Monday, August 27, 2018

4604) “DILELONG ALONG” – METRO AHAD – 26/8/18



Kuala Lumpur: Seorang wanita melalui detik perit dalam hidup apabila dipaksa menjual diri oleh along selepas gagal melunaskan bayaran diminta.
Dia adalah satu-satunya wanita tempatan bekerja di premis di Kuchai Lama selain warga Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Mangsa berusia 29 tahun itu berkata, ia bermula selepas dia meminjam RM40,000 daripada lima along kerana masalah kewangan.
Katanya, dia membuat bayaran ansuran mengikut jadual dibantu ibu yang tidak mahu melihat dia diganggu.
“Selepas pinjaman berbaki RM18,000, saya beritahu ibu ia sudah selesai kerana tidak mahu membebankannya.
“Namun saya tidak mampu menjelaskan bayaran dan ditawarkan pinjaman baru RM22,000.
“Dia menawarkan berbincang dengan tiga along lain menyebabkan saya rasa selamat, tetapi rupa-rupanya ada bala lain,” katanya selepas membuat aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kelmarin.
Wanita itu berkata, minggu lalu dia didesak membayar semua tunggakan atau bekerja sebagai pekerja sosial di premis dan hutangnya dipotong daripada upah diterima.
Katanya, bagi setiap pelanggan pertama, dia menerima RM43 manakala pelanggan berikutnya hanya RM3 atas alasan perlu membiayai kos tempat tinggal.
“Sepanjang dua minggu, saya terseksa kerana tidak rela bekerja di situ. Saya ponteng kerja dan along menawarkan tempat baru di Wangsa Maju. Kali ini saya akan dibayar lebih kerana perlu tidur bersama pelanggan,” katanya.
Menurutnya, selain mengugut menerusi telefon, along memuat naik gambar dan kad pengenalannya di Facebook bagi memalukannya. Dia bimbang keselamatan dua anak kerana along tahu tempat tinggalnya.
“Memang ini pengajaran hidup saya. Tak sangka pinjaman ini bakal menjadikan saya pelacur,” katanya.
Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang berkata, pihaknya akan berhubung dengan along untuk menjadualkan semula pinjaman mangsa bagi mengelakkan dikenakan faedah lebih tinggi setiap hari kerana gagal membayar seperti dalam perjanjian.

Artikel Oleh : Harian Metro
“DILELONG ALONG”

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL