Showing posts with label GERAKKAN KUASA PENGGUNA MUSIM 2. Show all posts
Showing posts with label GERAKKAN KUASA PENGGUNA MUSIM 2. Show all posts

Thursday, September 27, 2018

4649) GERAKKAN KUASA PENGGUNA ( WAKIL BANK ATAU GANGSTER ) - 8/8/18



Wakil Bank atau Gangster?

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai video Ketua Aktivis PPIM, Toqqi yang mengamuk kepada samseng jalanan. Dua samseng berbangsa India yang dikatakan Ejen Bank cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat. 

Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah. 

Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit.

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan tanda tanya PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga. 

Perkara ini harus dihentikan. Sertai kami untuk bersama berjuang demi hak pengguna!

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “Wakil Bank atau Gangster?”

Penonton juga akan berpeluang berinteraksi dengan Toqqi & para tetamu jemputan melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!
Jangan lupa saksikan program Gerakkan Kuasa Pengguna musim kedua di Astro 502, Unifi TV 631 pada 8 Ogos 2018, jam 9:00 malam.

#PPIM #PPIMPeduli #Share #HakPengguna #DuniaPengguna #GerakkanKuasaPengguna

4648) GERAKKAN KUASA PENGGUNA MUSIM 2 ( LGBT MAKIN MENJADI-JADI ) - 1/8/18




Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

Kewujudan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender semakin mendapat perhatian umum di Malaysia. Ini kerana semakin ramai yang mendedahkan diri dan mengaku bahawa mereka merupakan salah seorang daripada golongan LGBT. Tambahan pula dengan kumpulan aktivis yang secara terang-terangan menyokong dan memperjuangkan hak asasi golongan ini.

Antara isu yang bakal dikupas ialah apakah tindakan pihak berwajib keatas mereka? Apakah kesan aktiviti LGBT berleluasa di negara ini?
Benarkah jika kita menentang dan menghalang penularan 'wabak' LGBT dalam negara, kita dianggap menghalang hak asasi manusia? Dimanakah had perbezaan antara kepentingan agama dan hak asasi manusia?

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender)” bersama Prof Jamaluddin Aziz, Pakar Jantina Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Saudara Harry Zulkfili, Pakar Motivasi Penghijrahan LGBT.

Penonton juga akan berpeluang berinteraksi dengan Ketua Aktivis PPIM & para tetamu jemputan melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!

Jangan lupa saksikan program Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua di Astro 502, Unifi TV 631 pada 1 Ogos 2018, jam 9:00 malam.

#PPIM #PPIMPeduli #Share #HakPengguna#DuniaPengguna #GerakkanKuasaPengguna

4646) GERAKKAN KUASA PENGGUNA MUSIM 2 ( HUTANG ) 18/7/18






Hutang, Hutang, Hutang!

Sabda Rasulullah SAW:

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid KECUALI jika ia mempunyai HUTANG (kepada manusia)” - Riwayat Muslim, 6/38

Sekali Lagi Program Bual Bicara Gerakkan Kuasa Pengguna Musim Ke-2 tajaan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) akan bersiaran secara langsung bermula malam ini.

Pada musim kali ini, PPIM akan membongkar dan mengupas pelbagai isu kepenggunaan.

Program kali ini juga menjadi platform kepada masyarakat khususnya penonton untuk memberikan pendapat secara langsung mengenai masalah yang diutarakan.

Penonton akan berpeluang berinteraksi dengan Ketua Aktivis PPIM melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!

Minggu ini, PPIM & PTPTN akan membincangkan tajuk Hutang, Hutang, Hutang! bersama pengerusi PTPTN, En Wan Saiful Wan Jan.

Jangan lupa saksikan program Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua di Astro 502, Unifi TV 631 pada 9 malam.

#PPIM #PPIMPeduli #Share #HakPengguna#DuniaPengguna #GerakkanKuasaPengguna


Friday, August 10, 2018

4590) GERAKKAN KUASA PENGGUNA ( ISU TARIK KERETA ) - 8/8/18




Wakil Bank atau Gangster?
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai video Ketua Aktivis PPIM, Toqqi yang mengamuk kepada samseng jalanan. Dua samseng berbangsa India yang dikatakan Ejen Bank cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat.

Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah.

Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit.

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan tanda tanya PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga.

Perkara ini harus dihentikan. Sertai kami untuk bersama berjuang demi hak pengguna!
Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “Wakil Bank atau Gangster?”

4589) GERAKKAN KUASA PENGGUNA ( PENDERAAN KANAK-KANAK) - 25/7/18




Sedarkah anda bahawa baru-baru ini terdapat banyak berita yang dikeluarkan oleh media massa mengenai kes penderaan bayi sehingga melibatkan kematian?

4 Julai 2018, bayi lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya. Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

20 Julai 2018, Jenazah Naufal Amsyar Nabil fikri, 10 bulan yang meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya.

Pada 23 Julai, Seorang bayi berusia empat bulan menemui ajal dipercayai akibat tersedak susu di sebuah Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru.

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Siapakah yang harus bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini tidak lagi terjadi?

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “Penderaan Kanak-Kanak” bersama Dr Azizah Aizan Harun, Pakar Psikologi Kanak-Kanak & Puan Norhaidah Asma, Setiausaha Kehormat Persatuan Profesion Psikologi.

4588) GERAKKAN KUASA PENGGUNA (HUTANG, HUTANG, HUTANG!) - 18/7/18



Hutang, Hutang, Hutang!

Sabda Rasulullah SAW:

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai HUTANG (kepada manusia)” - Riwayat Muslim, 6/38

Sekali Lagi Program Bual Bicara Gerakkan Kuasa Pengguna Musim Ke-2 tajaan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) akan bersiaran secara langsung bermula malam ini.

Pada musim kali ini, PPIM akan membongkar dan mengupas pelbagai isu kepenggunaan.
Program kali ini juga menjadi platform kepada masyarakat khususnya penonton untuk memberikan pendapat secara langsung mengenai masalah yang diutarakan.

Penonton akan berpeluang berinteraksi dengan Ketua Aktivis PPIM melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!

Minggu ini, PPIM & PTPTN akan membincangkan tajuk Hutang, Hutang, Hutang! bersama pengerusi PTPTN, En Wan Saiful Wan Jan.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL