Friday, August 10, 2018

4589) GERAKKAN KUASA PENGGUNA ( PENDERAAN KANAK-KANAK) - 25/7/18




Sedarkah anda bahawa baru-baru ini terdapat banyak berita yang dikeluarkan oleh media massa mengenai kes penderaan bayi sehingga melibatkan kematian?

4 Julai 2018, bayi lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya. Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

20 Julai 2018, Jenazah Naufal Amsyar Nabil fikri, 10 bulan yang meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya.

Pada 23 Julai, Seorang bayi berusia empat bulan menemui ajal dipercayai akibat tersedak susu di sebuah Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru.

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Siapakah yang harus bertanggungjawab bagi memastikan perkara ini tidak lagi terjadi?

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “Penderaan Kanak-Kanak” bersama Dr Azizah Aizan Harun, Pakar Psikologi Kanak-Kanak & Puan Norhaidah Asma, Setiausaha Kehormat Persatuan Profesion Psikologi.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL