siasatan.
Tambah Nadzim, negara mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang sudah tertakluk di mana perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia.
"Nombor satu adalah apa sahaja aktiviti yang ingin dibuat perlu mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan.
Jadi setiap rakyat kena faham apa yang sudah tertakluk untuk mengekalkan kemakmuran dan keharmonian negara," katanya.
Turut hadir di sidang media Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair dan Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis), Bibi Sunita Sakandar Khan serta Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid.
Artikel oleh: Berita Harian
NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT DALAM HIMPUNAN HARI WANITA
KUALA LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik bakal berdepan laporan polis selepas didakwa menghina agama Islam dan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, laporan itu akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.
Menurutnya, tindakan memaparkan sepanduk yang didakwa menghina agama Islam serta mempromosikan gaya hidup songsang ketika himpunan di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara itu tidak boleh diterima di negara ini.
“Rakyat Malaysia perlu faham kita hidup di negara ini dan tertakluk kepada Perlembagaan.
“Adakah kita mahu menerima pandangan atau cara hidup tertentu yang bertentangan dengan pegangan masyarakat kita? Perkara-perkara pelik seperti mempromosi LGBT ini tidak sepatutnya diterima,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PPIM di sini hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang didakwa membawa budaya asing ke dalam masyarakat negara ini.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu melihat isu tersebut secara serius kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat tempatan.
“Kenapa ada segelintir pihak membawa budaya asing seperti ini ke dalam masyarakat kita dan ia tidak dianggap sensitif?
“Apabila perkara tidak betul dibenarkan dan perkara betul tidak dibenarkan, ia boleh membawa kepada kerosakan tamadun,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
Artikel oleh: Kosmo
NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT AKAN DILAPOR POLIS
https://www.kosmo.com.my/2026/03/12/ngo-didakwa-promosi-lgbt-akan-dilapor-polis/
Kuala Lumpur: Satu laporan polis akan dibuat terhadap beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hak wanita termasuk sebuah parti politik yang didakwa menghina agama Islam dan mempromosi gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, laporan polis itu akan dibuat dalam masa terdekat agar satu tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak yang melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, tindakan menghina agama Islam serta mempromosi gaya hidup songsang melalui pemaparan sepanduk dibawa semasa himpunan baru-baru ini, tidak boleh diterima di negara ini.
"Rakyat Malaysia kena faham yang kita berada di sini dan tertakluk kepada Perlembagaan negara ini.
"Adakah kita hendak meneruskan pendapat individu atau kumpulan tertentu dalam melaksanakan kehidupan kita hari ini?
"Kalau benda-benda pelik yang lain daripada apa yang berlaku hari-hari (seperti mempromosi LGBT), kita nak terima ke? Kita nak diam sahaja ke? Ini disebabkan kita semua ada pegangan. Yang (tindakan pelik) lain itu sepatutnya tidak boleh diterima," katanya pada sidang medianya bersama beberapa NGO di ibu pejabat PPIM hari ini.
Turut sependapat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid yang menggesa pihak berkuasa menyiasat tindakan beberapa NGO hak wanita dan sebuah parti politik yang mengambil kesempatan semasa himpunan itu.
Katanya, pihaknya membangkitkan isu itu agar pihak berkuasa mengambil perhatian, sebelum ia menjadi kritikal.
"PPIM dan NGO lain ini prihatin terhadap hal yang boleh merosakkan masyarakat. Atas dasar itu juga kita bangkit dan suarakan hal ini supaya pihak berkuasa ambil cakna.
"Jangan tunggu sampai dah kritikal, baru nak ambil tindakan. Bila sudah tenat, nampak kecoh satu negara, macam-macam tindakan baru diambil," katanya.
Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang membawa budaya asing ke dalam masyarakat negara ini.
"Kita menentang perbuatan sebegini. Peliknya kenapa ada segelintir daripada kita ini tak ramai pun, bawa budaya asing sebegini dalam masyarakat kita dan pihak berkuasa tidak merasakan perkara ini satu yang sensitif.
"Ini perkara yang perlu kita lihat dengan serius. Kenapa dan mengapa? Orang buat kerja tak betul kita benarkan dan orang buat kerja betul kita tak benarkan.
"Apabila perkara terbalik ini berlaku, kita sedang menunggu kehancuran sesebuah tamadun. Barat sudah rosak dan sudah merebak ke negara-negara timur. Sasarannya sekarang ini adalah Malaysia selepas berjaya di negara jiran yang lain," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA HINA ISLAM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat berhubung himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang baru-baru ini diadakan di Kompleks SOGO Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Perkara ini menimbulkan persoalan serta kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat kerana ia dilihat berpotensi mencabar sensitiviti agama, nilai moral masyarakat serta pematuhan terhadap undang-undang negara, walaupun perhimpunan tersebut diiringi pihak polis.
Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan oleh PPIM bagi membincangkan isu tersebut serta menyuarakan kebimbangan masyarakat.
PPIM bersama gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah tegas dan proaktif terhadap penganjur bagi memastikan ketenteraman awam, keharmonian masyarakat serta nilai agama dan budaya di Malaysia terus dipelihara. Laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara ini.
Sumber: Berita AlHijrah
PPIM: ISU SENSITIF PERLU DITANGANI DENGAN BIJAK
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan pihaknya menerima lambakan aduan daripada masyarakat yang meluahkan kemarahan berhubung isu cadangan pembinaan kandang babi moden bernilai rm4 bilion serta normalisasi agenda lgbt yang kian meruncing.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, menegaskan bahawa isu-isu sensitif ini jika tidak ditangani dengan bijak, boleh menjadi percikan api yang merosakkan perhubungan kaum di negara ini.
Mengulas mengenai isu penternakan babi, Nadzim menyeru semua pihak agar menghormati pandangan dan titah sultan selangor yang sebelum ini telah menyentuh mengenai perkara tersebut.
Menurut beliau, tindakan meneruskan projek bernilai rm4 bilion itu dilihat sebagai satu langkah yang "tidak bijak".
Beliau turut memetik contoh pencemaran yang berlaku di port dickson sebagai bukti kesan negatif industri tersebut terhadap alam sekitar yang akhirnya menyedihkan rakyat.
Selain isu penternakan, Nadzim turut meluahkan kegusaran terhadap penerimaan agenda LGBT secara terbuka oleh pihak-pihak tertentu. Beliau menyifatkan budaya tersebut sebagai "tidak sihat" dan boleh mencetuskan perselisihan faham yang serius.
Beliau memberi amaran keras kepada ahli politik agar tidak menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu-isu ini demi kepentingan tertentu.
Menurutnya, keharmonian kaum adalah aset paling berharga bagi malaysia yang perlu dipertahankan.
Sumber: Metronews KL
TVPPIM | TOQQI PODCAST ISU LGBT & LADANG BABI
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hadir ke Mesyuarat NGO-NGO Islam Malaysia yang diadakan di Anjung Melayu, Rumah DPMM, Kuala Lumpur.
Mesyuarat membincangkan isu ladang babi yang menimbulkan kebimbangan dari segi masalah alam sekitar, kesihatan awam serta sensitiviti masyarakat Islam yang tinggal berhampiran.
Selain itu, perkelahan LGBT juga dibangkitkan sebagai isu sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai masyarakat Melayu Islam, dan memerlukan tindakan serta kesedaran bersama daripada NGO-NGO Islam dalam usaha memelihara nilai moral dan akhlak masyarakat.
KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) has urged the government to strictly address the spread of the lesbian, gay and bisexual transgender (LGBT) ideology and form a taskforce to combat it.
PPIM Chief activist Datuk Nadzim Johan said there should be a concerted effort from various agencies including the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) as well as from other religions to form a task force to combat the ideology.
He added that mobilising a task force was necessary to avoid allowing the movement from "being a poison in the community".
This comes in the wake of raids by the Home Ministry and the confiscation of rainbow-coloured watches from the Pride collection of popular watchmaker brand, Swatch.
The move however had also sparked discussions as to how products linked to the LGBT movement could enter the country to begin with.
Nadzim added that the government should also have a clearer definition on what symbols or types of products that would appear to be supportive of the ideology and movement.
"We don't want LGBT to be a culture in Malaysia. The government should clearly define their policies so that relevant agencies can do their jobs properly to combat LGBT.
"If they clearly define (in the legislation) what appears to be in support of the movement and what's not, then it will be easier for the public to report to the authorities as well.
"This should also be channelled to schools so that school-children would be informed," he told the New Straits Times.
PPIM secretary-general Datuk Dr Maamor Osman said the government through the leadership of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim should express their commitment and be firm in combating the LGBT movement.
He said the country should uphold the Islamic principles as Islam was the official religion of Malaysia according to the Federal Constitution.
"Islam is the official religion of the country. The country has to protect the religion's sensitivity which means that the government should strictly express that LGBT is prohibited.
"I hope the Prime Minister who is also a Muslim would prove that he truly understands the religion and upholds it as what's written in the Quran and brought by Prophet Muhammad," he said.
On May 13 and 14, the Home Ministry seized a total of 164 watches from nine different variations. Worth more than RM64,000, the seizure was at 11 Swatch outlets using the Printing Presses and Publications Act (PPPA) 1984.
Five other shops at malls in Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Baru, Johor Baru and Kuching were let off with warnings.
The raid reportedly came after netizens linked the collection to British band Coldplay's support for the LGBT community.
Article by: New Straits Times
FORM TASK FORCE TO COMBAT LGBT: PPIM
https://www.nst.com.my/news/nation/2023/06/916513/form-task-force-combat-lgbt-ppim
Mohd Syahid' atau 'Ayid', pengkid yang menjerat beberapa wanita turut dikesan menggunakan visa palsu untuk membuktikan jantinanya kepada mangsa.
Selain itu, dia juga dipercayai menjadikan gambarnya sedang 'solat Jumaat' sebagai bukti dia adalah seorang lelaki sejati, yang dikongsikan bersama mangsa beberapa bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/...
Sumber: Harian Metro
PENGKID PAKAI IHRAM: 'MOHD SYAHID' JADIKAN AGAMA MODAL PIKAT MANGSA
Kuala Lumpur: 'Mohd Syahid' atau 'Ayid', pengkid yang menjerat beberapa wanita turut dikesan menggunakan visa palsu untuk membuktikan jantinanya kepada mangsa.
Selain itu, dia juga dipercayai menjadikan gambarnya sedang 'solat Jumaat' sebagai bukti dia adalah seorang lelaki sejati, yang dikongsikan bersama mangsa beberapa bulan lalu.
Mendedahkan perkara itu, salah seorang mangsanya yang mahu dikenali sebagai Aliya berkata, Ayid sangat licik untuk meyakinkan mangsanya bahawa dia seorang lelaki sehingga sanggup menjadikan agama sebagai mainan.
"Dia memaklumkan kepada saya ingin mengabdikan diri dan seminggu selepas itu dia mengerjakan umrah dan mengambil video berada di depan Kaabah.
"Itu mungkin percubaannya untuk meyakinkan mangsa bahawa dia adalah seorang lelaki dan tidak menjadi masalah untuk kami meneruskan hubungan sebagai kekasih," katanya ketika menemui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan semalam.
Aliya berkata, dia akan terus berjuang untuk menyelamatkan keadaan dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa Ayid yang kini menghilangkan diri.
Katanya, berdasarkan makluman daripada mangsa sebelumnya, mereka mendapati Ayid menjadikan hubungan istimewa itu untuk mengikis mangsa sejak hampir 10 tahun lalu.
Katanya, dia berharap PPIM dapat membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan dan merujuk wanita itu kepada pihak berkuasa dengan segera.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya meminta pihak berkuasa agama untuk lebih proaktif dalam menangani kes 'luar biasa' seperti ini bagi menjaga imej Islam.
Katanya, semua pihak khususnya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada pelaku yang sengaja menghina agama terutama di luar negara.
"Soal ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia akan memberi kesan kepada umat Islam. Selain itu pelaku juga berisiko terpesong akidah apatah lagi membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini," katanya.
Dalam pada itu penyanyi Caprice, turut memberikan maklum balasnya kepada kes berkenaan.
Dia yang turut berkongsi kisah itu di platform media sosialnya berkata, pihak berwajib perlu bertegas dengan kejadian itu kerana ia jelas satu penghinaan kepada agama.
"Kerajaan perlu ambil tindakan keras apatah lagi dia (Ayid) ini pergi mengerjakan umrah. Kalau tidak, ia akan berulang lagi, mungkin oleh orang lain pula.
"Ia akan menjadi contoh kepada orang lain dan saya harap pihak berkuasa akan ambil tindakan untuk menghentikan perkara seperti ini," katanya.
Metro Ahad sebelum ini melaporkan, Ayid yang memperdayakan beberapa orang mangsa dengan janji dan perlakuan romantis untuk memperisterikan mereka.
Tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular.

Artikel oleh: Harian Metro
PENGKID PAKAI IHRAM: 'MOHD SYAHID' JADIKAN AGAMA MODAL PIKAT MANGSA [METRO TV]